Race : Nike We Run KL 2016 Pt 16 – 23 Kesilapan sebelum race

12998153_1029631333788582_145150249220886385_o Abiang mintak maaf abiang gagai no….. Pic Credit http://2009tonton.blogspot.my TQ lagi lagi BOSS

Hari ini genap 7 hari selepas werunkl. 7 hari saya rehat untuk recovery dari sakit-sakit kaki dan badan. Boleh jadi faktor umur menyebabkan perjalanan (pelarian) saya dalam bidang ini memberi cabaran dan ujian yang lebih berbanding dengan runner yang lebih muda.

Rupanya juga, 7 hari ini bukan sekadar recovery fizikal. Rupanya, ia juga adalah recovery batin dimana baru saya faham, memang ada kesan yang mendalam jika apa yang kita usaha dan target, tidak kesampaian. Lebih-lebih lagi jika kita cuba buat yang terbaik, tetapi tidak baik mana.

Jika saya menulis tentang larian saya semasa race #werunkl baru ini, nyata saya kembali ke alam kekecewaan yang teramat sangat. Lalu, saya memilih untuk menulis secara ringkas, satu persatu, setiap kesilapan saya, secara objektif dan less emosi, agar ia tidak akan lagi berulang buat saya di masa akan datang.

Saya berharap jika anda yang membaca ini juga seorang runner, jangan ulangi kesilapan saya ini.

1

1. Subscribe training plan tapi tak ikut
Saya ada subscribe training plan Nike yang dari apps tu. Tempoh untuk training adalah ngam-ngam 12 minggu. Memang cantik dah, dan sangat terbaik training plan itu. Awal-awal saya ikut dengan baik, namun satu pagi tu masa saya buat bisnes dalam bilik air, saya ada terbaca satu quote dari satu majalah larian. Dia kata gini. “Do not fit yourself to a training plan, but make yourself fit to the training plan.”

Terpengaruh dengan quote ini, saya mulai ambil mudah. Hasilnya, saya mengubahsuai training plan ikut suka hati saya. Bila ikut suka hati saya, maka hasilnya ikut suka tuhanlah nak bagi catatan masa berapa. Kan?

Moving forward, kalau dah subscribe training plan tu, ikutlah bersungguh-sungguh dan jangan asyik nak ponteng atau beralasan itulah inilah….. atau, mungkin saya perlu seorang coach manusia instead of coach dari apps?

2. Training hanya lari sekadar sahaja dan tak push
So, oleh kerana saya dah mula ubahsuai sendiri training plan itu, maka saya sekadar lari tiap-tiap hari, cuma setiap kali lari saya tak push. Bila saya lari macam bapok, maka of course level anaerobik dalam diri tak tinggi mana. Dan ketahanan untuk lari lebih jauh tak ada langsung.

Berbanding En. Remin kawan saya, yang hampir setiap hari lari 10 K secara konsisten dan powerful + push, saya sedar bahawa kata-kata keramat di kantin sekolah saya dulu “USAHA TANGGA KEJAYAAN” memang betul dan benar belaka.

Moving forward,  kalau training tu, lari, biar berpeluh gila sampai tercungap-cungap macam kita masuk race. Lebih selalu kita tercungap-cungap dan selalu berlatih untuk letih, of course semua ini akan membantu untuk memberi ketahanan dan kekuatan kepada mental dan juga fizikal kita. Tak caya tanya En. Remin. Timing werunkl dia 2:00:22. Lagi 23 saat lagi SUB 2 dah itu pun 23 saat tu sebab dia berenti tangkap gambar tokong kat tepi hutan.

3. Letak target jumlah jarak larian rendah
Untuk lari 21K, saya target lari sejauh 210 KM sahaja. Saya berjaya buat ini. Saya fikir, kalau saya dah lari sejauh 210 KM, untuk lari 21 K, cuma 10% sahaja. Ini silap saya. Saya ingat apalah sangat lari 10% kalau dah lari 100% jarak dia. Teori mangkuk yang saya cuba cipta nyata tidak berhasil malah tidak berkesan pun.

