Race : Merdeka Fun Run 2015

Screen Shot 2015-09-05 at 1.21.20 PM

Adik perempuan saya Yana masuk race ni last week. Ntah macam mana, saya pun terjoin sekali. Tidak pernah saya jadi ghost runner, kali ini saya cuba menghantu.

Yana bagi saya bib satu, since bib larian ada 2 untuk depan dan belakang. Dan melalui ini, saya lari percuma taklah malu sangat.

Memang sebab utama saya join adalah nak rasa apa perasaan menjadi ghost runner. Ghost runner di Malaysia ni adalah term yang diberikan kepada pelari yang join larian tapi tak bayar fees. Kira lari percuma.

Namun bila saya google, Ghost Runner actually ada maksud lain iaitu seseorang (zahir atau batin) yang follow kita kat belakang dan cuba nak potong kita. So Ghost runner lebih kepada faktor motivasi.

Screen Shot 2015-09-05 at 1.27.38 PM

So, apa perasaan lari “per”? (Percuma)

1. Pertama memang rasa macam cheapskate gila. Cam, RM40 pun tak boleh bayar? Tapi saya bagi alasan kepada diri saya sendiri. Saya bukan nak join sangat pun. Dan saya memang nak merasa jadi ghost runner, so kira oklah.

2. Rasa bangga. Sebabkan saya tak bayar satu sen pun, so saya tak amik satu cawan air pun atau apa-apa makanan atau goodies atau medal. Saya ni orang yang berprinsip. Sejak kecil dulu kami di sekolah sudah ada pegangan hidup. “Kami bukan jantan sundal main tak bayar” – itulah cogankata #braderhudd sekolah saya :D. Maka untuk itu, saya merasa sangat bangga. WALAUPUN DAHAGA NAK MAMPUS, saya tetapkan iman saya – jangan jadi jantan sundal.

3. Rasa menipu semua orang pada hari itu. Yelah. Orang lain datang bayar. Kita datang free. Dah la kita start dan finish di tempat yang sama dengan orang lain. So rasa macam menipu semua orang pulak termasuk menipu organiser. Tapi saya tak rasa saya menipu diri sendiri sebab saya tahu saya menipu orang.

11371259_1486445205005577_1057058412_nSuasana sentral pelari pagi itu.

4. Rasa macam nak lari balik rumah. At one point rasa macam nak lari balik rumah walaupun 5K. Tapi ini mungkin sebab ada faktor lain bukan faktor ghost runner. Ini lebih kepada faktor sebab dah lama tak training so ada letih tu dan rasa menyesal tengah lari.

5. Rasa bertanggungjawab. Ya. Saya rasa sangat bertanggungjawab. Sebagai abang long yang pergi hantar adik bongsu masuk larian dan terus join larian itu, saya rasa bertanggungjawab. Kadangkala walaupun adik kita dah besar panjang dah kerja sendiri tapi still kita rasa adik kita tetap adik kita. Dan adik saya Yana pulak tu babyface. Jelas-jelas la bias-nya.

So sebenarnya saya hantar adik saya lari pagi tu alang-alang saya lari sekali dan jadilah ghost runner.

Dibawah ini adalah catatan masa dan route larian saya pada hari itu. Saya tak sure saya dapat nombor berapa sebab organizer dia agak barai tahap ayam. Banyak complaint di Facebook tapi tak adillah saya tulis di sini sebab saya bukan bayar fees pun.

Screen Shot 2015-09-05 at 1.34.14 PM

Ok. Itu sahaja. Selamat hari merdeka. Jangan jadi cheapskate sangat kerana jika kita kedekut, tuhan akan kedekut dengan kita. Dalam erti kata lain, next time saya akan bayar fees kalau nak masuk larian. Tak tergamak aih nak lari “Per” lagi.



Kongsi di :

Comment 1

Comments are closed.