Race : Melawati 10K 2015 – Result

Ini sangat efficient. Saya baru sampai ofis dan melalui whatsapp dari Remin, result dah pun keluar. Biasa kalau race kena tunggu mau dalam seminggu dua. Ini semalam lari hari ni dah tau. Anyway tahniah organiser. Power!

So, result dah keluar, ini result saya.

No Bib : 1311
Ranking : 92 / 472 (Percentage : 19.5%)
Catatan Masa : 54:17

Ini screenshot dia :

Screen Shot 2015-05-25 at 11.38.33 AM

Manakala Remin pula pada kedudukan 48/472 dengan catatan masa 50:03. Agak Top 50 juga En. Remin…. dasyat….. Adik saya Yana pada kedudukan 128/189 dengan catatan masa 1:26:09. Semakin improve! Anyway congrats guys….

Tak sia-sia training malam-malam lepas balik kerja. Pada kedudukan 92 tu pun kira OKLAH… 😀 .Semuanya telah ditakdirkan, asalkan kita buat sehabis baik dan menerima segalanya dengan redha. What can I say?

So, untuk result analysis. Ini top 20 untuk Men Open. No 1 time dia 34:57. Gila laju.

Screen Shot 2015-06-04 at 10.34.30 PM

Kalau tepat-tepat SUB 1, boleh dapat # 158.

Screen Shot 2015-06-04 at 10.28.51 PM

Untuk result penuh, click sini.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_