Moving forward, mungkin nak lari 21K, kena lari 420 KM…. double up lagi sebab 210 KM tak cukup. 420 KM dalam masa 3 bulan. Maybe la… ini cubaan teori baru saya 😀

4. Banyak main dan tak fokus
Berbanding dengan werunkl yang pertama dulu, saya rasa masa tu saya lagi #deep dalam persediaan dan race. Yang kali ni macam tak berapa nak #deep sangatlah. Kenapa eh? Yang ni misteri. Atau kata Ahmad Dhani, Mistikus Cinta…. yang ni saya kena bertapa jap untuk tengok kenapa boleh jadi macam ni.

Punya #deep saya masa tu, first HM saya buat 2 jam 18 minit ikut route dia. Tu lebih KM tu. Kalau ikut tepat-tepat 21KM, saya buat 2 jam 13 minit.

Moving forward,  nak jadi #deep bukan senang. Bukan kerja 12 minggu.

5. Berhenti meditasi
Yang ni memang antara mistake terbesar saya. Saya ni pengamal meditasi. Atau Breathing. Tiap-tiap malam sebelum tidur saya akan meditate at least 15 minit ke 1/2 jam. Tapi bila dah ada anak ni…… (ALASAN)

Tapi memang betul. Bila ada anak ni cam lain sikit. Masa nak tidur tu la kita nak main-main dengan anak kita last-last anak kita tertidur… kita pun tertidur.

Moving forward, saya kena start semula meditasi dan jadikan meditasi ini amalan semula macam dulu. Actually banyak benefit meditasi ni, satunya fikiran kita lebih clear dan jelas dengan apa yang kita nak buat. Kita nampak apa yang orang lain tak nampak. Lepas tu pulak, sampai satu tahap, kita tahu dulu apa yang patut kita tahu sebelum kita diberitahu. Canne ek? Ahhh buatlah meditasi tu kalau nak tau.

2

6. Buat LSD di luar negara
OK. Yang ni saya ingat faktor dia tak besar sangat tapi ada kesan. Ini mungkin sebab saya tak biasa LSD dan lokasi LSD tu sangat mencabar. Boleh baca siri ke Tarutao Thailand yang saya tak sempat nak habiskan lagi tu. Saya dan En. Remin serta Mann isteri model pergi sana 3 minggu sebelum werunkl. Konon berlatih kat luar negara la then balik buat surprise. Haram…… En.Remin sorang je yang berjaya.

Anyway, for a summary, cenggini. Perjalanan ke Tarutao tu sangat meletihkan. Naik feri 3 kali tu. Tak ke penat. Dan, larian Tarutao, sangat menguji diri. Bukit dia gila babing. Saya lari 25 KM hampir 3 jam kut. Total elevation dekat nak 500 m. Effect dia kaki saya cedera, dan body sangat letih walaupun dah balik Malaysia.

Screen Shot 2016-04-12 at 11.20.05 PM

Moving forward,  boleh nak LSD kat luar negara cuma kena make sure yang perjalanan menuju ke lokasi tu tak drain energy banyak sangat. Actually seronok sebab banyak belajar perkara baru cuma mungkin timing tak berapa betul. Lain kali kena jarakkan sikit dengan tarikh race. Maybe 2 bulan sebelum ke. In case cedera ada masa banyak.

Sepatutnya penat lari, bukan penat travelling. Itu keyword dia.

7. Tak ambil kisah pada kecederaan kaki
Dah bila kaki dah sakit, saya pulak buat pekak dan tak pergi urut. Konon I’m not going to listen to my body but I only listen to my heart. Pundek dia. Saya berharap kaki saya pulih sendiri. Ada ke patut. Untuk pengetahuan, malam sebelum race tu saya pergi rumah Pak Wan (tukang urut paling rasi dengan saya) dan minta bantuan Pak Wan betulkan mana yang patut.

Esok nak race tu.

