Race : Nike We Run KL 2016 Pt 4 – Training Class : Mula

“Baru sampai ke bang?” Tanya seorang brader rambut panjang ala arwah Kurt Cobain.
“Haah. Aku salah parking tempat da”
“Parking kat sini bang. Ini mesti abang parking kat belakang sana kan?”
“Genius” balas saya pendek.
“Abang register ke class ni?”
“Ha aku register.”
“Kalau abang register, abang pergi kat brader baju ijau tu yang pegang iPad. Abang kena register sekali lagi.”
“Ko dah register?”
“Saya tak register bang. Syyyy saya datang je” sambil buat muka senyum

11258282_940183629392784_552313787_n

Saya melihat depan. Saya dapati ramai runners tengah tunggu. Di tepi ada sebuah van oren hitam dan tertera design WeRunKL dengan logo Nike. Belakang van tu ada booth kecil siap meja dan beberapa runner tengah tukar kasut.

nike3
Van oren hitam hari tu. Gambar pinjam dari IG tnie159

Actually, masa register hari tu depa ada tanya kalau kita nak test kasut Nike yang baru masa training ni. Saya tick nak test dan masukkan size 9 UK kaki saya. Saya harap hari ini selain dari belajar tips and trick, dapat juga testing kasut Nike yang baru. Tak pasti pulak jenis apa tapi saya rasa macam Nike Lunar Tempo 2. Tapi kalau tengok kat web Nike sekarang tengah promote Nike RN Distance.

werunkl_04
Nike Lunar Tempo 2

werunkl_05
Nike RN Distance

Di celah keramaian runners itu saya masuk dan mendapatkan bro baju hijau yang memegang iPad. Bro itu kemudian tanya kepada saya ID login Nike + saya. Saya bagitau dan kemudian dia search dalam apps iPad itu. Sementara tunggu loading, bro itu lalu berkata,

“Sorry the internet is little bit low here”
“Oh it’s ok. Lucky for me I have all the time in the world”

Sambil menunggu itu saya mengusha-ngusha keadaan sekeliling. Ramai juga runner yang join class ni. Menurut tekaan saya, mungkin ada 70 – 80 orang. Agak lama jugak tunggu load tu lalu bro itu pun berkata,

“Sorry khairul, I think u can sign ur name first and later I will register u”

Saya macam terpinga-pinga tiba-tiba datang lagi seorang bro yang berbaju hijau beri saya pen untuk tulis nama atas kertas. Saya pun tulis. Sejurus selepas itu, bro baju hijau nombor 2 itu melilit tangan saya dengan band kertas yang tertulis nombor 1225. Ada logo Nike kat hujung kertas itu. Hati saya lalu berkata, “Tahniah, kau dah masuk hospital Nike”

“Thanks bro…” kata saya kepada bro baju hijau nombor 2.

Bila saya pusing saya dapati Coach Din sudah meniup wisel. Nampaknya class dah mula. Saya nampak juga Coach Sue tersenyum dan runners sekalian mula berkumpul. Nampaknya hasrat saya nak test kasut Nike baru tu macam tak sempat dah. Lega. Kalau saya pegi pakai kasut tu karang cam rasa kita ni paling tak menepati masa. So end up saya tak test kasut tu.

12778901_10154040913779009_8689843046523361922_o
Class pun bermula. Pic dari FB Coach Sue

Class Nike ini dikendalikan oleh Coach Din dan Coach Sue. Melalui pembacaan saya, Coach Din atau nama penuhnya Shaharudin Hashim memang seorang legend marathon di Malaysia yang masih aktif. Coach Din kalau lari selalu naik podium kalau race dan telah menang KL Marathon hampir 7 kali. Ini bukti beliau memang legend saya ambil dari web KL-Marathon.

Screen Shot 2016-02-25 at 1.30.56 PM

Screen Shot 2016-02-25 at 1.30.00 PM

Screen Shot 2016-02-25 at 1.31.54 PM

Screen Shot 2016-02-25 at 1.32.35 PM
Bila saya tengok ni saya terfikir kenapa Malaysia tak hantar Coach Din untuk masuk sukan Sea last year? Ok memang kita tak boleh dapat pingat kalau nak compare catatan masa tapi at least new generation perlukan inspiration ok. Boleh baca sini tentang sukan sea singapore yang saya tulis. Anyway, ini gambar Coach Din masa time relay hari tu. Aset negara ni. Jangan main-main.

12778753_10154040919159009_716994839259750529_o-2
Pic dari FB Coach Sue

Kedua, adalah Coach Sue. Coach Sue ni senyum je orang dia. Sangat approachable dan bila saya tengok Coach Sue saya rasa cam semua orang Malaysia patut speaking english macam beliau. Cam… mmm why i’m still talking in malay in my heart even though english is my mother tonggek? (Maaf mak, zizi buat kelakar je, statement ni tade kena mengena dengan mak)

12771968_10154040919504009_8506701113898769257_o

Coach Sue ni pulak adalah atlit triathlete negara. Beliau telah mewakili Malaysia ke Sukan Sea ke 28 di Singapore. Triathlete ni berenang 1.5 KM, basikal 40 KM dan lari 10 KM. Selain dari Sukan Sea Coach Sue ada represent Malaysia ke Asian Beach Games 2014 do Phuket. Juga aset negara. Ini ada video Coach Sue yang ceria sebelum ke Sukan Sea last year.

Selain daripada Coach Din dan Coach Sue, class ini dibantu oleh a team of Pacer dimana akan lead runners untuk lari mengikut pace yang runner pilih. Pacer ni pun boleh tahan laju jugak lari semua mereka cam happy je pagi tu.

12716642_550953361730009_1269956274_n
Coach & Pacer hari tu. Pic dari IG Jason Loh

Ok. Saya nak ke Cyberjaya settlekan hal rumah kejap. Nanti sambung lagi.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_