Race : Nike We Run KL 2016 Pt 11 – Pace Strategy untuk Sub 2

Saya tahu untuk saya SUB 2 maciam mustahil kalau tengok pada training saya selama 3 bulan ni. Banyak mengelamun dari fokus dan serius. Tapi takpe. Sekolah saya dulu kami ada slogan #confidentmenangkalahtakpa.

Ok, now saya ada baca tentang pace strategy untuk SUB 2. Ini yang mat salleh tu bagi :

Miles 1 to 3 at about 9:15 pace.
Miles 4 to 7 at 9:09 pace
Miles 8 to 10 at 9:05 pace
Miles 11 to 13.1 9:00 pace (or whatever else you have left in the tank)

Ini yang saya convertkan kepada KILOMETER. Dia punya pertukaran pace tu setiap 3 batu, dimana 3 batu ni sama dengan 4.8 KM. So saya genapkan terus kepada 5 KM.

Dia punya konsep, awal-awal lari slow sikit daripada yang hujung-hujung supaya tak pancit. Based on pengalaman dia, dia go to fast awal-awal so end up dia terpaksa berjalan pada masa nak finishing.

KM 1 – KM 5, pace 5:45
KM 6 – KM 10, pace 5:41
KM 11 – KM 15, pace 5:39
KM 16 – KM 21, pace 5:36

Itu kalau makin lama makin laju. Kalau average nak maintain pace yang sama dari awal sampai akhir, berapakah pace yang diperlukan?

Average pace 5:42 akan beri anda masa 1:59:42

Screen Shot 2016-04-05 at 11.35.59 PM

21 KM lari average 5:42??????????????

sub2

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_