Race : Nike We Run KL 2016 Pt 1 – Registration yang sangat tense

Prolog

Semalam saya pergi Penang balik hari. Ada meeting. On the way balik masa tengah sembang dengan En.Hassan yang sedang tahan mengantuk drive kereta, En.Remin whatsapp saya. En.Remin hantar screenshot Nike We Run KL 2016.

Saya macam WTF?

unnamed

Awal tahun hari tu saya dah cari semua race yang patut ada di mukabumi Malaysia ni tapi bila Nike We Run KL, memang tak ada. Yang saya jumpa pun ada NIKE Race Women tapi tu kat oversea mana ntah untuk 2016.

So kesimpulan saya, ketidak-aktifan saya dalam Facebook menyebabkan saya kekurangan info pasal latest event larian. Meaning, saya cuma tahu ada race berdasarkan website dan berdasarkan whatsapp kengkawan. Bukan dari yang terkini di Facebook.

Something must be done untuk improve hal ini, sebab dalam blog saya ada Race Calendar. Agak tak bestlah kalau Race Calendar saya ni lambat bagi info. Lagi-lagi kalau runners dah bookmark page Race Calendar blog ini. Saya terfikir kalau tak aktif facebook pun ada 133 race (to date), inikan kalau saya aktif!

Hmmmm… Saya akan fikirkan sesuatu, bagaimana untuk dapat alert dari Facebook, tanpa login ke dalam Facebook. I will find the way.

But anyway, thanks to En.Remin, for the info.

***
Sebelum Register

Hari ini saya bangun awal gila. Tapi sebab macam sejuk-sejuk hujan, saya tidur balik. Pukul 10, saya menggeliat dan sebelum turun bawah untuk on Macbook, isteri saya bagitau yang web Nike We Run KL dah ada update tapi bila tekan submit ada pop up Preview Promo Code.

Saya kata kat isteri saya, hari ni sure event management untuk race ni menggelabah. Bayangkan berapa ramai runners dari Malaysia (dan mungkin dari oversea) yang nak masuk race ni?

Of course, tahun lepas, bayar cuma RM80 dapat 2 t-shirt Nike dan baucer diskaun 20% untuk barangan Nike Running. Sapa yang tanak? (yang menyampah dengan Nike mungkin tanaklah)

En.Remin pun ada tanya saya semalam apa yang berlaku masa saya register last year. Saya kata kat dia seingat saya, saya bangun awal, saya register awal ngam-ngam pukul 11 pagi. Dan seingat saya ada runners bagitahu saya yang lepas 2 jam registration dah full. Gila.

But anyway, sementara tunggu pukul 11, saya golek-golek dengan anak saya EL LUKH, dan kami menyanyikan lagu-lagu baby seperti Old Macdonald has a farm eya eya O. Ini diikuti dengan lagu-lagu nursery rhyme yang dibuka dari Youtube di TV.

Suasana di dalam rumah begitu tenang sekali. Sesekali terdengar hilaian gelak ketawa EL LUKH apabila diagah bapaknya yang mewariskan kecomelan kepadanya 😀

***
Sedang Register

Jam tiba-tiba ibarat sedang sprint bagaikan menuju finishing line 11 pagi. Saya yang sedang terbaring dengan EL LUKH baru tersedar! Nyatalah dari quran memang ada ayat yang mengatakan betapa  anak menjadi faktor kelalaian dari menurut perintah The One.

Lalu saya bingkas bangun mendapatkan Macbook di atas meja makan. Benar, Macbook telah tersedia terhidang bersama kad kredit bewarna silver disebelahnya. EL LUKH sekelip mata sudah ditransfer di dalam buaian yang saya pun tak perasaan bila dia berada disitu. Untuk infant 5 bulan, agak tak logik dia bangun dan panjat sendiri.

Screen Shot 2016-01-16 at 1.04.40 PM

Saya segera refresh web registration We Run KL. Sejurus, saya click butang “Register Now”. Saya dibawakan ke paparan seterusnya lalu membaca secara speed reading. Di bahagian paling bawah, saya click butang “Reserve a Spot”.

