Race : Nike We Run KL 2016 Pt 3 – Training Run : Pagi yang enak

Screen Shot 2016-02-23 at 9.34.19 PM

Hari sabtu baru ini (sehari sebelum race Natura) saya ke Desapark City untuk Nike Running class. Punyalah bersemangat, pukul 5 lagi saya dah bangun mengalahkan bangun subuh. By pukul 6 saya dah keluar rumah dan pukul 6:30 saya dah ada di Desapark tu.

Mulanya nak cari tempat dia tu agak pusingan juga sebab saya tak pernah pergi Desapark. Nyaris malam tu saya dah tengok map, dan nyaris juga saya terpergi Desa Water Park City yang on the way ke midvalley tu. Nasib baik google map ada kalau tak memang lega bak hang.

So saya parking kat dalam, dan breakfast dalam keta (cam biasala bini bungkus). By 6:45 tu saya tengok macam tak berapa nak ramai runner lagi cuma ada seorang Uncle Runner pakai seluar half kasut running berdiri macam tunggu sesuatu jugak. So saya macam dah suspens. Sebabnya class start pukul 7:00 so patutnya 6:45 paling tidak pun coachnya mesti dah ada. Tunggu punya tunggu, dah 6:50. Saya rasa macam dah salah tempat…

Screen Shot 2016-02-23 at 9.32.51 PM

Tiba-tiba dari jauh saya nampak ada kereta rempuh masuk, amik tiket dan terus masuk parking ala The Fast and The Furious. Kereta itu kemudian tutup lampu dan seorang awek runner keluar dari kereta dalam keadaan cemas. Awek tu berlari ke arah Uncle Runner depan saya tadi lalu saya tedengar perbualan antara mereka.

“Uncle uncle uncle…. are you joining the Nike Class?”
“No… why?”
“Uncle you know where the class is?”
“I think the class is over there” ( sambil menunjuk ke sana mana ntah )
“Oh not here ah?”
“I think la I also dunno”

Melihat kecemasan awek itu, saya pun datang menghampiri. Belum sempat saya buka mulut awek tu dah bersuara.

“Abang… abang join class Nike tu tak?”
“Haa saya tengah tunggu la ni”
“Abang tau tak kat mana?”
“Saya pun tak pasti sebab cakap kat parking kete”
“Alamak dah lambat ni macam mana ni…”
“Tadi memang saya nampak ada keta cuba masuk parking belah sana. Agaknya mungkin kat sana tu kut”
“Jom jom jom dah lambat ni bang…”

Awek runner The Fast and The Furious itu pun mula jalan laju ke arah belah sana. Saya yang macam blur-blur IQ kucing tak tau nak buat apa, maka saya pun follow awek tu dari belakang.

“Abang dari mana bang?”
“Saya dari Kinrara”
“Abang dah lama sampai?”
“Saya dah ada kat sini dari 6:30 lagi”
“Adoiiii lambat ni camna ni bang… class start kul 7… sekarang dah kul 7:05”
“Takpe ada kat depan tu ada tu”

Awek runner The Fast and The Furious itu makin lama makin laju jalannya. Saya dah macam tak terkejar walaupun dulu saya antara jaguh jalan pantas ke dewan makan di sekolah shahpekan. Dan beberapa ketika kemudian awek ini terus buka langkah lari meninggalkan saya. Mak aiii… sabar la wok. Sekelip mata awek itu hilang dari pandangan saya.

Saya teruskan berjalan tapi laju sikit la daripada tadi sebab mungkin terpressure dengan kehadiran awek tersebut. Saya toleh di belakang saya lihat ada seorang lagi awek runner mat salleh sedang berjalan ikut saya dari belakang. Saya agak awek mat salleh ni pun mesti join class juga.

Tidak lama lepas itu saya nampak awek The Fast and The Furious tengah cakap-cakap dengan ada few people yang sedang berjalan di situ. Sebaik saya sampai ke lokasi mereka, awek The Fast and The Furious terus kata kepada saya yang class mungkin ada kat dalam taman ini. Kami kemudian masuk ke dalam taman dan bila awek tu start lari, saya pun turut lari sama. So sekarang saya pun dah ter-The Fast and The Furious sekali dengan awek tadi.

“Adoii leceh betul macam ni… dah lambat ni”
“Ada tu kat depan tu rilek-rilek”

Kami hampir pusing setengah taman sudah. Hari semakin cerah. Akhirnya kami sampai ke belah sini, dimana sebelah sananya tadi adalah tempat parking kereta kami. Maksudnya…. kami pusing jauh untuk sampai balik ke lokasi yang patutnya boleh tembus je jalan kaki ikut shoplot di Desapark City tu.

Awek ini semakin cemas.

“Macam mana ni bang macam mana ni?”
“Kejap-kejap saya buka map”

Saya mencapai iPhone dan buka map. Saya lihat dari dalam map, rupanya ada 2 tempat parking kereta.

“Mungkin kat sini kut”
“Mana?”
“Ni, parking besar gila”

Awek itu kemudian menoleh-noleh mencari dimana lokasi parking tersebut.

“Haaaa tu depan tu.”
“Haaa betullah tu”

nikemap
Belum apa-apa dah lari warm up. Lega.

Dari jauh, dari bawah bukit, saya nampak ramai runners berkumpul dan di tepi mereka macam ada sebuah van yang warnanya hitam oren.

Awek ini dengan pantas lari meninggalkan saya dan saya cuba berjalan cepat sebab dah tau tempat kat mana. Beberapa ketika kemudian akhirnya kami sampai juga ke tempat yang dituju. Dalam pada itu hati saya berkata kepada saya “Lain kali tengok map jangan tengok location je. Tengok la detail tempat tu kat mana sekali”

Baik boss.

Screen Shot 2016-02-23 at 10.19.46 PM
Actually bila saya baca balik email sebenarnya dah ada dah dalam tu Car Park 2. Saya yang tak baca. My mistake

bersambung…

Kongsi di :