Race : Nike We Run KL 2015 Pt 3 – Race Kit Collection

Hari tu saya minta tolong adik collect race kit. Rupanya bukan race kit sangat tapi training kit. So masa tu adik saya dah registerkan untuk collect race kit di NIKE Sunway Pyramid. Saya sampai malam, dan-dan bila sampai kaunter collection dah nak tutup. Berkat buat muka comel yang saya belajar dari kucing saya dirumah, maka amoi tu kasi can dan akhirnya bagi juga baju race saya.

10895240_891930557518299_1995489822_n
No saya kali ni 12183. Maksud dia, 1st 21K 8(no isteri saya) dan 3 (no saya)

Yang saya perasan, no runner dia cetak terus pada baju. Sangat smart dan unik sebab so far larian sebelum ni semua kena pakai bib tambahan. Dalam erti kata lain, besok2 bila kita pakai baju ni lepas race, no larian masih dengan kita. Chara.

So dibawah ini adalah isi kandungan semua race kit NIKE. 2 helai baju ( satu untuk race dan satu untuk training), D-Tag ikat kat kasut, dan recycle bag.

10890578_444971188989925_1103239077_nGambar diambil dari ig sini

Ini pula gambar baju bila dah pakai kat badan

10899222_1539013856371715_714956097_nGambar diambil dari ig sini

Selain daripada collect racekit, ada juga display map larian. Dibawah ini map larian untuk 21K.

10914252_686834378100302_970553245_n-1

Dan juga, dapat 20% discount untuk running gear bagi sesiapa yang masuk race NIKE ni… apa lagi…. shopping sakan la kita!



Kongsi di :