Race : Melawati 10K 2015 – Introduction & Race Kit Collection

Melawati 10K 2015 adalah race pertama 10K saya pada tahun ini. Saya kira matlamat saya adalah untuk memperbaik rekod 10K saya sebelum ini. Paling baik saya pernah buat untuk 10K un-official adalah 59:14 pada 27 Sept 2014. Masa tu saya lari malam di Putrajaya. Official ada lagi baik iaitu Galaxy NM Cyberjaya 54:10 tapi ni kira pakai teori sebab tak cukup 10K. Baca sini.

Mengikut result latihan saya setakat ni, saya masih belum boleh buat bawah 1 jam. Antara faktornya saya mula lambat training sebab kes trail Hulu Langat haritu. Setakat hari ini, untuk dapat bawah 1 jam bagi Melawati 10K bagi saya adalah 50-50. Nanti saya update lagi hujung minggu ni lepas beberapa kali lagi sessi latihan. Oh ya, saya guna race calculator untuk buat estimate untuk capai catatan masa idaman. Baca sini

Kalau masih tak berjaya jugak, nampaknya dalam race Kuantan minggu seterusnyalah baru saya confident untuk buat bawah 1 jam dengan lebih ceria dan bergaya. Apa pun, ini adalah race back to back pertama saya yang sela masanya cuma seminggu. Ser jugak. Harap tak cedera.

Anyway, racekit untuk Melawati dah boleh collect. Tadi dapat SMS dari organiser. Ini address google map dia.

IMG_1001



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_