Race : Natura Run for Hope Pt 3 : Pre Race Analysis

Hasil dari Conquer Trail @ Kiara hati itu, saya rasa antara pengajaran yang paling penting adalah ulangkaji route larian dengan baik, agar pisang tidak berbuah 2 kali. Hmmm… kenapa orang tak suka pisang berbuah kali ya. Kalau kita ada kebun pisang dan setiap pisang kita berbuah 2 kali, tak ke huntung namanya.

Ok. Saya takde kebun pisang.

1. Jarak dari rumah
Dari rumah ke Kompleks Sukan Air ni dalam 34 minit ikut Puchong.

Screen Shot 2016-02-19 at 11.22.00 PM

2. Parking Spot
Organiser tade hantar slide nasihat so kena check sendiri. Ini screenshot kawasan kat situ. Saya ingat boleh parking tepi jalan tu banyak spot. Kalau parking kat dalam Kompleks kang susah pulak nak kilab mrod (balik dorm) awal. Kalau parking kat Marina tu kena berenang dulu ke starting line. Agak dualthlon disitu.

Screen Shot 2016-02-19 at 11.24.53 PM

3. Tempat Semayang
Dekat Kompleks Kolam Renang Sukan Air whatever tu ada surau. So boleh sholat dishitu alhamdulilah mujur ada jus pamoga.

4. Ramalan Cuaca
Langsung tak hujan. Cantik tu.

Screen Shot 2016-02-19 at 11.30.43 PM

5. Event Itinerary
Date : 21 Feb 2016
Flag Off : 6:30 am (15 K)
Prize Ceremony : Tidak dinyatakan
Event Close : 10:00 am
Venue : Kompleks Sukan Air, Precinct 6, Putrajaya

6. In case of emergency
Kalau jadi apa-apa boleh contact organiser :
019 – 209 2065

7. Race Event Facebook
Klik sini

8. Route Larian

Now, ini adalah screenshot route untuk 15K saya dah buat balik untuk dapatkan elevation dia. Cuma saya main agak lepas keluar dari Kompleks Sukan Air Putrajaya tu belok kanan, instead of belok kiri. Saya rasa la… saya tanya isteri saya dia pun kata cenggitu. Ini map dia.

Screen Shot 2016-02-19 at 10.55.01 PM
Ini elevation dia.
Screen Shot 2016-02-19 at 10.57.23 PM
So analysis saya,

9. Bukit
1. Ada 8 kali naik bukit sepanjang race.
2. Bukit paling gila mencanak adalah pada KM 12.96 hingga ke KM 13.27 dimana peningkatan bukit paling tinggi iaitu 15%. Tapi stretch ni pendek je.
3. Total elevation race ni saya tak dapat pulak paki apps ni tapi ada satu lagi apps suggest 97m. So nanti tengoklah result dia ada betui ke tidak lepas lari esok.
4. Ok kat mana nak mula sprint bila dah nak habis tu, masa lepas PICC nak masuk balik ke jalan Kompleks Sukan Air sebab sini dah KM 13.72.  Masuk simpang je dah boleh start sprint, naik bukit skit, sprint balik sampai ending.

10. 3 Marker Penting
a. Bila simpang masuk ke jalan straight Persiaran Perdana tu dah 11 KM
b. Bila sampai depan PICC, maksudnya dah 13 ++ KM
c. Bila sampai depan PICC, dah boleh increase speed sebab lagi 2 KM nak habis. Atau lepas water station dah boleh tukar mode kucing kepada mode harimau bintang.

11. Water Station
Oh ya. Baru saya perasan. Organiser tak letak water station kat mana dalam map depa. Bila saya baca FB depa, Water station untuk 15 K ada 4, setiap 3 KM.

12. After race activity
Hmmm Putrajaya, Presint 6. First sekali kalau dah letih lari tu rasa nak mandi boleh pi terjun kat kolam renang tu. Kalau depa tak bagi masuk boleh pegi Marina berdekatan dan terjun dalam tasik tu. Selain daripada tu boleh pergi Alamanda kalau nak bershopping bagai, dan lain-lain…errr Putrajaya kut. Google la sendiri.

Saya ingat lepas race saya nak pi lepak minum ngan kawan saya broker hartanah En. Azmi nama dia. Kalau tak larat saya balik rumah terus.

Kongsi di :