Race : Nike We Run KL 2016 Pt 2 – Training Camp

Cubaan saya untuk masuk ke Berlin marathon tahun ini gagal secara undian. Namun baru saya tahu yang marathon itu, siap provide training camp untuk runners berlatih. Dan training camp ini mungkin berhari. Ini adalah salah satu cara untuk join Berlin marathon selain dari cara berdoa dan menang undi.

Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 1

Sebaliknya di Malaysia agak kurang race yang provide training camp kecuali yang besar-besar. Terbaru, jika anda berjaya register as runner untuk Nike We Run, anda berpeluang untuk ikut siri training yang dianjurkan Nike. Bezanya, bukan level camp tapi cuma satu hari dan anda boleh pilih hari mana nak pergi. Dan jika anda decide nak pergi, sila book awal-awal sebab berita ni baru keluar semalam dan hari ini dah full untuk training day yang awal-awal ini.

Screen Shot 2016-01-29 at 12.21.17 PM

Ada 8 session (saya agak session ni sama je) dan lokasi adalah sama ada Taman Botani atau Desapark City. 2 orang coach handalan Coach Shaharudin dan Coach Sue Ling akan mengendalikan training session.

Screen Shot 2016-01-29 at 2.20.22 PM

Untuk maklumat lanjut boleh pergi sendiri di web Nike. Dan jangan lupa, hanya dibuka kepada runner yang berjaya register untuk NIKE werunkl 2016 sahaja. Kalau yang tak berjaya tu takpe, werunsendiri le jawabnya.

Register

Kongsi di :