Race : myBuddies Run 2016 Pt 1 – Mukadimmah

Last time saya lari 10K adalah di Australia. Patutnya dah tulis race tu tapi tak tulis-tulis lagi. Haram tak cukup masa. Nak seimbangkan antara kerja saya dengan 2 company, menulis dan lari, + keluarga, actually bukan senang. Tapi saya tak kisah. Sebab saya sukakan challenge.

Now, myBuddies Run 2016.

Asalnya isteri saya yang nak pergi lari race ni. So dia beli tiket dulu dan berharap untuk buat comeback dalam race ni sebab dah lama tak lari. Namun ada sedikit ujian tempoh bulan yang menyebabkan isteri saya tak berapa sihat. So tak boleh nak continue untuk race ini.

Ahhh senang cerita ginilah. Tak yah selindung-selindung. Basically isteri saya baru gugur. Kandungan 11 minggu. Tidak ada rezeki. Kalau ada rezeki hari tu kira EL dah dapat adiklah. EL setahun lebih adik dah lahir patutnya. Mungkin belum tiba masanya lagi. So isteri saya kena banyak berehat. Itu pasal-lah ada satu minggu tu saya cuti straight. Jadi Mr. Mama.

Oleh kerana baru pulih dari keguguran, maka tiket larian dia tu hampir nak burn begitu sahaja. Ntah macam mana, Amalina admin ofis saya browse-browse race untuk satu ofis lari + student internship. Last-last dia pilih myBuddies Run.

So basically saya pun turut terjoin sama dalam myBuddies Run ini dan kami semua decide untuk amik 10 K. Sebelum itu, untuk race-race internship + company, boleh baca sini.

Race : 100 Plus Outrunner 2016
Race : NM Galaxy 4th Cyberjaya Pt 4 – Running Album

OK. Balik semula myBuddies Run.

Kali ini student internship yang join ada 4 orang. Hafiz (unisel), Anisah (UIA), Fariha dan Intan (UKM). Selain daripada itu, staff saya adalah Allya (designer), Amalina (HR Admin), Syafiq dan Madhu (Programmer). So total semua termasuk saya adalah 9 orang. Kira myBuddies run kaut RM603.00 lah dari saya. Nak bagi awareness & inspiration punya pasal takpe, #jangankataabiangtakpayung.

unnamed
Dari kiri Intan, Fariha, Hafiz, saya, Hasni (agak 18 juta kali ajak tapi tak join-join jugak, takpe maybe one day), Madhu, Anisah, Allya dan Amalina. Tiada dalam gambar, Syafiq. Lagipun Syafiq dah resign, so nak letak gambar dia pun tiada gunanya. 😀

Racekit collection dilakukan oleh Amalina. Dengar cite pergi amik kat Dpulze Cyberjaya. So Amalina amikkan untuk semua orang. Cumanya bila dah sampai ofis tu saya tengok baju saya size M agak kecik sikit. Tapi design baju memang cun dan mari. Bila Syafiq (yang badan berisi sikit tu) pakai, terus nampak kurus.

Actually dualtone atas gelap dan bawah cerah sikit tu bagi impact kurus. Nampak macam dada tough sikit.  Ini gambar saya amik dari web depa. Medal design pun macam win jugak.

tshirt-medal-mask-for-webwithsehatisejiwa

Satu lagi, race ni dia punya lucky draw agak mari juga. Sapa yang #mukahadahuntung tu boleh dapat kereta kut. Iriz. Mana tau nombor naik, #mukaadasinyum.

iriz-for-web

Untuk race kategori, ada 3. 10K, 5K, dan 3K. Yang 3K ni orang tua jangan gatai nak masuk lak ini untuk budak sekolah rendah.

Selain daripada itu, sapa yang register race ni boleh dapat antivirus Free untuk langganan setahun. Yang ni detail dia saya tak tau tapi kalau anda dah register, anda boleh check dengan depa. Sebelum saya masuk ke posting seterusnya, boleh layan dulu video untuk last year event.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *