Race : Natura Run for Hope Pt 4 : Race Report

12716461_1759820780904811_1947928903_n
Perhatikan Rani…Kemana pun kita lari, kita hanyalah sebuah reflection yang tersembunyi bagi yang tak terlihatkan…. Siapa itu?

Hari ini masa larian Natura saya mainkan playlist Shiela On 7. Lama tak dengar. Sejak pakai Spotify ni mintak je nak lagu apa semua ada. Macam kat syurga. Takde dah nak sync-sync. Group ni dulu famous masa zaman saya bujang mencari cinta. Takda konsert Shiela On 7 yang saya tak pergi kat KL ni. Malah, saya siap ada CD yang depa sign kat kulit dia. Gila kentang waktu tu. Anyway, ini adalah race report Natura Run for Hope 2016. Semoga bermanfaat jika ada.

1. Buat Aku Tersenyum
Melalui maki hamun di dalam FB dan juga cerita dari seorang runner yang lepak sebelah saya lepas lari tadi (bro polis trafik), saya dapati RPC oleh Natura memang barai habis. PERtama, depa tukar date collection, so pada yang dah set schedule untuk datang amik collect dah memang kena reschedule masa untuk date baru. Kedua pulak, rupanya yang datang collect hari Khamis, hanya dapat BIB instead of dapat baju. Manakala yang datang collect hari Sabtu, orang ramai gila dan terpaksa beratur 2 kali untuk collect baju dulu then collect bib. Mana runners tak marah? Beratur panjang, panas dan dua kali que.

Ada runners yang datang 2 – 3 kali dan still tak dapat juga baju? Last sekali collect pada raceday. Itu pun lagi cerita yang salah dapat size. Tapi kalau salah size ni salah runner sendiri sebab asal tak check? Ada juga cerita tulis nama dekat bib pakai marker.

Saya collect hari jumaat dan masa saya collect semuanya ok. Asalnya saya nak pergi collect hari khamis tapi saya kena pergi Penang ada meeting. So jumaat hari yang paling saya free sebab sabtu saya dah nak start bertapa dah :D.

Saya ingat untuk masa akan datang, kalau RPC dia pun masuk sampai 3 hari, saya boleh andaikan :

a. Ramai gila runner participation
b. Kalau collect awal sangat boleh jadi ada masalah barang tak sampai
c. Kalau collect lewat sangat terpaksa beratur panjang

Screen Shot 2016-02-23 at 1.01.03 AM

Kalau organiser tak perform, mungkin kita boleh take opportunity untuk reflect diri kita. Maybe kita asyik malang sebab kita tak belajar-belajar kenapa kita asyik malang.

Mungkin kalau kita start fikir positif setiap masa, hanya hal yang positif datang kepada kita.

Maksud saya, kita tak boleh control organiser punya cara macam mana, tapi kita boleh control cara hidup kita bagaimana dan control apa yang kita nak dalam hidup.

Saya dengar kawan saya bagitau ni first event depa organiser, so rilekla… kita maafkan kesilapan orang sebab mana tau esok kita buat silap, so orang boleh maafkan kesalahan kita. Kalau kita minta maaflah, kalau kita buat dunno je lain cite.

2. Hingga Ujung Waktu
So pagi-pagi buta saya dah bangun. Siap semua. Kali ni tak sempat nak Flat-Lay bagai sebab hari sabtu saya dah sibuk class larian NIKE tu. So orang rumah saya siap bekalkan roti kismis dan buat shake protein untuk bekal.

Masa saya nak amik bekal ni dan get going, saya terfikir…. betapa bersyukurnya saya mempunyai orang rumah yang support je semua apa yang saya nak buat esp. tentang minat saya nak berlari. 2 hari ni dia siap bangun pagi preparekan barang-barang saya nak gi lari. Kalau harap saya nak settlekan maksudnya last minutelah saya settlekan ikut dan. Dah la nak jaga anak lagi… jaga kucing lagi…. itu lagi…. ini lagi.

