Race : Nike We Run KL 2016 Pt 9 – Formula Kelajuan Barry Allen

the-flash-flashback-s2-e17-recap-review-in-depth-w-theories-easter-eggs-what-in-the-912924

Semalam saya tengok cite Flash episod Flash Back. Barry Allen tension dan beria baca buku bagai untuk mencari equation untuk lari lebih laju. Nampak sangat Barry Allen tertekan dan sanggup buat kerja gila untuk time travelling jumpa balik Dr. Wells yang jahat tu sebab dalam kepala dia hanya Dr.Wells yang tahu macam mana nak lari lebih laju.

So ini bagi idea untuk saya travel ke masa silam juga dan tengok apa yang patut dengan data-data larian yang ada (untuk sedapkan hati). Sejujurnya sepatutnya persediaan Nike WerunKL saya ni ohsem tapi……………………………………..

Tu yang buat saya tertekan. Semakin hari semakin berdebar rasanya. SPM dulu pun tak macam ni. Nak sunat dulu pun takde risau macam ni. Sampai saya tengah baca-baca ulangkaji pelarian, isteri saya tanya, “Tengah buat equation lari ke?”

OK. Sekarang saya nak tengok data dari WerunKL tahun lepas.

1. Jumlah KM 3 bulan / 12 minggu sebelum race : 166.77 KM
2. Average Pace 3 bulan / 12 minggu sebelum race : 7:20
3. Jumlah jam larian 3 bulan / 12 minggu sebelum race : 21 jam 01 minit 53 saat
4. Jumlah Long Run : 1 ( 13.87 KM)
5. Jumlah race sebelum race : 2 race 10K

Hasil : 2:18:52 (official, 2:19:06 suunto) dengan average pace 6:18

Ok sekarang tengok data yang untuk Nike Race ni pulak. Saya ada seminggu lagi untuk tambah apa yang patut tapi basically inilah dia punya data setakat hari ini. Let say saya stop lari dan tidur seminggu untuk kumpul tenaga dan nak avoid injury untuk race. So data dia :

1. Jumlah KM 3 bulan / 12 minggu sebelum race : 194.8 KM
2. Average Pace 3 bulan / 12 minggu sebelum race : 6:51
3. Jumlah jam larian 3 bulan / 12 minggu sebelum race : 24 jam 11 minit 34 saat
4. Jumlah Long Run : 5 ( total 81.7 KM )
5. Jumlah race sebelum race : 4 race (3 – 15 K, 1- 25 K)

***
Pengiraan 1 – Average Pace
Last year average pace untuk 3 bulan = 7:20, bila race dapat 6:18. So ada pengurangan sebanyak 1 minit 2 saat. Maka kalau this year pulak, average pace untuk 3 bulan adalah 6:51, kalau amik pengurangan 1 minit 2 saat, maka estimation average time untuk race adalah :

5:49

Maka kalau average 5:49 untuk 21K, estimation catatan masa mungkin 01:15:37. WOW. Ini macam tak logik langsung. Tak logik tak logik.

Pengiraan 2 – Jumlah KM
Last year lari 166.77 KM manakala this year 194.8 KM. Ada peningkatan sebanyak 28.03 KM (cheh tak jauh mana pun). 166.77 / 21 = 7.94 dan 194.8 / 21 = 9.27. Apa yang cuba dibuktikan ni? Em… ok gini. Last year lari 21K macam 7.94 kali manakala this year macam 9.27 kali.

Maka kalau 7.94 kali lari dapat  2:18:52, 9.27 kali dapat berapa?
7.94 x = 8332 saat = 2:18:52
9.27 x = 9727 saat = 2 : 42 : 06

Makin jauh lari adakah makin cepat lari bila jarak yang pendek? Sebab kalau ikut atas tu makin jauh lari makin lambat la catatan masa. Tak logik… tak logik.

Pengiraan 3 – Jumlah Jam
Last year lari 21 jam 01 minit 53 saat manakala this year 24 jam 11 minit 34 saat.
Last year lari 75713 saat, this year lari 87094 saat.

75713 saat = 2:18:52 =  8332 saat
87094 saat =

AHHH saya dah pening. Saya rasa tak ada faedahnya saya buat semua kiraan ni. Nampak sangat ilmu matematik tambahan saya kat sekolah dulu haram langsung tak berguna untuk hidup sekarang. Menyesal belajar add math. Nak kira benda simple pun tak reti.

Kesimpulan saya gini je. This year ada improvement dari segi training berbanding last year, so patutnya timing this year mesti improve dari last year.

Berapa? God works in mysterious way…….. #harapsub2walaujauh

Rujukan
Screen Shot 2016-03-31 at 10.33.42 PM

Screen Shot 2016-03-31 at 10.44.31 PM

Kongsi di :

Comment 1

  1. as tu April 1, 2016

    Saya rasa kalau pace 5:49, untuk 21k jadi 2:02:09.. Power gak tu.. Huhu..

Comments are closed.