Race : Melawati 10K 2015 – Catatan Larian

Processed with VSCOcam with f2 preset

Saya bangun jam 5:00 pagi tadi. Dalam 5:30, saya dah siap untuk gerak ke Melawati. Dalam jam 6:00 pagi, saya sampai sana. Yana, adik saya tidur rumah saya dan kami gerak sekali termasuk isteri saya. Dah lama isteri saya tak berada di “scene” larian dengan saya, so kali ini dia “insist” nak ikut sekali.

11326719_1620504711569582_685883992_n
Yana dok complaint baju dia tercekik. Rupanya dia pakai baju terbalik. Mamai punya pasal…

Awal pagi sampai tak ramai sangat orang. So saya sempat warm up dan saya rasa banyak-banyak race, race ini yang saya warm up beria sikit. Mungkin risau kaki cramp pengajaran race Bukit Jalil tempoh hari. So saya sempat lari dulu dalam 5 minit pusing-pusing. By 6:40, sekumpulan polis bermotor masuk dan berkumpul, mungkin untuk briefing. Kemudian, tidak lama lepas tu mereka bergegas ke spot masing-masing untuk jaga jalan. Terima Kasih kepada tuan puan polis trafik. Kita nak pergi lari dan have fun, depa kena kerja demi keselamatan kita.

Saya whatsapp Remin Anuar, member lama MMU dulu. Dia join sekali race ni. Turun dari Sungai Petani. Kalau saya rasa semangat saya dah kental, tapi Remin Anuar lagi luar biasa. Sanggup ambil cuti untuk lari. Ye lah. Kedah, hari Ahad dah kerja. Dan, Sungai Petani ke KL ni bukannya dekat. Respect pada Remin. Tapi, malangnya whatsapp saya tak berbalas. Saya agak Remin tertidur dan terlepas larian ini. Semoga mimpinya indah.

Race start agak lewat. Saya ingat dalam 7:10 baru mula. Saya duduk agak depan. Maybe dalam 5 baris dari depan. Bila hon dibunyikan, kami semua mula lari.

Jam Suunto Hang

Bila saya start lari dalam 100 – 200 meter, saya dapati jam suunto saya semacam hang. Saya dah picit on, tapi saya tengok dia tak dapat detect lagi speed larian saya. Saya pause dan on semula dalam 2 – 3 kali tapi masih lagi 0:00. Saya macam fedup, saya biarkan saja. Dalam 5 minit kemudian, saya dapati jam saya baru berfungsi dan start detect speed.

Saya rasa ini ada faktor dimana saya onkan GPS terlalu awal. Saya agak 15 minit sebelum race saya dah masuk dalam mode exercise. Bila lepas detect GPS, saya biarkan jam itu sampai race bermula. Biasanya saya tak buat macam ni. Biasanya, lagi 5 minit nak race baru saya masuk on exercise. Nanti saya research lagi kenapa boleh jadi macam ni. So far saya jaga jam saya dengan baik sekali. Tak pernah jatuh atas lantai apa lagi saya baling ke dinding.

Screen Shot 2015-05-24 at 10.24.58 PM
Tentang Larian

So saya lari macam biasa. Disebabkan jam hang, ada sikit macam kelam kabut pada awal-awal tu. So hati tak berapa nak focus instead of concentrate untuk lari, saya concern terlebih pada jam. Waktu ini saya baru perasan. Kadang-kala dalam hidup, kita focus pada benda yang salah. Kita tend to focus pada benda yang kecil. Catatan masa pada jam sendiri sebenarnya cuma tambahan sahaja. Setiap runner dah ada bip pada badan. Dalam erti kata lain, takde jam pun takpe.