Even saya ingat kalau saya nak kawin sorang lagi pun dia akan support (atas alasan nak ringankan beban dia :D). Ingat senang ke nak cari bini macam ni. Tak banyak soal, redha dan pasrah apa jua yang terjadi, dan paling penting, berserah segala pada Allah ta’ala. Saya cakap terus terang saya memang tak boleh menjamin kebahagiaan rumahtangga atau nak sediakan segala keperluan mewah untuk dia tapi yang saya boleh jamin adalah, serahkan segala pada Allah dan Allah akan jamin semua akan OK. Selalu saya ingatkan dia, jangan berharap pada manusia tapi berharap pada Allah, maka kita takkan kecewa.

So, roti ni saya makan dalam kereta dan kunyah lebih dari 40 kali agar cepat hadam. Setiap kunyahan tu saya siap doa agar isteri saya sentiasa sihat dan sayang saya kurang sikit dari sayang tuhan.

Sebabkan masa saya nak bertolak tu saya tengok jam dah pukul 6 pagi, Flag off 6:30 so ada 1/2 jam roti nak hadam kang ada yang sakit perut masa lari. Shake ni saya minum separuh sebelum lari dan separuh lagi lepas lari. Kalau isteri saya tak sediakan ni semua, pakat lari cam orang puasa la saya. Lari sambil kebulur tau tak.

12724836_213623782320197_2104867117_n

3. Sahabat Sejati
Biasa kalau saya lari kebanyakkannya hans-solo, namun lately banyak yang sekali dengan En Remin. Kali ini, saya lari dengan En. Irfan.

En. Irfan dulu satu bilik dengan saya di MMU. Kami sama-sama satu class Digital Media. Kami kemudian kerja satu ofis di Cyberjaya sebagai designer. Masa lepas grad baru kerja tu kami sama-sama beli Wira Aeroback kelabu 1.3. Banyak suka duka dengan En. Irfan sebenarnya dan tidak dapat tidak, pengalaman itu mematangkan kami. Namun, bila company tu tutup lepas hampir 5 tahun, kami bawa haluan masing-masing.

idesign_birthday3
Masa muda-muda dulu sambut birthday kat office. En. Irfan 28 Nov dan saya 29 Nov

En. Irfan dulu ex- semesta. Saya pula ex shahpekan. So basically kami berdua memang masa kecik lagi dah duduk jauh dari family. Dan biasa budak SBP bonding dia lain macam sikit (tapi bukan GAY). Yelah. Kami 5 tahun kut duduk sendiri. Waktu tu mana ada mesin basuh nak basuh baju. Semua kena buat sendiri. Dan saya kira sebab itu bonding antara budak SBP atau even MRSM agak kuat walaupun sekolah tak sama bila kepala lebih kurang sama. Masing-masing dah faham penderitaan masing-masing. :p. Yang sekolah biasa untung la. Balik boleh tengok TV. Hujung minggu boleh pergi lepak kat shopping mall. Kami? Siang malam pagi petang baca buku. Genius tak jugak.

12745825_10153814570557906_7625667322523225319_n
Gambar curik dari FB beliau

Sekarang En. Irfan ada team larian sekolah dia. Tak silap saya nama RUNSTA. Maksudnya ada budak sekolah dia yang join lari. Saya tak pasti sekolah saya ada atau tidak team lari. Tapi kalau ada saya nak cadangkan nama club larian sekolah saya tu “PERrunner”. Kalau ada diantara pembaca yang pernah sekolah sama dengan saya, harap anda faham maksud “PERrunner”.

4. Yang Terlewatkan
Masa sampai tu saya whatsapp En.Irfan dia kat mana. Rupanya dia dah kat starting line so saya pi jumpa dia dan sembang-sembang. Agak lama jugak kami sembang rupanya baru perasan yang race tak start-start. Patutnya pukul 6:30 tapi waktu tu dah 6:45 pun tak start lagi.

