Race : Nike We Run KL 2016 Pt 15 – ………….

Saya sepatutnya lebih matang dalam membaca permainan alam. Sepatutnya, saya sudah boleh meramalkan apa yang berlaku seterusnya dalam siri #werunkl ini. Nyata bayangan untuk apa yang terjadi itu telah tuhan beri “hint” awal-awal lagi.

Bermula dengan kesilapan jalan untuk collect racekit, saya sepatutnya sudah “sedar” dan tahu bahawa itu adalah mukadimah untuk race #werunkl pagi tadi.

Semalam, selepas senja, saya menerima satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Mulanya saya macam malas nak angkat sebab waktu itu saya sedang memandu, namun hati ini berkata kuat, angkatlah.

Dan bila saya terima panggilan itu, rupanya ia adalah daripada crew #werunkl yang bekerja lewat malam. Seorang awek disebelah sana, bertanyakan no bib tag dan nombor baju saya. Saya macam pelik kenapa tapi melalui penjelasan awek itu, nama saya tidak ada didalam sistem. Tenang dengan apa yang terjadi, saya katakan yang saya akan call balik untuk check dengan orang rumah saya. Beberapa minit kemudian saya call awek itu semula dan beritahu nombor-nombor takdir saya.

Seperti yang saya katakan tadi. Saya sepatutnya sudah matang dengan permainan alam. Panggilan telefon selepas senja itu adalah panggilan confirmation yang #werunkl kali ini, nama saya tidak akan ada dalam list ini :

Mereka yang bakal dimakbulkan doanya untuk PB

***

Pagi tadi pukul 3:00 pagi lagi saya sudah bangun. Tidur pun agak lewat, dalam jam 11:30. Ini semua kerana asyik membaca perjalan tren keretapi. Sejujurnya saya malas untuk drive ke sana kerana event yang melibatkan 8000 – 10,000 runners ini pasti membawa banyak hal yang tidak diingini. Dan sejujurnya lagi, entah bila kali terakhir saya menjejak kaki ke stesen tren keretapi. Mungkin 2 tahun lepas masa #racethetube. Mungkin.

Dibantu oleh isteri saya untuk memahami tren mana kena ambil dan dimana untuk tukar, lalu pagi tadi saya ke tren Sri Petaling. Saya kira dari situ saya akan ke Masjid Jamek. Kemudian tukar untuk ke KL Sentral.

Sewaktu masuk di dalam kereta, hati ini berbisik. Tukar ke tren Kelana Jaya, di sana lebih cepat. Saya melihat dashboard kereta. Minyak tinggal sikit. Hanya boleh pergi lagi 20 KM. Saya membuka Waze untuk meninjau berapa jauh stesen Kelana Jaya dari rumah ini. Dalam 18 KM. Saya meninjau lagi, berapa jauh stesen Sri Petaling. 3.9 KM.

Processed with VSCO with f2 preset

Kalau tak gerak dalam masa 3 minit maka mungkin tertidur balik

Processed with VSCO with f2 preset

Tuhan Yang Maha Laju lagi Maha Kuat, tunjukkan aku jalan yang lurus seperti mana jalan yang kau telah tunjuk kepada runner-runner Sub2 yang telah kau tunjukkan

Saya menghidupkan Mat Fordy yang kehabisan minyak, lalu terus sahaja memandu ke Sri Petaling. Sebenarnya, jika saya naik dari tren Kelana Jaya, saya tidak perlu tukar tren dan terus sahaja berhenti di KL Sentral. Itu yang sepatutnya saya buat tetapi saya ingkar dengan kata hati.

Separuh perjalanan saya tukar arah. Instead of ke Sri Petaling, saya ke Bukit Jalil. Paling tidak, saya dah jimat satu stesen.

***

Pukul 4 pagi di situ memang gelap gelita. Di kawasan parking cuma ada 3 biji kereta yang lampunya masih terbuka. Dari jauh saya memusing-musing cari jalan paling dekat dengan stesen. Rupanya tidak ada sebab di stesen Bukit Jalil sekarang sedang construction bahagian stadium.

