Race : Nike We Run KL 2016 Pt 18 – We run KL, We Run with Friends

Processed with VSCO with f2 presetTertidur masa amik gambar, peniattt

Ok. Ini adalah gegambar sekitar siri werunkl baru ini. Setiap gambar ni kalau bukan saya punya, saya ada bubuh credit kat bawah dia.

Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada En. Remin sebab antara kami En.Remin paling meletopsss sekali. Tengok catatan masa dia tu. 2 jam 22 saat. Berkat usaha dan training level tekun tak ponteng bakhang, En.Remin nampaknya menduduki carta paling selesa setakat ini. Dia punya power tu perghhhh tak terkejar bakhang!

Sebenarnya dalam race ni pada saya En.Remin dah SUB 2 pun. Pertama, 22 saat tu dia berenti kejap amik gambar tokong dalam semak. Saya pun tak sure kenapa dia minat sangat nak amik gambar tokong tu. Mungkin ada elemen spiritual yang hanya dia faham sendiri.

Kedua Suunto Ambit 3 dia maciam gila sikit hari tu. Dia punya distance larian sampai pi 23 KM. Apa ke gila. So En.Remin agak salah bajet sikit bila tengok timing tak betul. Tak pa no hang memang dah SUB 2 pun.

12968120_1029740007111048_6822348685774931541_o
Pic Credit http://2009tonton.blogspot.my TQ BOSS for the pic

Kedua, kawan En.Remin iaitu En. Amrud Rockstar. Yang ni saya baru suai kenal minggu ta’aruf. En. Amrud Rockstar punya timing memang rockafella habis.

12970924_1029719873779728_6615233763339772482_o
Pic Credit http://2009tonton.blogspot.my TQ lagi BOSS for the pic

En. Amrud Rockstar ni asal dulu memang main band pun nama band dia Komplot. La ni dia duduk kat Kajang. Saya tanya dia canne dia apa tips2 nak lari laju. Dia bagi tips pertama berenti merokok. (Demmit!) Dia start lari pun sebab nak replace ketagihan rokok. Siap ada apps monitor berapa lama dah berenti rokok dan berapa jumlah penjimatan yang dia dah buat sejak berenti isap rokok. Ada dekat 5 ribu ringgit dah tu. Tapi dia cakap 5 ribu ringgit tu virtual je la tak da pun simpan.

Anyway En. Amrud Rockstar juga telah menasihati agar makan buah-buahan sebelum lari. Kalau makan roti tu fibre atau serat. So lambat hadam. Dengar tu. Tips orang power.

Processed with VSCO with f2 preset

Congrats to both SUB 2 Runners. Tiada dalam gambar, En. Udey Pengurus Kelab yang juga Sub 2.

Seorang lagi kawan baru En. Udey Pengurus Kelab Conquer bermisai tebal. Ni yang silang kaki kat tengah-tengah tu. Yang pandang awek tengah main medal tu Mann Isteri Model.

12967350_1029632110455171_6354925874244963023_o
Pic Credit http://2009tonton.blogspot.my TQ lagi lagi BOSS

Kami tak sempat nak borak sangat sebab lepas gila amik gambar kami pegi minum kat kedai india kat tepi Petronas tu. Waktu tu pulak En. Udey Pengurus Kelab naik bilik mandi sebab nak bersiap untuk berlepas pulang ke Alor Setar melalui keretapi. Mungkin ada urusan Kelab yang perlu diselesaikan sebab tu balik awal. 😀

But anyway, kelab yang diuruskan oleh En. Udey Pengurus Kelab ni berasal dari Alor Setar. Nama penuh kelab ni Conquer Running Team. Ni ada En. Udey Pengurus Kelab bagi saya sticker (TQ Bakhang).

Processed with VSCO with f2 preset

Saya ingat later saya tulis satu posting khas untuk Kelab ni tapi sementara tu, untuk awek-awek atau marka-marka Kedah yang nak join running session dengan abam abam Conquer, boleh sangatlah dan memula hangpa pakat follow IG depa dulu. Lepaih tu hangpa pm tepi bagitau, abam kami nak join laghi!. Depa ada session every week. Banyak boleh belajaq dari depan nih.

Tagline depa WE RUN AOR, AOR tu jangan tak tau pulak, = Alor Setar. Hang ni usah buat katun sangat aihhh tak pernah neik kapalterbang ka?

Seorang lagi runner ialah En. Mann isteri model yang telah diperdayakan dengan wristband Sub 2. Tapi En. Mann timing dia pun boleh tahan. Tengok cara dia pegang medal tu. Sikittttt je… ha.. so timing dia sikiiiit je lagi…

Processed with VSCO with f2 preset
Mann Isteri Model wajah tenang setenang firdausi al jannahtul ila’ iqra ha fidzin

Masa tengah minum tu En. Irfan baru sampai sebab masa saya call dia ajak minum dia minta maaf lambat sikit sebab tengah sign autograph peminat. Haram betul. Anyway, masa balik kami sempat tangkap gambar. Semua ni ex MMU fakulti Digital Media. Kami dulu belajar kat Unitele Melaka 2 tahun sebelum pindah ke Cyberjaya lagi 2 tahun. Next race untuk En.Irfan dan En.Remin adalah Borneo KK. All the best dude. Kasi panas itu borneo sama sumandak!

Oh ya. Terima kasih kepada En. Irfan yang payung kami makan pagi tu. Alhamdulillah semoga Gusti Maha Sakti beri rezki yang mencurah kepada En. Irfan dan family. AMIN.

Processed with VSCO with f2 preset

Nombor En. Irfan tu cantik la

***

Saya ingat ini posting terakhir siri werunkl, sampai jumpa lagi. Good bye mate!

Kongsi di :