Moving forward,  kalau kaki sakit terus pergi urut jangan tunggu. Biar dia pulih cepat dan hilang serta merta. So nanti kalau nak start training balik kecederaan tu tak menghantui sangat.

8. Stop latihan petang hampir 2 minggu kesan dari recovery Race
Balik dari Tarutao saya berhenti lari dalam seminggu. Lepas seminggu tu elok ada race Inov8 pulak dan ini bukan road race tapi trail race. Memang jackpotlah. Seminggu lari kat bukit gila lepas tu lari pulak kat padang pasir. Inov8 ke werunkl sela dia cuma 2 minggu.

So banyak tenaga habis kat sini macam gitu saja.

Screen Shot 2016-04-12 at 10.09.12 PM
Bulat besar tu Race Tarutao (3h 18m) …. seminggu ke Tarutao tak training. Lepas seminggu pun tak training, cuma sempat drill 21 minit untuk ready Inov8 (1h 39m)

Moving forward,  tak salah banyak race sebelum race, ok je. TAPI, kalau race yang ada target, kena agak-agak sikitlah, panduan dia, jangan drain energy banyak sangat sebelum race yang ada target tu. Dalam kes saya, werunkl target saya so sepatutnya sebelum werunkl, saya tak masuk mana-mana race dah dan kalau masuk pun, make sure effect dia membantu ke arah werunkl, bukan memusnahkan.

3

9. Pulun berenang konon nak tingkatkan stamina
So oleh kerana lepas race Inov8 saya rest 3 hari dan sebelum tu pun dah rest berminggu-minggu, saya ingat dengan pulun berenang akan meningkatkan semula kecergasan dan stamina saya dengan cepat menjelang werunkl. Kedua, saya pilih berenang sebab tanak pressure kaki saya yang sakit so instead of lari, saya fikir berenang bagus untuk maintain fitness.

So, total saya pulun berenang adalah 6 session dimana setiap session saya berenang sejauh 300 meter (10 lap x 30 m). Dalam erti kata lain, saya berenang tu, 300 meter x 6 = 1.8 KM. Apa ke mangkuk. Tak pernah berenang, tiba-tiba gatal pergi berenang, dia punya barai letih…. PERGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Screen Shot 2016-04-12 at 10.18.00 PM
Moving forward,  saya rasa ok untuk cross session berenang. Cumanya yang tak OK, jangan masa baru nak race pulun nak cross session tiap-tiap hari. Itu gila namanya.

10. Bukan setakat berenang, ada cubaan buat duathlon
Tapi tak gila mana. Ini lagi gila kuasa dua. Sebenarnya saya punya pulun nak upkan stamina, saya siap lari ke swimming pool, then berenang, then balik semula ke rumah lari. Non Stop tak berenti kecuali berenti tengok amoi pakai 2 piece lompat masuk kolam je. Guard yang kat rumah saya ni sampai pening tengok saya hampir tiap-tiap malam lari. BTW, ini salah satu hari cubaan duathlon saya. Lari 2.5 KM, berenang 300 meter, then lari balik ke rumah 1.6 KM. Tahniah diucapkan.

Screen Shot 2016-04-12 at 10.27.07 PM

Screen Shot 2016-04-12 at 10.27.42 PMScreen Shot 2016-04-12 at 10.27.31 PM
Moving forward,  saya rasa ini pun sama. OK untuk buat latihan begini tapi yang tak OK bila buat seminggu sebelum race. Habis tenaga sakti semua, hancuq binasa lebur luluh!

11. Tak berhenti hisap rokok
Biasanya seminggu sebelum race saya memang berhenti isap rokok. Macam, nak clearkan paru-parula kononnya agar masa race sistem pernafasan tu tahap cemerlang ibu mengandung. Saya tak tau betul ke tidak tapi saya fikir paling tidak pun kalau seminggu takde asap dalam paru-paru so agak clear jugaklah berbanding ada asap. Kan?