Crowd runner dah mula panas. Ada yang dah start jerit-jerit. Ada 2 orang runner belakang saya tak habis-habis jerit #bf la… #mkps.. #fu…. # macam-macam lagilah. Saya bajet runner ni Gen-Y. Sebab semua nak cepat dan nak techie. Even nak marah pun ada #.

Agak matahari nak naik, MC yang suara pun agak kejauhan tak berapa nak dengar mulakan countdown. Dan yang kelakar, mungkin sebab dah lewat sangat, countdown dia mudah je. 3,2,1 go!

Maka bermulalah larian Harapan dengan campur tak kira 15K ke, 10K ke… 3K ke…. semua warna baju ada masuk dan join sekali. Punya la huru hara. Patutnya ikut kategori. Tapi mungkin ada runner yang dah tak sanggup tunggu barangkali….

12717526_10208393798939605_7936668017841332604_n
Gambar kredit dari bro Ku Wong

5. Seberapa Pantas
Basically, lepas mandi subuh tu saya berdiri depan almari saya. Waktu tu sebelum pakai outfit larian semua. Tapi saya dah pakai seluar burung la. Saya pandang diri saya dan saya cakap pada diri saya.

“Hari ni, kau akan buat rekod. 1 jam 29 minit. 1 jam 29 minit. 1 jam 29 minit”

Kemudian saya ucap tahniah pada diri saya yang dalam cermin tu sebab bakal dapat buat PB nanti. Sebelum keluar tu bini saya tanya, target berapa minit? Saya cakap 1 jam 29 minit dengan muka confident menang kalah takpe. 29 tu fav number saya yela tarikh lahir la katakan.

Dan masa larian bermula tu, saya sempat juga ulang mantera yang sama. Dan saya ulang, 7 kali lagi. Saya sudahi mantera saya dengan berterima kasih kepada tuhan kerana memberi saya peluang untuk lari hari ini.

So saya pun lari dengan tenang. Apa keputusannya terserah pada tuhan.

Saya maintain pace 6:00. Tapi kejap-kejap 5:xx … So saya slow balik…. tapi kejap-kejap 5:xx… saya slow balik.

Larian kali ini routenya ada yang saya pernah lalu. Dan ada yang saya tak pernah lalu. Ada satu stretch tu ada pemandangan yang sungguh cantik. Saya ingat selama saya ulang alik Putrajaya, saya memang tak pernah lalu situ. Bila saya tengok balik map dari Strava, no wonder cantik. Lari tepi air.

Screen Shot 2016-02-22 at 9.39.54 PM
Nampak air cam ular tu?

Sama ada saya pernah lalu tapi tak pernah tengok tepi sebab focus on driving, atau saya memang tak pernah lalu.

Tapi dengan effect pagi yang hening dan warna langit yang mengasyikkan, saya kira suasana pagi itu macam dalam lukisan yang dilukis oleh pelukis yang telah sampai nirvana. Dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi twitter….

Masa lari tu pun saya ada nampak bro – bro yang macam familiar. Cam, dulu aku ada nampak bro ni kat race sekian – sekian. Rupanya bila selalu masuk race ni ada je bertembung dengan bro – bro yang biasa kelihatan. Cumanya saya cuba senyum je la. Bro tu pun senyum balik. Senyum tanda “we all bro”. Jangan salah faham pulak.

12677293_1683800408567432_657475069_n
Kalau ada line lurus saya tak lepaskan peluang lari atas line. Berlatih esok nanti nak lari atas rambut 😛

Tapi kebanyakkan bro yang familiar tu semua lari lagi laju dari saya. Mulanya cam nak ikut la follow dari belakang. Macam pace sama. Tapi bila makin lama bro-bro ni makin laju, saya ingat lebih baik saya follow pace saya sendiri.

At the end of day, bukannya nak lumba ngan bro-bro tu pun. Kita mana boleh nak compare dengan orang. Tak baik untuk kesihatan kaki dan jantung.

6. Mudah Saja
Route larian kali ini elevation dia taklah sengsara sangat malah boleh saya katakan tak sengsara langsung. Boleh dilalui dengan rileks dan santai. Ada satu part tu je naik bukit tinggi itu pun part nak naik dari susur keluar highway besar dan buat u-turn ke belakan semula. Puncak dia ada water station tak silap saya.

