Race : myBuddies Run 2016 Pt 3 – Race Day

Masa meeting kat office basically semua orang dah agree untuk jumpa di Cyberjaya pagi, jam 6:00 paling lewat. Tapi tu la dia. Staff biasa memang suka buat boss kecewa. Last-last saya yang sampai dulu. Diikuti dengan pekerja foreigner expat saya Madhu (Olympic Material dari India) dan yang lain-lain. Paling barai dan lambat sampai, Alya, Amalina dan Anisah. 3A ni sampai on time bila gun start. Eloklah tu. Lain kali buat lagi.


So semua orang pun mula lari. Dikatakan hampir 7000 runners on that day. Agak ramai jugak. Majority melayu ramai race ni. Satu pemandangan yang agak luar biasa yang saya jarang-jarang nampak.

Ini route larian yang saya ambil dari web. Ini untuk 10K.

Screen Shot 2016-08-22 at 10.50.52 PM

Seingat saya, ada naik bukit sekali, lepas u turn dari cyberview tu, lepas bawah jambatan, naik ke kanan sebelum Shaftbury. Bapak tinggi bukit dia memang lega sapa yang tak biasa main bukit. Lain-lain ok je. Anyway, bila tamat tu distance dia tak tepat 10 K. Suunto saya cakap 10.27 K.

Route larian di Cyberjaya memang tenang sikit. Kereta tak banyak. Traffic control power. Waterstation tak silap saya ada 3. Air kosong + air oren. Bila habis tu dapat buah epal + air mineral sebotol dan ada meja air oren. Tak silap saya siap ada makan mee goreng tapi saya tak sempat pergi pun sebab dok tunggu budak-budak ofis saya ni sampai.

Robocop pun join lari sama

Basically kalau ikut sapa sampai dulu, of courselah saya yang sampai dulu (boss la katanya). Diikuti dengan runner dari India, Mr. Madhu. Kemudian Fariha. Kemudian Hafiz. Kemudian Syafiq. Kemudian Intan. Kemudian Amalina. Kemudian Anisah. Dan last sekali Allya.

Saya ingat tak silap saya last race Allya ni agak pecutan jugak tapi rupanya hari ni dia banyak main sambil tunggu pakwe dia yang join lari sama tapi last sekali pakwe dia main perasaan je langsung tak lari tapi tunggu tepi.

BTW, ini picture-picture team #secretlab yang muka rata-rata gembira sebab dah habis kena siksa 10 KM. 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *