Race : Nike We Run KL 2016 Pt 12 – Route Analysis

Semua runner yang akan lari hujung minggu ini pasti dah tengok route larian Nike yang depa bagi dalam race slide. Beza tahun ini dengan tahun lepas ada banyak. Basically, ini screenshot route larian.

Screen Shot 2016-04-06 at 5.52.51 PM

1. Route secara overall
Tahun lepas route dia macam logo Nike swoosh tu manakala tahun ni takde bentuk apa pun. Tahun lepas punya boleh tengok kat sini. Tapi bila saya amati balik dengan tenang dan tenang dan tenang…. route ni macam bentuk map australia pun ada… macam bentuk batman pun ada…. macam bentuk bunga raya pun ada….

2. Route yang certified
Last year route tak level certified tapi this year certified by IAAF AIMS. Maksudnya apa tu? Maksudnya kalau hang cipta rekod kat sini laku la rekod hang. Kalau nak apply kerja jadi runner kalau buat Sub 2 kat sini, ok…. hmm senyum tu ada makna sikit. Untuk baca apa kejadah AIMS ni  boleh pi sini.

3. Starting Line
Ok untuk race ni starting dia ada group. Ini semua based yang kita register dulu. Berapa timing yang kita masuk dulu tu ingat tak? So kalau kita register SUB 2, maka kita start dekat group SUB 2. Nanti masa collect race kit tu jangan lupa collect wristband sekali sebab wristband ni yang menentukan group mana group mana. Tade wristband hang start belakang sekali.

Screen Shot 2016-04-06 at 6.51.30 PM
Screen Shot 2016-04-06 at 6.51.40 PM

4. Bukit paling tinggi
Tahun lepas saya tak ingat sangat sebab main lari je dan tak penting pun bukit ke lurah ke apa. Tapi untuk tahun ini, dari slide race depa dah bagitau pada KM 6, situ challenge paling gila sekali iaitu 88.34 m. Maksudnya dalam kepala kita esok boleh ingat cenggini la…. lepas level 5K (level fun run), challenge paling gila akan berlaku.

Dimana bukit ini? Kat Jalan Imbi nak masuk Jalan Bukit Bintang.

Screen Shot 2016-04-06 at 6.01.38 PM

5. Total elevation semua
Yang ni tak tau berapa. Sebab dari slide dia memang takde. Saya dah baca 341 kali dah memang takde. Namun begitu, ada runners yang dah buat balik route ni dah daripada route yang depa buat, didapati :

a. Runner Fazlee Rezuan – Total Elevation 610 m. Click sini
Screen Shot 2016-04-06 at 6.26.50 PM

b. Runner Julie Wong – Total Elevation 524m. Click sini Tapi yang ni ending dia cam tak sama cam lain sikit dari yang Nike bagi.

Screen Shot 2016-04-06 at 6.35.20 PM

c. Facebook MY Runners – Total Elevation 217 M. Click Sini Yang ni pun ending tak berapa nak sama dengan NIKE

12901070_1765415003714380_5963328373344862130_o

Walaubagaimanapun, walaupun tak sama, kudos untuk effort runners ni yang buat plotting kat route. Ingat senang ke. Nak kena compare dengan route simplified Nike tu then nak buat balik. Ce try buat sendiri la nak tau menanah ke tidak. 😀

6. Water Station n such
Daripada map jumlah dia ada 10. Bukan setakat ada air, ada span lagi.  Lama dah race tak de span. Ada span ni shiok sikit rasa segar lain maciam. Air, 100 Plus. Setiap water station lepas minum air boleh kencing. Tapi bukan kat water station le. Kat toilet di water station. Satu lagi setiap water station ada PBSM (atau St John saya pun tak tau) tapi kalau sakit pungkoq boleh stop kat waterstation mintak bantuan. Bila minta bantuan tu lembut sikit… bantuan.. bantuan…. bukan BANTUAN! BANTUAN!

Saya ingat ini je kut route analysis yang saya boleh tulis. TQ kepada En. Remin yang bagi input dan sumber tentang route-route runner yang lain tu.

Kongsi di :