Screen Shot 2016-01-16 at 1.09.42 PM
Bagi yang tak register Nike Plus, kena register dulu baru boleh Login. Ini memang mengada. Tapi pasti ada sebabnya

Segalanya berlaku sekelip mata. Jika ada rekod untuk pace tercepat bagi registration sesebuah race, We Run KL memang menjanjikan PB bagi saya. Setelah login Nike Plus, saya memilih kategori larian. Nasib baik ada 2 kategori. Kalau ada 18 kategori, agak pening nak pilih yang mana satu.

Seterusnya saya memasukkan maklumat profile, lalu menjawab beberapa questionnaire sambil berkata kepada isteri saya,

“Tengok…. saja nak melambat-lambatkan orang nak register. Nak kena jawab lagu apa yang kita suka pulak masa lari… kang kita tulis lagu negaraku kang dikira derhaka pulak”

Screen Shot 2016-01-16 at 10.57.46 AM
Saya meneruskan registration ke page seterusnya. Kali ini pilih size baju. Lepas pilih, confirm terus ke payment page, lalu saya memasukkan detail Kad Kredit saya. Beberapa saat kemudian, registration complete. Saya dibawakan kepada page kegembiraan dengan message “You are in”. Sejurus beberapa saat, iPhone saya berbunyi, confirmation email sudah masuk nampaknya.

unnamed-1

Saya lalu berkata kepada isteri, “Yahooooo”

***
Lepas Register

Ketika sedang saya membaca training program dari Nike yang turut tersisip, En. Remin membuat panggilan kepada saya.

“Ha pasai apa? Dapat register tak?”
“Ha ni aku dah register ni tak bulih pulak page dia error”
“Error kat mana?”
“Ni kat payment aku masukkan keluar coding apa ntah panjang mampuih”
“Takpa hang wassap aku detail hang, aku tolong register dari sini”
“Habis ni duit karang masuk macam mana aku tak boleh login Maybank2u aku ni kena lock”
“Takpa duit kemudian, yang penting register dulu”

Ibarat baru lepas lari 21K, saya kemudian ke garis mula dan memulakan semula larian 21K saya. Eh tidak, saya buka balik browser Safari dan cuba register untuk En.Remin pula. Namun entah kenapa, di Safari, dia macam bijak sikit dan detect saya dah pun register. Hati saya lalu rasa macam tak berapa nak sedap nih….

Screen Shot 2016-01-16 at 1.25.10 PM

Saya lalu membuka browser Firefox dan fokus untuk registration En.Remin. Benar, kali ini saya lebih fokus dari registration saya sendiri sebab bila kita buat sesuatu untuk harapan orang, pressure dia rasa “lain macam sikit”. Saya melalui semula checkpoint-checkpoint dan water station yang saya telah lalu bezanya kali ini dengan Bib En.Remin.

Sambil register, sambil tengok Whatsapp. Akhirnya saya sampai ke page Payment semula. Saya click. Dan……

Transaction (Process ID 341) was deadlocked on lock resources with another process and has been chosen as the deadlock victim. Rerun the transaction. 2016-01-16 12-25-23

Saya lalu menelefon En.Remin, membuka semula browser Firefox. En.Remin mengangkat lalu saya berkata,

“Error kat payment, aku register semula sekarang hang cakap terus kat aku detail dia…”

Sambil register, saya tanya pada En.Remin apa data yang perlu. Saya terasa macam saya seorang  pekerja support We Run KL yang sedang berlumba untuk register dengan entah berapa puluh ribu orang lain lagi yang sedang bottle neck buat benda yang sama.

Page demi page, click demi click, loading demi loading. Sekarang saya sudah berada di garisan penamat. Saya klik “Pay”…. dan……

Screen Shot 2016-01-16 at 12.25.08 PM

Ahhh! Syaitan! Saya cuba bertenang. En. Remin di telefon bertanya “Pasai apa? Pasai apa?”
Saya kata kat En.Remin, “Jap, jap aku try back tengok macam mana”. En. Remin berkata, “Haii macam-macam betuila Nike ni banyak hal sangat”

Saya lalu bingkas berkata kepada isteri saya, “Anda, cuba try register dari Mac anda pulak”. Isteri saya lalu dengan pantas membuka Macbook dia dan mencari-cari alamat registration. Namun bila dia masukkan login En.Remin, paparan merah marah keluar dengan message – Runners sudah diregister.