Setelah parking, saya keluar dan bersiap ke stesen. Saya kira ada dalam 500 – 700 meter menapak. 2 orang runner dari kereta sebelah bertanya kepada saya mana nak masuk ke stesen. Saya katakan yang saya juga tidak tahu tapi mungkin kena jalan jauh sikit. Mereka mengeluh.

Apabila sampai di stesen saya cuba untuk membeli tiket. Ada seorang runner cina sedang menunggu kawannya di situ. Saya cuba memasukkan duit RM10 ke dalam mesin tetapi tidak boleh. Baru saya perasaan yang mesin hanya menerima duit RM5 ke bawah. Saya menjadi gabra. Runner cina tadi dari belakang menyapa lalu berkata, “Why not u try touch n go?” Saya katakan yang saya tak bawak touch n go. “Your IC?” Saya lalu mengeluarkan IC dan cuba menyentuh pagar masuk namun lampu merah menyala tanda tidak boleh.

Ahhhh Fakkkkkkkk!

Di belakang muncul 2 orang runner yang parking sebelah saya tadi lalu salah seorang daripadanya membeli tiket. Saya cuma memerhati dengan gelisah. Apabila tiket keluar, saya lalu menyapa runner itu untuk tukar duit kecil. Jawapannya mendukacitakan. Dia cuma bawa duit cukup-cukup makan. Sekali lagi hati saya berzikir negatif.

Processed with VSCO with f2 preset

Antara yang berjaya bangun pagi semata-mata nak pergi lari 21KM. Tahniah.

Dari atas saya dengar bunyi tren sampai. Dan beberapa ketika tren mula pergi. Saya semakin tertekan. Adakah saya kena balik menapak ke kereta dan terus sahaja memandu ke KL Sentral? Atau saya balik menapak ke kereta ambil duit kecil dan datang semula ke sini dan beli tiket? Tuhan tolong tunjuk jalan lurus.

Dari dalam kaunter, seperti baru bangun tidur, pegawai tren yang sepatutnya bekerja awal lagi menjerit dan melambai kepada kami. “Masuk sini, masuk sini”

Rupa-rupanya, tiket free. Complementary dari NIKE. Saya lega.

***

Perjalanan tren memakan masa hampir satu jam. Saya mengambil peluang sebaik mungkin untuk makan 2 keping roti butterscotch yang isteri saya bekalkan. Saya minum air gatorade dan meilhat jam, sudah hampir 4 suku.

Processed with VSCO with f2 preset

Sedapnya roti ni

Saya kemudian memakai Acti-Tape hitam di lutut. Kemudian memakai BibTag di kaki setelah melihat ada runner-runner lain di dalam keretapi yang telah siap serba serbi. Saya mengeluarkan Heart Rate Suunto, membasahkan beberapa bahagian untuk detect jantung dengan air sebelum menyelak baju dan memakainya dengan sedikit ketat.

Processed with VSCO with f2 preset

First time pergi Race bawak beg

Kami semua tiba di Masjid Jamek dan saya mengikut crowd runner yang penuh berbaju oren itu. Ada yang turun tangga dan ada yang simpan tenaga guna escalator. Kami tiba di bawah dan tidak berapa lama tren sampai. Kami masuk dan selepas satu atau dua stesen, kami tiba di KL Sentral. Saya lihat jam waktu itu sudah 4:45 pagi. Dalam pukul 5 betul baru saya tiba di Running Village. Lagi setengah jam race nak start dan ini memang petanda yang bukan baik sangat.

***

Crowd di Kampung Larian atau Running Village itu sangat happening. Lautan oren meluas seperti padang masyar yang penuh dengan manusia bertenaga. Ada yang sedang melompat-lompat memanaskan badan. Ada yang sibuk berselfie. Ada yang sibuk memerhatikan orang. Ada yang sedang bertafakur. Ada juga yang sedang “lost” tidak tahu arah.

Saya terus sahaja ke luggage storage untuk menyimpan beg larian saya. Ini kali pertama saya membawa beg dan menyimpan di storage larian. Running jacket yang saya pakai tadi serta sebilah swiss army knife yang saya guna untuk potong  Acti-Tape saya tinggalkan didalamnya.