Tetapi begitulah kita manusia. Kita seboleh-boleh nak lebih. Tapi bila saya fikir balik, kadangkala saya nak lebih, untuk kebaikan. Bukan untuk keburukan. Cuma mungkin saya kena belajar banyak lagi untuk focus pada mana yang lebih penting, dan lebih baik untuk dimainkan dalam minda. Maksudnya, benda yang tak penting dalam hidup kita, kita dah kena start buang. Kenapa kita nak fikir pasal orang lain, kalau orang lain tu langsung takde hati nak fikir pasal kita?

So, permulaan yang kelam-kabut, dalam 2 KM baru saya dapat rentak dan fokus pada larian. Dan by 2 KM, sekarang saya dah nak masuk jalan bengkang-bengkok sudah. Kelam-kabut pasal jam, saya lari terlebih laju dari pace yang sepatutnya. Mungkin faktor duduk kat depan, so saya tend to terikut runners yang lebih laju. Ini kesilapan besar sebenarnya. Hasilnya, saya mula letih.

Muzik

Memang jadi feel saya untuk mula dengar muzik dari iPod, bila dah start letih. Pada saya, salah satu teknik yang saya guna dalam larian saya adalah segmentize. Maksudnya, saya segmentize kan part larian saya kepada segment-segment tertentu. So apa benefit dia? Kita boleh leverage energy kita dan manipulate keletihan kita supaya kurang. Salah satu segmentize yang biasa saya buat, adalah mula dengar muzik bila letih. So, segmentize saya bukan pada KM, tapi pada tahap stamina saya. Fasa tu berubah dari dengar alam sekitar, kepada dengar muzik pada earphone. Ibarat kata macam sebuah kon. Dari suasana yang luas, menjadi lebih kecil dan menuju titik fokus. Inilah bayangan saya bila nak lupakan keletihan dan fokus pada larian.

Sejurus lepas sebuah masjid yang masih kedengaran ceramah agama, saya mula pakai iPod dan dengar lagu. Lagu pertama yang keluar adalah lagu Passenger, Let Her Go. Ntah kenapa, larian saya semakin laju. Tenaga mungkin datang sama ada dari malaikat yang berada di masjid atau pun dari vibration wave muzik dari iPod kecil bewarna silver ini.



Tapi route Melawati memang scenic. Pagi-pagi buta, hutan tebal, angin bertiup sepoi-sepoi twitter. Burung seperti menyanyikan lagu memberi sokongan kepada kami yang sedang berlari. Sekarang dalam route bengkang bengkok ini, saya yang semakin letih tiba-tiba semacam rasa nak mula berjalan. Walhal 5 KM pun tak sampai lagi. Saya rasa selain faktor lari terlebih laju dari pace yang sepatutnya, jumlah training yang kurang juga main peranan untuk bagi hati sakit pagi ini.

Baru nak berhenti tiba-tiba dari belakang ada seorang runner potong. Saya tengok baju dia ada gambar harimau simplified. Ini memang salah satu runner dari team runners ig yang glamour tu. Secara automatik, semangat saya naik balik. Dan ini juga salah satu lagi segmentize yang biasa saya buat bila muzik pun dah tak jalan. Follow the leader bak kata Korn. Bila kita follow orang yang lebih laju sikit je dari kita (jangan la pulak follow yang power nanti ke gaung kita), so semangat kita tu naik balik. Lupa pasal letih.

Saya cuba follow dari belakang dan agak lama juga sampai ke KM 6. Akhirnya, sini ada check point. Saya angkat tangan tanya, tunjuk 5 jari pada brader checkpoint, tapi brader angkat tangan balik tunjuk 4 jari. So tahulah saya bahawa tinggal lagi 4 KM.

Sampah-sarap

Ada 3 water station dalam race ni. Tapi yang saya perasan, takde tong sampah pun disediakan. Mungkin volunteer rajin nak kutip cup – cup yang runner dah guna, saya bersangka baik. Selain dari cup air Revise (betul ke spelling?) volunteer bagi air mineral satu botol. Ini pertama kali dalam sejarah saya tengok runner dapat air mineral satu botol.