Screen Shot 2016-02-22 at 9.38.17 PM

Ok. Tajuk chapter ni Mudah Saja tu bukanlah saya nak cite yang route ni mudah sangat walaupun consider easy, tapi yang saya nak cakap adalah Mudah Saja bagi organiser tukar route larian. Kalau compare dengan map yang depa bagi sebelum ni, patutnya untuk 15K ni lari balik ikut jalan yang pergi tadi. Bukannya ikut jalan 3K. Saya pun pelik kenapa hal ni boleh berlaku.

Saya tak la marah sangat tapi cam kalau organiser nak tukar route at least bagitau kat FB. Ini masa hari race tu main tukar. Banyak kesan dia yang agak tak selesa untuk runner. Ini map route 15K dari facebook depa,

12657254_826897360773317_3643894869618665300_o
Ini route 3KM.
12698663_826897320773321_1667973578901444670_o
Ini pula route dari Strava saya.
Screen Shot 2016-02-22 at 9.45.11 PM
Nampak tak beza kat mana? Ni saya zoom in.
Screen Shot 2016-02-22 at 9.41.32 PM
So perubahan route tu dalam 2 KM terakhir. Apakah kesan dia?

Jalan dia tu kecik. So banyak runner yang dah habis lari dok lepak tepi-tepi jalan tu. Ada yang malah berjalan melawan arus runner yang tengah lari. Basically saya tengok ramai runners yang pakai baju hijau la. Budak-budak mostly.

OK kalau jalan tu kecik takde masalah. Tapi alangkah bagusnya kalau ada crew organiser duduk kat situ make sure yang runner dah siap lari tak patah balik ke route larian sebab mana tau ada yang sprint last minute mau berlanggar dengan runner yang melepak tepi jalan. Tak ke naya. Runner-runner baru ni kita tak boleh marah sangat kalau depa tak faham etika, tapi at least crew organiser kenalah bagi awareness dekat situ. Barulah runner baru faham.

12705749_10208393865461268_4832389012444771367_n
Kalau ikut FB Ku Wong, Encik ni no 2 kategori 15K. Kalau no 2 mestilah lajukan? Bahaya tak budak kecik tu ada kat situ? Ni pic kat finishing line ni

Tapi itu oklah lagi acceptable. At least nak meng-positivekan keadaan, sambil lari tu boleh kenyit mata kat budak-budak universiti ni dah sebab bertentang mata la katanya. But yang paling unacceptable dan beyond proper adalah lari masuk dalam khemah dan meja makan. Ini paling epik. Rasa cam lari kat kenduri kahwin. Dengan kerusi mejanya. Cam… mmmmm susah nak tulis kat sini perasaan dia. Tapi kira saya bersyukurlah dapat lari bawah khemah sebab teduh sikit tak panas.

Mungkin silap saya main masuk race tak tengok organiser betul-betul. Tapi kalau dengan mudah semua boleh diubah organiser, saya ingat next time mudah saja runner nak pilih event mana yang depa nak join.

7. Melompat lebih tinggi
So saat-saat akhir tu saya bajet nak sprint gilalah tapi ada awek depan saya sprint sama. Gila laju awek ni lari cam saya fikir ini mesti awek yang berprinsip alang-alang mandi biar basah. So saya pun follow ajelah dari belakang. Ada dalam 300 meter kut.

12717648_10208394021305164_5103976903144996352_n 10400198_10208394021505169_3729193861128784622_n
Gambar kredit dari bro Ku Wong
12728906_10208394135108009_2780034132211189355_n
Ini pula En. Irfan. Steady
12717535_10208394001984681_6266136624425640497_n
Ini bro baru saya tak sempat tanya nama sapa tapi lepas lari tu kitorang lepak borak-borak. Bro ni polis traffic dan punya la baik siap ambikkan saya air. Bro ni yang bagitau saya pasal havoc RPC hari sabtu. Harap bro dapat awek cun dan baik dan setia untuk jadi isteri bro nanti. AMIN

Makanya bila habis lepas finishing line tu saya check jam saya, tengok time berapa. Saya dapati saya berjaya capai 1 jam 29 minit. Cuma tambah 33 saat kat belakang. Ini dari jam saya.

