Race : Nike We Run KL 2016 Pt 6 – Lagi 5 minggu

Pejam celik pejam celik lagi 5 minggu to go untuk runner yang join Nike werunkl. Mungkin bagi sesetengah runner santai (macam saya) ini adalah wake up call yang kalau angkat phone tu macam ada orang kecil jerit dari belah sana.

Kalau runner yang ikut betul-betul training plan yang dia dah subscribe, pasti saat ini dia melangkah masuk pada minggu terakhir dengan confident yang tinggi dan senyum-senyum saja. Namun, bagi yang mengikut training plan tapi rongak giginya, mula rasa kecut perut dan rasa nak ke sungai bila race dah macam dekat sangat (sekali lagi, macam saya)

Kalau anda runner yang 2×5 macam saya, jangan risau. Saya ada ayat penyedap hati yang buatkan kita rasa lega. 

Secara jujurnya, mana ada runner ikut training plan? Runner ikut suka je nak lari ke tak. Rasa nak lari, dia lari. Rasa tak lari, dia cuba juga untuk lari dan kalau betul-betul tak boleh lari je baru dia tak lari. So runner tak perlukan training plan, tapi runner perlu “adjust” training plan ikut kesesuain sendiri.

Barangkali ini kerana kita adalah runner dan kita bukannya atlit. 

So, 5 minggu lagi nak race, apa yang saya kena buat? Ya. Inilah masanya untuk eksperimen hacking half marathon (sekali lagi cubaan untuk sedapkan hati).

Sebelum tu, anda boleh baca interview dengan coach din dan coach sue yang boleh memberi sedikit idea macam mana nak survive Nike werunkl dengan slumber yaya.

Langkah seterusnya

Baca sini

Kongsi di :