Race : Nike We Run KL 2016 Pt 7 – Lagi 2 minggu masih sunyi

Semalam saya dan isteri pergi menonton Kung Fu Panda 3. Sejak ada anak ini nak tengok movie selalu yang terlewat sekali. Bukan apa. Sebab kita bawak anak kecil. Bila session last ini saya tengok kebanyakkannya banyak bawa anak kecil juga sebab crowd pun dah tak ramai. Mana tahu anak menangis dalam pawagam, tidaklah kacau sangat enjoyment orang lain. Saya pesan pada isteri saya ambil seat yang paling hujung dan belakang sekali. Kalau EL menangis dan tak terkawal, boleh terus sahaja keluar pawagam.

Kung Fu Panda adalah antara movie yang saya kira mempunyai spiritual meaning yang sangat deep. Yang pertama dulu cerita tentang potensi diri untuk semua orang yang “aware”. Yang kedua saya dah tengok tapi saya lupa apa dia. Tapi yang ketiga ini saya rasa paling ultimate. Kawan saya 2 orang menangis terharu menonton filem ini. Saya pula (sebab dah spoil depa cerita) meremang bulu roma dan sederau darah bila sampai scene klimaks. Jika anda suka hal spiritual dan the meaning behind all of life, anda harus menonton Kung Fu Panda 3.

Habis mukadimah dan sekarang tiba pada kisah sebenar.

Sebelum naik ke pawagam, saya singgah kedai Nike di bawah itu (Nike Sunway Pyramid). Tujuan saya adalah untuk mengusha kasut baru since kasut saya sekarang yang saya dok pakai dah pun masuk ke stage tamat tempoh. Ini bukan saya cakap dan bukan alasan saya nak beli kasut baru, tapi kawan saya di  Strava yang bagitau saya semalam.

Screen Shot 2016-03-29 at 11.11.03 AM

Saya sekarang tengah fikir untuk teruskan dengan Pegasus 32, ataupun cuba yang lain pula. Saya berbual dengan Bro kedai Nike itu. Saya tanya apa beza Nike Lunar Tempo 2 dengan Pegasus 32. Bro kata Lunar Tempo cushion dia foam so lembut sikit berbanding Pegasus 32. Manakala Nike RN Distance pula hanyalah que untuk menggantikan Nike Flyknit yang lama itu. Namun perbincangan kami terhenti bila isteri saya cuit saya yang time is running out sebab movie dah nak start.

Saya kira maybe next time saya datang balik dan lihat secara mendalam. Anyway, saya sempat tanya Bro itu satu hal. Saya kata last year Nike WerunKL collect bib kat sini dan bagi discount coupon untuk barangan Nike. Tahun ni macam mana pula?

Bro itu tak berani nak komen sebab rupanya dia pun baru kerja situ. Dia kata dia pun kena lari nanti dalam WerunKL. Saya tanya dia bila nak keluar pengumuman? Dia pun tak tahu sebab setakat ini, memang masih tidak ada dengar cerita lagi.

***

WerunKL lagi beberapa hari sahaja lagi. Di Facebook sudah mula ada surat terbuka dan inquiry dari runners apa update tentang race ini. Tarikh untuk race collection, masih belum ada malah nak race lari kat mana pun seorang pun tak tahu lagi.

Saya bukan apa. Saya duduk kat KL so oklah bila-bila masa boleh collect racekit dan tak payah booking hotel pun. Tapi kesian kat kawan-kawan saya yang kat tempat lain. Dahlah nak datang collect, nak datang race lagi. Kalau semua fulltime runner takpe ini nak mintak cuti la itu la ini la.

Bayangkan kalau Nike buat race tempat lain misalnya WerunJitra. Lega orang KL menunggu.

 

Kongsi di :