Race : Natura Run for Hope Pt 2 : Race Kit Collection

Saya sebenarnya baru balik dari collect Race Kit Natura ni. Saya keluar pukul 3 lebih tadi dan sampai Putrajaya dalam pukul 3:50. Jem gila kat Seri Kembangan rasa nak menyumpah. Tapi baru je nak menyumpah Emperor dalam hati saya berkata, “U nak sumpah sapa tu?”. Lalu saya insaf dan memandu dengan fokus macam orang baru lepas kena marah.

Melalui FB Natura, saya dapati yang RPC boleh dikutip dari 2 tempat. Pertama Wisma Cosplant dan kedua Kompleks Sukan Air Putrajaya.

Screen Shot 2016-02-19 at 6.43.40 PM

So hari ini hujan, saya pun tak pernah pergi Kompleks Sukan Air tu maka saya guna Waze. Separuh jalan iPhone saya kong sebab semalam lupa nak charge (balik dari Penang kul 1 terus tidur). Maka melilau-lilaulah saya di Putrajaya dengan HARAPAN dapat jumpa jalan.

Memula tu saya saya sampai kat Kompleks yang ada kolam renang tu tapi bila saya naik atas nyata kosong. Bila saya turun bawah balik ada abang jaga bagitau nak collect race kit depan sikit dekat dataran.

So saya naik kereta dan pergi ke lokasi sebenar. Ada meja dan crew sedang bagi-bagi baju. Bila dah bagi resit, crew pas baju dengan bob, sekali dengan ubat gosok kaki jenama Voltex. Saya pun amik dan balik semula ke ofis.

Kalau anda nak collect race kit make sure anda pergi ke tempat yang betul. Anyway, ini gambar-gambar yang saya ambik dekat FB depa untuk rujukan tempat collect race kit.

12744545_828831180579935_8157895620897442719_n 12729138_828835800579473_8547839548969476545_n

Ini race kit saya yang dah dicollect. Ubat tu boleh bawak sekali mana tau cramp masa lari boleh terus sapu 😀

12728642_754588374671246_1784400441_n

Kongsi di :