Race : Natura Run for Hope Pt 1 : Sebab musabab

Saya register race ini agak awal. Tak silap saya dari tahun lepas lagi. Ada 3 sebab kenapa saya register run ini.

Pertama, medal dia cantik. Baju dia pun, em… boleh tahan design dia cantik jugak. Saya dah letak di calendar race kat blog ini lama dah. Dan untuk makluman, graphic baju dan medal race ini yang jadi template untuk race-race lain bila saya listingkan dalam calendar tu.

natura

Basically saya tak ada medal bentuk telur penyek lagi, so tu yang saya sign up race ini.

Kedua, sebab masa saya register tu awal sangat, so saya tengok dalam bulan Februari tidak ada race-race lain yang menarik hati saya. Tapi bila dah masuk bulan januari, saya dapati yang ada juga race-race yang macam nak join. Misalnya yang medal lawa lagi adalah Cross Country Victoria Institution dan Shamrock Run. Masa race VI tu saya ada class FB & IG pulak, ada orang nak datang berguru. Takde rezeki maybe next time.

Akhir sekali dan yang paling #deep, sebab tagline race ini. Run for Hope. Specifically, race ini adalah solidarity for diabetes tapi generally, bagi saya ia adalah tentang Harapan.

Keluarga saya tidak ada masalah diabetes. Alhamdulilah. Tapi keluarga saya memang ada masalah dengan cancer. Misalnya mak saya adalah survivor breast cancer, manakala ayah saya pula adalah survivor cancer tekak. Saya harap semua penyakit cancer ini berhenti dan tidak turun pada saya dan anak saya serta cucu-cucu saya kelak. Dalam ingatan saya, saya sentiasa instruct dan fokus agar saya bebas dari penyakit terutamanya cancer (walaupun saya seorang perokok)

Dan, saya pernah melalui saat-saat sedih dalam hidup dimana saat sudah tidak mempunyai harapan lagi apabila mengetahui hal-hal ini ada dalam keluarga kami. Ada moment macam drama swasta dimana ayah saya memanggil kami semua adik beradik dan memberitahu tentang perkara ini. Ada moment juga dimana mak saya terlantar di hospital dan menderita kesan chemotherapy. Ada moment dimana saya menangis dalam bilik air hospital teresak-esak meminta doa kepada tuhan yang satu agar mak saya selamat. Semua moment ini mendewasakan saya dan mendidik saya untuk berserah segala takdir hidup ini hanya kepada yang SATU itu.

Malah, kalau zoom specific sikit lagi, kepada saya dan isteri sendiri, kami telah diuji dengan HARAPAN oleh tuhan selama 11 tahun. Dah kawin lama tapi tak ada anak. Telinga saya ni dah tebal bila orang tanya bila nak ada anak. Event at one time saya pernah jawab, instead of tanya saya, why not tolong tanya pada tuhan bila kami akan ada anak. Begitu sakartik seorang boleh jadi bila sesuatu yang tidak make sense ditalukan bertalu-talu….

Ada game penting kalau nak lulus pasal HOPE ini. Saya kira, kalau kita berharap terus menerus, kita akan kecewa jika kita tidak dapat, apa yang kita harapkan. Namun, tidak boleh juga kita untuk tidak berharap langsung. Kerana, kalau kita tidak berharap langsung, tuhan tidak akan bagi terus. Lagi naya.

So dimana middle earth untuk HOPE? Sampai mana kita nak berharap atau decide untuk berhenti berharap? Atau, kita biarkan sahaja kehidupan berlalu dan kalau ada, ada-lah?

Setiap orang diuji bermacam-macam. Ada yang harap bertemu jodoh tapi tak bertemu lagi. Ada yang berharap akan ada anak tapi tak dapat lagi. Ada yang harap nak jadi kaya, tapi tak kaya lagi. Ada yang berharap nak kawin lagi satu tapi tak ada awek yang sudi jadi bini nombor dua.

Bagi saya HOPE atau HARAPAN adalah permainan spiritual. Anda akan dapat apa yang anda mahu bila anda lulus dengan cemerlang. Tuhan akan reward, bila anda layak.

Namun apakah asas permainan spiritual ini? Seperti yang saya katakan tadi, dimana middle earth (tengah-tengah spektrum) untuk HOPE?

Jika orang bertanya kepada saya, maka saya akan jawabkan begini.

1. Jangan putus harap.
2. Sandarkan harapan itu kepada tuhan yang SATU (bukan dua atau tiga atau 4,5,6 dan sebagai)
3. Dan bila anda dah letak harapan itu pada tuhan yang SATU, anda berhenti berharap.
4. Berhenti berharap bukan bermaksud anda stop wanting or stop thinking.
5. Berhenti berharap adalah KERANA apabila anda berharap pada tuhan yang SATU, adakah anda rasa tuhan yang SATU akan kecewakan anda?

Jika anda berharap pada manusia, anda akan kecewa. Namun jika anda berharap kepada Sultan segala HOPE yang mempunyai INFINITE SUPER POWER, I bet you will be surprised with what is coming.

IMG_5458
6 bulan lepas, mak saya dan cucu sulung dia…

Kongsi di :