Anyway, saya tak berenti isap rokok, MALAH ISAP LAGI BANYAK SEBAB BALIK DARI TARUTAO SINGGAH LANGKAWI BELI 2 KARTON SEBAB HARGA MURAH.

TERBAIK!!!

Moving forward,  sendiri mau ingat.

12. Tak study route
Biasanya bila race, saya akan study route. Saya study route tu melalui saya buat semula route tu dalam apps. So masa saya buat tu saya nampak elevation dia semua. Kat mana nak speed kat mana nak rehat etc.

Untuk werunkl ni saya tak buat sebab pertama dah ada runner lain buat. Kedua sebab masa saya mula-mula nak buat tu, apps tu tak mampu nak cross jalan yang bukan ikut jalan kereta. Canne nak cakap? Apps yang saya pakai tu route dia hanya lock pada jalan kereta dan tak boleh bypass jalan yang bukan jalan kereta. Tu yang saya stop buat tu. Bila dah stop, lupa la nak study betul-betul.

Moving forward,  kena cari apps yang buat route lebih powerful yang boleh bypass jalan dan juga ada elevation. Tak banyak apps yang boleh keluarkan elevation bila buat route.

13. Terpengaruh dengan route buatan runner lain
So bila dah tak study, dok tengok orang lain buat, dah terpengaruh dengan route orang lain. Pertama sekali silap dia adalah bila tengok elevation yang orang lain buat tu tinggi gila. Dalam kes ini, ada satu route tu elevation dia 610 meter. Tarutao hari tu je dah 500 m. Gila apa. Maksudnya, bukit kaw-kaw. So ini je dah buat mental block dan melemahkan semangat.

Walhal, ntah ye ntah tidak pun. Lepas race tu saya tengok daripada route yang saya dah lari, elevation dia tak lah mengarut gila. 131 meter je. Ok la tu. Acceptable.

So kesimpulannya, belum berjuang dah tewas dengan perang saraf. Hadoiii!

Moving forward,  macam-macam mana pun, buat route sendiri. Percaya pada diri sendiri dan jangan sesekali percaya pada orang lain. Orang lain ni kerja dia nak mengecewakan kita je. 😀

4

14. Tak Carbo Loading
Plan asal saya tanak menyusahkan bini saya so ingat nak keluar makan tibai apa yang patut. Sekali hari sabtu tu mak mertua adik ipar saya mai KL dari Jitra tidur kat rumah. So instead of keluar makan, kami makan kat rumah je. Habis hancuq…… layan depa borak lagi ….

Moving forward,  ini tak boleh nak cakap apa lah. Ada sesuatu yang dalam dunia ni kita tak boleh nak kawal dan bukan salah kita juga bukan salah orang lain. Anyway, maybe next time saya kena suh bini saya prepare stock kat rumah yang khas untuk sehari sebelum race. So kalau tak keluar makan, dia boleh masak dah. Dia masak sedap wooo. Meh a mai umah kalau tak caya.

15. Tak confirm nak pergi race location macam mana
Kejap rasa nak pergi naik keta. Kejap macam nak naik tren. Nak naik tren tak bawak duit kecik. Zaman naik tren dulu pakai tiket. Sekarang dah pakai chip. Dah jadi gini, last minute baru terkial-kial nak study canne nak pergi. Hasilnya, masa yang patut guna untuk rehat atau tidur digunakan untuk study route nak pergi ke tempat race.

Dan bila tak biasa naik tren, tetiba naik tren, mulalah kelam kabut. Bila dah kelam kabut, energy level atau ketenangan abadi mula nak tunggang langgang. Mood lari. Kejap nak naik kat Sri Petaling kejap nak naik kat Kelana Jaya…. last-last naik kat Bukit Jalil.

Moving forward, buat keputusan dengan jitu dan tepat. JANGAN PANDANG BELAKANG BILA DAH BUAT KEPUTUSAN.