Sebenarnya di Kuala Kangsar tahun lepas saya telah memberi peluang kepada Acti-Tape  Separuh jalan, Acti-Tape ini terbuka dan barai. Namun semasa race pack collection Hello Kitty untuk isteri saya dulu, saya telah menemubual uncle penjual Acti-Tape. Dia telah menerangkan cara-cara pemakaian yang betul kepada saya dengan panjang lebar. Lalu saya memberi peluang kedua.

Pagi ini saya mendapat ilham. Sesudah memakai Acti-Tape untuk kali pertama, saya balut lagi untuk kali kedua agar ia kemas dan tidak terbarai. Dalam ertikata lain, kalau lutut saya sakit, saya balut dengan Acti-Tape, dan kalau Acti-Tape yang saya balut itu pula sakit, saya balut sekali lagi dengan Acti-Tape kedua.

Sekarang, bila waktu race, saya dah malas nak pakai strap lutut itu. Yang itu saya hanya pakai waktu latihan sahaja.

***

Saya terus berjalan masuk ke starting pen. Dari belakang, saya lihat macam Coach Sue. Saya terus sahaja menegur Coach Sue lalu meminta Coach Sue belanja selfie. Masuk kali ini dah dua kali saya berselfie dengan Coach Sue. Betul punya minat.

IMG_6271Tak pernah tengok Coach Sue tak senyum

Saya juga mengucapkan good luck pada Coach Sue dan Coach Sue membalas dengan All the best. Keyakinan #sub2 saya waktu ini sangat terselah dengan keterserempakan Coach Sue yang telah melatih kami semua dulu di satu sessi latihan #werunkl. Maciam ada harapan.

Processed with VSCO with f2 preset

Nak masuk ke Starting Pen ikut masa. Teringat Ustadz kat sekolah dulu bagitau, kelak di padang masyar, masing-masing masa berhimpun kemudian akan dipanggil mengikut amalannya. 

Saya kemudian masuk kedalam starting pen sementara Coach Sue terus melangkah megah ke kawasan Elite Runner. Mulanya macam tidak ramai dalam kawasan Sub 2 tapi lama kelamaan, ruang semakin sempit dan pernafasan macam semakin sesak.

Ketika saya sedang memanaskan badan dengan drill favourite joget robotik ski saya, saya ternampak Mann Isteri Model. Saya menyapa Mann dan kami seakan gembira berjumpa kembali. Mann Isteri Model nyata terkejut dengan gelang Sub 2 ditangannya (yelah yang registerkan dia saya) maka kami hanya berdoa dan berharap yang terbaik.

Sedang kami berduo memanaskan badan, saya nampak En.Remin berwajah serius sedang berlari-lari anak. Saya menjerit namanya dan kami kemudiannya bagaikan bersessi alumni Tarutao. En. Remin juga memperkenalkan seorang kawan beliau yang turun dari Alor Setar, En. Pengurus Kelab Conquer yang bermisai tebal. Kami bersalaman kemas. Seorang lagi kawan En. Remin yang sangat in character nya ala rock star zaman hippie, turut serta dalam kumpulan ini.

***

Drone berterbangan di udara. MC betina dan MC jantan berada di atas gerbang starting point acapkali mengulang skrip agar menjerit kepada kereta yang lalu lalang kelak, “This morning, WERUNKL”. Apabila jam tepat 5:30 pagi, larian dimulakan dengan selingan bunyi letupan bunga api. Saya, selepas berdoa kepada tuhan agar diberikan pelajaran terbaik hari ini, memulakan larian dengan penuh semangat sekali.

Processed with VSCO with f2 preset

Suasana (depan) Sentral

Instead of melihat average pace di jam Suunto saya, saya mengubah mode bacaan kepada estimate finishing time Half Marathon, berdasarkan larian semasa. Saya fikir lebih baik melihat terus waktu penamat daripada melihat average time.

Itu yang saya fikir. Namun yang saya tak fikir, rupanya inilah kesilapan paling besar saya, selepas kesilapan-kesilapan kecil sebelum ini. Inilah antara faktor terbesar yang mengagalkan saya untuk membaiki catatan masa HM saya.

IMG_6276
En.Remin pelari muda Sungai Petani, saya dan Mann Isteri Model

***

Kongsi di :