Race : Nike We Run KL 2016 Pt 14 – MultiSportsTag

Last year timing chip dia sticker plastic warna oren, masuk kat tali kasut. Nama dia ChronoTrack D-Tag. First time saya pakai yang macam tu, mungkin sebab saya pun tak banyak masuk race. This year, lain pulak. Macam sticker. Ada cara nak pakai tapi macam tak reti.

Screen Shot 2016-04-08 at 9.07.24 PM
Last year punya timing chip yang horen tu, ChronoTrack D-Tag

So this year punya namanya MultiSportTag daripada mylaps.com. Ini web dia. Saya cuba cari timing cip ni kat web dia tapi takde la pulak. Namun, sebaliknya, saya jumpa page result terus. So cam, timbul persoalan. Adakah, lepas race, kita boleh check terus result dia dekat page dia? Cuma setakat ni, untuk Nike ni tak masuk lagi la. Lepas race boleh la check ada ke tak.

Screen Shot 2016-04-08 at 9.17.02 PM
Carian saya lagi, telah menterjumpakan ini. Speedhive. Dia cam tengah-tengah race, dah tahu dah nombor berapa. Tapi nampak macam bukan untuk race larian lagi tapi lebih kepada race motorsport.

Screen Shot 2016-04-08 at 9.20.04 PM

So, saya macam tak puas hati, saya search balik. Sekali bila tengok betul-betul, baru saya jumpa yang timing cip Nike pakai. Rupanya timing chip ni nama dia Bibtag, dan biasa digunakan untuk triathlon.

Screen Shot 2016-04-08 at 9.22.52 PM

Ok, daripada web tersebut, didapati :

1. BibTag ni kalis air. Dan boleh guna dalam lumpur
2. BibTag ni ada dua jenis, disposable dan reusable. Yang reusable ni boleh basuh dan dicollect dan digunapakai semula untuk acara yang lain.
3. Harga BibTag ni murah sebenarnya.
4. Yang Nike punya ni jenis disposable sebab dia pakai tyvek layer dan lekat macam stiker manakala yang reusable guna velcro untuk lekat.
5. Hanya bayar BibTag untuk runner yang datang event sebaliknya yang tak datang event / no show organiser tak yah bayar.

MultiSportsTag
Disposable type

MST reusable-01
Reusable type

OK. Yang paling penting. Canne nak pakai?

Daripada kertas yang Nike bagi tu gayanya,

1. Letak Bibtag atas lantai dan pastikan anda dapat baca nombor atau nengok logo mylaps tu
2. Terbalikkan, dan pastikan sekarang anda nengok span hitam tu
3. Kat hujung tu ada sticker 4 segi putih kecik
4. Kopek sticker tu
5. Angkat BibTag dan balut kaki anda ikut suka jangan ketat sangat jangan longgar sangat.
6. Pastekan sticker tu kat mana-mana permukaan yang ada tulisan tadi.
7. Kalau dah paste, jangan kopek nanti koyak langsung tak boleh lekat.

Kesimpulannya, jangan pulak kopek permukaan kertas yang ada nombor tu pulak.

Saya cuba cari video youtube tapi tak jumpa pulak. Gambar dari web mylaps ada la.

MST_op-achtergrond

***
Jangan pakai kat leher lak kang tercekik, masuk paper atau viral lega.

Kongsi di :