16. Tidur lambat
Selain dari lambat tidur sebab main internet tengok route, saya pergi urut kaki dengan Pak Wan juga satu faktor lambat balik rumah. Race flag off 530 am. Bangun nak bersiap, 3:00 am. Tidur, 11:30 pm…. 11:30 ke 3:00 am, ada berapa jam?

3 jam setengah je tidur.

Moving forward, tidur awal. At least 7 – 8 jam. Sepatutnya pukul 8 malam atau 9 malam dah tidur sebab nak bangun pukul 3.

17. Makan tak sampai 4 jam
Ini satu lagi big mistake. Saya makan 2 keping roti dalam tren menuju ke race. Berapa jam lagi nak race tu? Lepas tu bila kami post morterm dengan runner2 lain yang SUB 2, rupanya roti ni serat dan lambat hadam. No wonder masa lari tu awal-awal lagi saya dah sakit perut belah tepi atau side stich.

Moving forward, kena tukar makan benda lain instead of roti, kalau dah lewat. Saya memang biasa makan roti tapi awal. 4 jam sebelum, sempat hadam. En.Remin cadang makan cekelat Picnic tu. Dah lah murah, crunchy. Sedap pulak tu.

18. Sampai location race lewat
So hasil dia segala-gala ketidak rapian perancangan, saya sampai tempat route lewat. Lagi setengah jam race nak mula baru sampai. Bila dah sampai lewat ni faham-fahamlah.

Moving forward, buat perancangan rapi seminggu sebelum race supaya tak jadi chain reaction yang bertubi-tubi drama dan malangnya….

5

19. Tak cukup stretching
Dah kata kan tadi. Bila sampai lewat, hasilnya? Saya ingat drill joget robotik ski tu agak tak cukup untuk panaskan badanlah. Dia boleh panaskan badan dengan cepat, tapi tak cukup untuk panaskan badan dalam kadar lama. Saya rasa la.

20. Tak baca doa
Biasanya saya baca doa sebelum race tapi kali ni saya tak baca. Instead, saya baca dekat rumah awal lagi. Saya tak pasti sama ada ini ada effect atau tidak bila baca doa awal dengan baca doa lewat. Namun saya agak, banyak kali baca doa lebih baik dari hanya baca doa sekali.

Bukan nak kata tuhan itu pekak, tapi adalah untuk ingatkan diri bahawa matlamat itu jangan lari.

Moving forward, baca doa selalu

6

21. Banyak minum air
Ok. Ini kesilapa masa race. Saya ingat saya memang banyak minum air. Sebelum ni saya tak banyak sangat minum air masa race. Lepas saya main trail ni saya macam terbiasa pulak nak minum air banyak.

Punya banyak minum air, saya minum 2 cawan kut kat setiap water station. Dah la tu, ada satu part tu dengan air span tu pun saya minum!

Moving forward, melalui diskusi kami lepas werunkl, minum air ni sekadar nak basahkan tekak je. Banyak kali sip is ok tapi jangan sekali minum banyak gila.

22. First time guna Spotify
Saya ini jenis dalam certain pace larian kena dengar lagu. Maksudnya mula-mula lari tu saya tak mainkan lagu. Sampai KM tertentu saya mula dengar lagu. Dan KM-KM akhir saya dengar specific lagu untuk naikkan semangat.

Masa race ini adalah kali pertama saya cuba mainkan lagu dari playlist Spotify saya. Sebelum ini saya main dari iPod. Yang saya tidak tahu adalah kenapa bila cucuk earphone ke iPone dan main Spotify, sound dia sangat perlahan. Sama ada saya ada salah setting atau memang begini.

Hasilnya saya dengar penyanyi-penyanyi saya berbisik pada telinga saya. Yang saya mahukan adalah mereka menjerit ke telinga saya. Bila penyanyi ini hanya berbisik ke telinga saya, instead of lari lagi laju, saya hampir nak tertidur.

Moving forward, saya kena check apa masalah earphone saya dengan Spotify. Lagu sepatutnya memberi semangat tapi ini melunturkan semangat.