Saya tak pasti ini baik atau tidak. Pertama, keperluan minum air bagi setiap runner berbeza. Ada runner kurang minum air (macam saya) dan ada yang kuat minum air (macam… emmm runner lain la). So dengan adanya botol air mineral ini mungkin bagus bagi runner yang kuat minum air. Cumanya, hal yang kedua, botol air ni agak berat tu. So masa lari dah tambah beban.

Anyway, ada seorang runner depan saya yang pegang botol air ni lama. Sampai jumpa tong sampah besar ( tong sampah buangan konkrit atau bahan bina), runner ni campak botol air masuk dalam tong sampah tu. Saya bagi 5 bintang.

Lari, lari juga. Kebersihan, kena jaga.

Aku dan diri Aku

10 K tak lama sebenarnya bagi yang dah biasa lari. Sedar tak sedar tinggal tak sampai 2 KM lagi nak habis. Dan ketika ini, saya dah pun berjaya potong runner club harimau simplified tadi. Sekarang saya tengah follow ada seorang runner baju biru. Runner ni agak laju jugak. Sedar tak sedar lagi, saya dah sampai pada KM terakhir. Lagu yang ada dalam iPod sekarang adalah lagu Oblivion. Semangat saya semakin mencanak!



Kami buat pusing u-turn, dan ketika ini sudah nak masuk simpang akhir kepada finishing line. Ketika ini, tidak ada lain yang saya fikir, selain daripada untuk rempit dan buat sehabis baik untuk catatan masa yang lebih baik.

Saya mula memecut dan meninggalkan segala di belakang. Ketika ini saya bayangkan saya sedang lari meninggalkan kenangan yang paling pahit dalam hidup saya, dan nyata, ia sangat membantu. Kena pulak tu, Susanne Sundfør didalam iPod menyanyikan bait terakhirnya…. “And say… goodbye”.

IMG_1318

IMG_1314

IMG_1315

IMG_1320

Saya melepasi garisan penamat. Seakan saya melepasi segala halangan yang selama ini memegang kaki saya untuk mara lebih ke hadapan. Saya pusing, dan saya lihat, isteri saya sedang menanti. Rupanya dia ambil gambar saya. Saya tanya ambil movie tak? Dia kata tak. Takpelah. Sekurang-kurangnya, isteri saya ada disini pagi ini pun dah besar rahmatnya. Dan paling penting, isteri saya sentiasa ada disisi, tak kira waktu susah dan senang, pun lagi besar rahmatnya.

Catatan masa unofficial : 54:09 (suunto) manakala runkeeper 54:15. Lambat sikit.

11311923_471177826373805_1882370393_n

Tiba-tiba dari jauh, seorang runner berbaju ketat dan berseluar yankee, acah je, seluar ketat juga, datang menyapa saya. Oh, rupanya Remin Anuar. Remin sampai dulu dari saya, catatan masa dia lagi terbaik. 50 minit.

Kami berbual panjang lama tak jumpa. Macam-macam cerita keluar (yang bab running nanti saya update dalam post lain). Rupanya Remin tak balas whatsapp sebab dia tukar nombor phone. Patutlah sunyi aje. Agak orang dah bersurai semua, baru kami mula langkah untuk pulang. Sempat juga sepic dua untuk instagram. Next race kami akan berentap (chewah, berentap tu) di SCKLM untuk hakf marathon. Remin 4 minit awal dari saya kali ni. Dulu di Penang Bridge, saya 4 minit depan dia.

11375293_548847981919645_1066261323_n

Overall, satu larian yang puas. Dah lama tak berada “in moment” masa berlari, ini adalah salah satu larian kenangan yang takkan saya lupakan sampai bila-bila, walaupun ia cuma 10K. Teruskan berlari kepada anda. Ingat, RUN STRONG. Jangan lembik sangat, dan jangan patah balik.

11379336_1589722124614415_951758712_n



Kongsi di :