12677723_989097637831261_862182145_n
12749849_1010728585660738_1461142261_n

Berbanding dengan previous run saya tahun lepas di Kuala Kangsar dengan jarak yang sama, saya dapati ada improvement dalam 15 minit awal. Kuala Kangsar punya time, 01:44:50. Alhamdulillah, ada cam rasa gembira dan berbaloi training selama ni.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Selfie bersama En. Irfan

8. Perhatikan Rani!
Makanya, ini membuatkan saya terfikir. Tang mana yang selama ini saya buat menyebabkan saya improve 15 minit? 15 minit ni consider cam hampir 2 KM laju kalau satu KM pace 7:30….
Screen Shot 2016-02-22 at 11.24.37 PM

Saya masih tak pasti yang mana tapi apa yang saya buat antara Race Kuala Kangsar dengan race yang ini adalah :

a. Tingkatkan jumlah larian mingguan sebolehnya at least 15 ke 20 KM seminggu
b. Mula ambil protein shake
c. Mula lari naik bukit (hill repeat)
d. Pergi urut kaki malam sebelum race
e. Start pakai Suunto dan berhenti Runkeeper maka dah start monitor heart rate sendiri masa lari

Saya tak pasti yang mana satu tapi saya akan teruskan semua yang diatas. Harap next run boleh beri catatan masa yang lebih baik. Saya akan tulis detail pada next posting setiap satu ini.

9. Waktu Yang Tepat Untuk Berpisah
So, saya sangat happy dengan result larian saya kali ini. Thank you god sebab bagi PB untuk 15K. Namun, untuk saya masuk lagi Natura Run for Hope ni next year rasanya macam tak ada harapan dah. Bukan Natura Run for Hope tapi No Hope for Natura Run. Bukan merajuk, tapi saya rasa dengan bayaran RM 70 tapi tak ada timing chip pada bib, ada sedikit kecewa. Sebab RM70 ni masa last year, race Kuantan Half Marathon ada timing chip. Even Kuala Kangsar Race yang bayar RM20 pun ada timing chip.

Kalau bib takda timing chip ni dia feel dia cam larian sekolah sikit. Untuk statement ni saya harus minta maaf. Tapi inilah realitinya. Yang buat runner happy bukan setakat dapat medal, tapi juga dapat improve catatan masa larian. Kalau takde catatan masa official, rasa macam tak complete larian kita sebenarnya. Mana tau kita lambat picit jam… kan ke lari a few second tu (bapak poyo).

Anyway, saya doakan agar organiser akan improve dia punya cara management dan semoga akan beri yang terbaik untuk runners sekalian. AMIN

10. Arah
So, untuk race yang akan datang ini saya akan lebih berhati-hati untuk pilih nak masuk yang mana. Nanti saya akan tanya kawan-kawan runner saya yang lagi lama dah berlari macam mana depa pilih race. Apa kreteria yang depa baca sebelum depa nak sign up.

Tanak nanti dah tersign up lepas tu lega. Nak marah tak guna. Salah sendiri. Sapa suruh tak siasat. 😀

LAST, sebagai penutup, saya sisipkan lagu terakhir dari Sheila On 7. Kali ni bukan link je tapi dengan video klip. Lagu ni yang last keluar di Spotify sebelum saya cabut earphone untuk fokus pada larian kilometer-kilometer terakhir…

Langkah Seterusnya
Album dari Bro KU Wong Pt 1 2 3

Kongsi di :

Comments 2

  1. remin February 23, 2016

    Race report hg ni mmg flavor dia lain skit dari blog lari lain. Baguih, keep up. Kita bertiga bakal lari di medan lumba Nike We Run KL. Harapnya bole PB!!huhu…

Comments are closed.