23. Tengok Suunto mode Estimate Finish Time Apps
HAAAAA… inilah mistake terbesar sekali yang saya lakukan sepanjang siri WERUNKL ini. Dalam Suunto saya ada apps untuk estimate finishing time untuk HALF MARATHON. OK. Apps ni berguna. Bila kita lari… dia boleh bagitau terus berapa ending HM timing kita, walaupun kita baru lari 1 KM. Dia ada calculation atau mungkin ada cikgu add math duduk dalam apps ni dalam jam.

Screen Shot 2016-04-17 at 3.44.40 PM

So betul. Memang berguna. Tapi guna dia bukan masa dalam race. Guna dia adalah masa kita training. Lepas training, baru kita buka apps ni dan tengok adakah hasil training kita ni berbaloi atau tidak. Katakan kita lari 10 K. Then lepas lari, kita tengok apps ini untuk estimate 21K kita.

Yang mangkuknya saya guna apps ni masa dalam race. So apa kesan dia? SAIKO GILA. Sambil lari sambil tengok estimate time. Sambil lari sambil tengok estimate time.

Memula tu memang senyum dan confident. Timing cantik bawah 2 jam. Tapi lama kelama lari makin bertambah pulak nombor kat ujung tu.

2:00:27
2:01:05
2:03:13
2:04:12
2:05:12
2:06:12

Dan seterusnyaaaaaaaaaa…..

Saya teringat satu cerita ni dalam novel Pakcik Paulo Culiho, The Alchemist. Ada satu tu Santiago tanya pasal happiness. So Alchemist ni story la ada satu kisah ni. Ada seorang budak nak tau apa yang dikatakan kebahagiaan. So tok guru dia bagi satu sudu madu rasanya dan suruh masuk ke dalam satu parti. Just make sure yang madu ni jangan tumpah walaupun setitik. So budak ni pun masuk ke dalam parti ni dan tatang madu dalam sudu ni dengan penuh hati-hati. Then bila dia dah habis round parti tu dia keluar jumpa tok guru dia balik. Tok guru dia tanya, ko nampak tak awek cun dalam parti ni? Dia kata tak nampak pun. Rugi gila. Awek dalam tu semua topless. So tok guru dia suh dia repeat masuk balik dan kali ni dia masuk balik dan layan awek-awek topless sampai la dia habis round dan keluar jumpa tok guru dia balik.

Tok guru dia tanya lagi. Mana pergi madu dalam sudu tu? Budak ni macam, OH SHIT!

Tok guru dia pun bersurah. Kebahagiaan adalah ibarat membawa madu dalam sudu tu tapi dalam masa yang sama, dapat layan awek-awek topless dalam parti.

Budak tu, speechless. ( Saya ubah sikit la untuk kasi panas cita ni… anyway boleh baca The Alchemist tu buku power)

SO. Saya fikir, tidak ada gunanya tahu berapa ending catatan masa kita masa kita tengah lari dalam race. Sebab, yang paling penting adalah kita berusaha sebaik mungkin dan tahu sama ada kita berjaya atau tidak di garisan penamat. Itu lebih manis dan lebih memberi erti.

Lagipun, bila kita dah tahu ending dia awal-awal, what is the point of struggling and surviving?

Apa manisnya hidup ini kalau dah tahu bila mati?

****
Selepas saya menulis posting ini saya berasa lega dan hilang terus segala kekecewaan yang melanda. Saya simpulkan bahawa, kegagalan saya untuk buat PB adalah kerana 3 sebab utama.

1. Terlalu letih dan tak cukup recovery
2. Tak cukup training
3. Hilang #deep dalam larian

Untuk memujuk hati saya, lalu hati saya berkata :  Alah…. ini baru HM kamu  yang ke 3….. rilek la. Ada banyak masa lagi dan next time boleh cuba lagi.

Processed with VSCO with f2 preset

Bukan catatan masa terbaik tapi yang paling terbaik adalah segala pengajaran dan pelajaran yang diperoleh dari siri ini

Kongsi di :