Race : Nike We Run KL 2016 Pt 13 – Race Kit Collection, DRAMA

Saya baru saja sampai ofis balik ni, dan pagi tadi, saya pergi collect Race Kit Nike. Ada beberapa perkara yang saya baru belajar hari ini yang semuanya ada kaitan dengan Race Kit Collection.

1. Confirmation Email
Hari ni saya bangun awal jam 9.00 (awalnya). Pukul 10.00 pagi saya dah ada di office. Matlamat saya, 10:30 pagi mesti ada di KL Sentral untuk racekit collection supaya 11:00 am, saya sudah kembali berada di office.

MALANGNYA

Sesampainya di office, saya menghabiskan masa agak sejam nak cari balik confirmation email saya. Puas saya search “We Run KL”, “NIKE”, “NIKE Werunkl”, “Nike We run KL”, “Nike + Comformation”, “Khairul Azizi + Nike” dan bermacam-macam lagi. Namun, email yang saya nak print itu, tak kunjung muncul.

Saya mula nak menyirap. Saya call En. Remin tanya dia ada bookmark tak email tu, sebab saya nak tanya, apa tajuk email tu. Dia tak ingat. Tapi yang dia ingat, email itu tarikh dia 16 Januari 2016. Saya kata, lagi genius. Memory ram ultimate GB. Bila saya search ikut tarikh itu, nyata email dari NIKE itu tidak ada.

Saya hairan kenapa. Lalu, instead of desktop, saya cuba cari dekat iPhone saya. Ada jumpa. Tapi bila click, Not Found.

unnamed unnamed-1
Email dia tajuk YOUR’RE IN. Welcome To We Run KL 21… tapi bila click, not found

So, saya buat kesimpulan, sama ada saya terdelete email ini, atau masa dia email kat saya dia masuk spam dan saya lupa nak unspam, saya hanya berserah kepada Allah untuk apa yang bakal berlaku seterusnya. Kalau katakan saya tak dapat collect racekit ini kerana tidak ada email, maka saya akan berfikiran positif, mungkin Allah tak bagi saya lari race ni. Allah ada sebab tertentu untuk mentakdirkan sedemikian rupa. Mungkin dia suruh habiskan weekend ini dengan pergi tengok movie Batman lawan Superman yang menambahkan lemak badan sebab tak keluar berpeluh pun.

Tiba-tiba, saya terdapat idea, dulu saya ada submit satu posting pasal registration Nike dan seingat saya, ada buat screenshot. So saya pergi post tu, rupanya, ada screenshot. LEGA. Tapi dekat screenshot tu yang ada cuma nama saya dan nombor confirmation sahaja sebab saya screenshot tu tak penuh.

Saya print, dan saya tawakal. Harap depa boleh terima. Saya fikir, kalau saya bawak print out ini, saya kena bagi alasan, “staff i yang print and sorry i tak sempat check dia print penuh ke tidak.”

unnamed-1-575x1024

Maka, dengan hati yang penuh harapan agar TIDAK KECEWA, saya pun memandu ke KL Sentral dengan bantuan WAZE saya.

2. Salah tempat

Ada kawan saya kata WAZE ini WASTING TIME. Sebabnya, kadangkala jalan dekat ada, dia bagi jalan jauh. Dan kadangkala, kalau tak mahir pakai WAZE, silap masuk simpang. Saya kata kat dia, mungkin dia yang tak mahir pakai sebab selama hayat saya pakai WAZE, takde masalah pun?

Hari ini, hari masalah WAZE saya.

Sejujurnya, saya search KL Sentral. Sepatutnya, saya search yang lebih tepat. Errr.. Race Village?

Dan bila dah kat jalan besar itu, WAZE suruh masuk simpang ke KL Sentral tapi saya termasuk simpang lagi awal. Keputusannya, saya salah jalan dan WAZE recalculate bagi jalan lain untuk pusing balik masuk KL Sentral.

Sekali bila dah turun kat bawah tu rupanya Race Village ada belah kanan!

Dalam erti kata lain, kalau saya ikut jalan ke KL Sentral yang biasa tu, mungkin saya kena pusing-pusing untuk cari Race Village tapi disebabkan saya tersalah masuk simpang, saya sampai tepat ke Race Village yang dimaksudkan! Ini screenshot dari WAZE saya sisipkan. Yang Ungu tu jalan WAZE, yang merah tu jalan saya. Yang X tu Race Village.

map_race_village

So saya terus terfikir. KADANG KALA DALAM HIDUP INI, TUHAN SENGAJA SESATKAN JALAN KITA SUPAYA KITA SAMPAI PADA TEMPAT YANG BETUL.

***

Makanya esok bila nak pergi race, at least saya dah tahu mana jalan short cut nak sampai terus dan tahu nak parking kat mana. Terima kasih God. You selalu macam ni kan. You bagi harapan, lepas tu You kecewakan I… tapi lepas tu rupanya You bagi I hadiah lagi bermakna dari apa yang I pernah harapkan. #insaf.

3. Race Pack

So, saya pun pusing-pusing cari parking, last sekali sebab tak de, saya parking terus dalam tempat Race Village tu. Saya tengok orang pun tak ramai. Saya jalan masuk dari luar terus ke kaunter dan terus saya bagi print out yang tak cukup length tu dengan ic.

Processed with VSCO with f2 preset

Processed with VSCO with f2 preset
Race ni ada sambutan ke tidak? Kosong je… 😛

Sekali Mat Kaunter tu tengok print out tu dia macam terketawa. Saya dah agak dah sebab nama dan confirmation number tu kat bawah. Kira macam dalam kepala dia mesti dia kata apakehal mamat ni pergi print screenshot dalam phone instead of print confirmation slip yang sebenar. Tak bodoh sangatlakan mamat ni. Paling tidak, itu yang hati saya terdengar dari riak wajah dia.

Tapi baru dia nak ketawa dengan lebih lanjut saya terus buat jedi mind trick untuk alihkan perhatian dia terus kepada nombor confirmation yang kat bawah tu. So dia macam baru tersedar. Saya tanya dia, “any problem boy?” Dia kata “No Sir… I just realize the confirmation number”

Dia pun masukkan data. Check dengan IC saya. Sejurus kemudian masuk ke bilik belakang amik Race Pack. Seterusnya mengeluarkan satu persatu untuk recheck in case ada yang tak cukup. Saya tengok semua dan saya kata OK. Saya kemudian berlalu pergi dan selepas mengucapkan Thank You.

***

So next ni, saya nak tulis pasal How to manage your Race Email Stuffy…. harap ia boleh membantu runner lain agar tak jadi macam saya kelam kabut.  So, inilah kesudahan cerita hari ini, dipersembahkan…… RACE PACK NIKE….

– T-Shirt sekali BIB printed
– Wrist Band untuk Starting Pen
– Timing Chip Kaki
– Tote Bag
– Mainan not included

Processed with VSCO with f2 preset

Kongsi di :