Race : Natura Run for Hope Pt 5 : Bacaan Hati

Tidak ramai orang boleh membaca hati. Mungkin ada yang boleh membaca hati orang lain. Namun, tidak semestinya dia dapat membaca hati dia sendiri. Jika pun dia, dapat membaca hatinya sendiri, adakah dia, percaya sepenuhnya pada hatinya?

Atau, dia sangsi dengan hatinya? Adakah juga, yang memberitahu dia selama ini untuk terus atau berhenti, adalah suara yang sebenar – benar suara yang semua orang cari ( sampai mati ) itu?

***

Seminggu saya kaji tentang Heart Rate sampai saya sendiri dah muak nak study. Rupanya, mengkaji hati ini bukan sesuatu yang mudah. Misalnya, paling asas, kita orang melayu tidak tahu yang mana satu sebenarnya hati. Adakah, hati itu hati, atau hati itu jantung? Saya pun tak tahu. Tetapi secara biologi, hati adalah hati dan jantung adalah jantung. Mat Salleh pulak, jantung adalah heart dan hati adalah liver.

Ini gambar rajah buat rujukan.

APM usus-buntu

***

Natura hari itu adalah antara race pertama yang saya pakai HR Belt sepenuhnya. Mungkin dulu ada tapi mungkin sekali dua. Tapi yang ini yang betul-betul saya pakai dan kaji. Habis lari, ini adalah average “hati” saya daripada bacaan jam.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Daripada data jam itu didapati :

1. Avg penggunaan Heart saya adalah 93% so kalau Maximum Heart Rate saya 183, maka 93% adalah bersamaan 170. Dalam erti kata lain, purata jantung saya berdegup untuk pam darah dalam seminit adalah 170 kali sepanjang saya berlari. Saya lari dalam 1 jam 29 minit…. so lama tu.

2. Peak penggunaan Heart saya adalah 100%. Maksudnya saya pernah guna jantung saya hingga 183 kali degup dalam masa satu minit. Errr mungkin lebih.

So sekarang saya nak google. Adakah manusia boleh menggunakan jantungnya hingga ke maksimum?

Ini yang saya jumpa :
Screen Shot 2016-02-24 at 1.21.49 AM

Sumber lain :
Screen Shot 2016-02-24 at 1.23.08 AM
Dan :
Screen Shot 2016-02-24 at 1.24.31 AM

Ada kata ok, ada kata tak ok, so kesimpulannya, saya nak jumpa Dr.Kadir (HUKM) lepas ni. Dr.Kadir ni dulu bidan yang sambut anak saya. Sebabkan kes pregnancy wife saya unik sikit sampai kena ada 4 pakar, so saya cam rapat tak rapat jugak dengan Dr. Kadir. Lepas tu saya dapat tahu yang Dr. Kadir ni join Ironman. So of course sebagai seorang doktor, dan ironman, mesti dia tau. Nanti bila saya jumpa dia saya update.

Ini pula screenshot Strava masa larian tu untuk page Heart Rate.

Screen Shot 2016-02-24 at 1.28.56 AM

1. Untuk suffer score saya dah achieve level EPIC. Agak senyum jugak la 😀 selama ni tak lebih 60 pun kut.

2. Majority larian saya adalah dalam fasa Threshold. Maksudnya  fasa saya boleh lari dalam kelajuan ni selama 60 minit dengan sedikit kesukaran.

3. 10% larian saya dalam zone Anaerobic, maksudnya : Zone extreme pace yang susah, dan hanya boleh dibuat dalam short interval sepatutnya

4. Based on data ini, kalau esok saya nak lari Nike Werunkl 21K, saya boleh bertahan Z4 Threshold hanya 1 jam 13 minit. So selebihnya zone lainlah… Hmmmm agak sukar nak capai SUB 2 cenggini. Saya kena study lebih lagi canne nak tweak.

***
Anway, saya suspect Maximum Heart Rate saya bukan 183 sebab bila saya baca-baca, rumus 220 – umur tu adalah pukul rata means tak sama untuk semua orang. Cara yang terbaik untu tahu Maximum Heart Rate adalah pergi test VO2 Max tu dibawah guidance pakar.

Dan kalau tengok data atas ni saya rasa larian saya yang Natura ni saya dah push habis-habisan dah. Mungkin nak kena build up dekat Z5 dan Z3 untuk support yang tak cukup. Ini pun kalau pemahaman saya betul la tapi kalau salah, salah la semua.

Mungkin saya kena cari runner otai yang pakai HR Belt jugak dan faham macam mana nak baca graph Heart ni. Mungkin kena discussi lagi lanjut dengan En. Remin. Insyallah.

BTW, ada satu hadis ni sebut pasal hati. So mungkin sesiapa yang pandai arab boleh bagitau saya jantung dan hati dalam bahasa arab apa.

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ah tak payah. Saya dah check kat google translate.

Screen Shot 2016-02-24 at 1.43.02 AM Screen Shot 2016-02-24 at 1.43.13 AM
Pada bahasa arab, hati = jantung. So heart = jantung. Kena ada bahasa melayu lain untuk panggil liver mungkin lepa ke lipa ke agar kita mula panggil jantung itu HATI.

Ntah. Tapi yang penting, saya dah guna hati saya 100% dah dan saya percaya hati saya 100%. Pepatah melayu ada kata, ikut hati, mati, ikut rasa, binasa. Ada sikit salah tu. Kalau hati dia bersultankan syaitan memanglah mati. Kalau rasa dia tak dipulangan pada The One memanglah binasa.

Anda bagaimana?

Kongsi di :