Saya cuba refresh browser beberapa kali. Sebab tadi macam tak settle lagi. Tapi bila nak login balik system dah bagitau yang dah register.

Anyway, kadang-kadang berkat refresh browser dengan harapan yang terpalung dalam boleh mengubah takdir. Ntah macam mana, tiba-tiba saya terpandang satu perkataan keramat – “You’re In”. Fuh lega. Registration untuk En.Remin akhirnya approve. Saya lega.  Page “You’re In” hari ini memang macam page yang paling bermaknalah setakat tahun 2016. Takde page website yang paling gembira lagi untuk tahun keramat ini.

Saya kemudian call En.Remin dan menyampaikan khabar gembira. En.Remin menjerit kegembiraan. “Suksess bro suksesss!!!”

Saya kemudian minta dia check email confirmation. Sebab kalau tak ada email confirmation nanti dah jadi satu hal. En.Remin kemudian check email dan agak 2 – 3 kali check dalam masa 10 minit email memang tidak ada.

Saya mula risau. Rasa macam nak demam. Eh. Tidak. Ini exaggeration penulisan sahaja. Takkanlah sampai nak demam. Nampak benar penipu.

Beberapa minit kemudian tiba-tiba telefon berbunyi. En. Remin dengan nada ceria berkata yang email sudah sampai. Rupanya email dia masuk inbox promotion. Bukan main inbox. OK. Mission Accomplished. Saya menarik nafas lega yang panjang.

***
Lepas Register En. Remin

Saya tengok pada page confirmation En.Remin, nombor confirmation beliau adalah #02077 manakala nombor confirmation saya adalah #00231. Maksudnya sela masa registration saya dengan En.Remin less than 2 minutes. Tapi dari 200 lebih, dah naik 2000 lebih. Jauh tu.

Saya dapati juga melalui iPhone saya, rupanya ada 2 sms dah untuk confirmation payment dari Citibank. Maksudnya, memang duit dah tolak dari kredit kad saya. Bila discuss dengan En.Remin nyata debit card tak boleh pakai untuk registration Nike ini. Sepatutnya kalau tak boleh pakai, kena tulis kat situ tak boleh sebab rupanya En.Remin pakai debit card. Dan dalam masa yang sama, Maybank2u En.Remin kena lock mungkin saya agak banyak sangat request dari page Nike ke page Maybank2u En.Remin menyebabkan account kena lock. Ntah?

Tapi apa yang pasti, registration kami berjaya. Itu ending yang paling epik hari ini. Semalam En.Remin bantu saya dengan information race We Run KL dan hari ini saya bantu dia balik untuk register. See…. kalau kita tolong orang, orang akan tolong kita. Tapi kalau kita pedajal orang, orang akan pedajal kita.

Anyway, sebelum saya bangkit nak keluar breakfast dengan isteri saya, tiba-tiba En.Remin WhatsApp, – “Mintak tolong hang registerkan Mann isteri model pulak hhihihi…”

***
Akhir
2 jam kemudian, saya berjaya registerkan untuk Mann isteri model. Nampaknya registration selepas jam 11:30 pagi memang lagi mencabar. Saya listkan masalah-masalah registration yang berlaku :

1. Nak login masuk lama gila.
2. Bila dah login masuk nak pergi dari page ke page lama gila.
3. Rumah saya 10 MB unifi ok.
4. Bila page payment selalu error.
5. Untuk registration terakhir ini saya cuba 5 kali.

Namun alhamdulillah, tuhan tak pernah mengecewakan manusia yang tak pernah putus asa. Mann isteri model pemain gitar kumpulan Pesawat itu boleh menarik nafas lega bila registration untuknya akhirnya……………………………………………….. berjaya!

BTW, 2 jam kemudian ini, Man punya confirmation number #08156. Dah 8 ribu total……

unnamed-3

Kongsi di :