Race : NM Galaxy 4th Cyberjaya Pt 5 – Post Morterm

10694248_297611337112652_8117866096109869476_o

Saya sebenarnya dah tidur dah awal tadi tapi tengah-tengah malam buta saya terjaga dan tak boleh tidur. Tak tahu kenapa so saya decide untuk update blog saya ini.

Ok. Saya akan tulis post morterm untuk NM Galaxy Run ke-4 yang saya masuk di Cyberjaya weekend hari itu.

Secara overall, saya sebenarnya sedikit kecewa dalam larian ini. Ini kerana larian ini ada sedikit makna yang mendalam bagi saya kerana 5 sebab.

1. Diadakan di Cyberjaya
Saya dan Cyberjaya bagaikan seorang anak kecil dengan mainan yang paling disayanginya. Yelah, saya dulu grad MMU, so saya start duduk Cyberjaya pada tahun 1999 kalau tak silap saya dan saya menghabiskan 2 tahun terakhir degree saya di sini. Dan saya mula kerja pun di Cyberjaya hingga tahun 2005. So secara total, saya dan Cyberjaya mempunyai hubungan selama 6 tahun. Sangat sentimental bila balik Cyberjaya ini.

2. Saya masuk sempena hari jadi saya.
So saya baru saja menyambut birthday yang ke 35 pada 29 Nov yang lepas. Dan untuk meraikan harijadi ini, saya invite semua staff company untuk join celebrate birthday saya disamping memaksa student intern untuk turut serta. So larian ini sebenarnya selain daripada suka-suka, adalah juga kerana nak celebrate birthday sebab saya janji dengan depa semua untuk belanja makan sebaik sahaja selepas acara larian yang jatuh pada 30 Nov ini.

3. Acara larian penutup hujung tahun saya
Tahun ini saya dah masuk 4 race offline (tak termasuk race Strava) dan ini adalah race penutup dan terakhir untuk saya. Berbanding dengan tahun sudah, saya kira ini peningkatan yang 2 kali ganda sebab last year saya cuma masuk 2 race larian sahaja. So sepatutnya race ini menggembirakan saya sebagai race yang berstatus terakhir dalam tahun 2014.

4. Cyberjaya tempat bertemu jodoh
Sebenarnya di Cyberjayalah saya jumpa isteri saya dan disitulah bibit-bibit cinta bermula hingga ke finishing line perkahwinan… so perlukah saya elaborate lagi lanjut kenapa larian ini bermakna?

5. Target pecah rekod sendiri, bawah 60 minit untuk 10K
Dan yang paling saya kecewa adalah kerana ini. Target untuk saya pecah rekod bagi 10K adalag bawah 60 minit gagal disempurnakan secara bermaruah sebenarnya. Ini yang saya nak tulis dan inilah sebab paling utama yang akan saya ceritakan dibawah ini. Sebelum itu, anda boleh baca official statement dari CEO running event ini agar anda dapat sedikit idea apa yang akan saya tulis kelak. Saya screenshot dari page FB mereka.

Screen Shot 2014-12-03 at 3.38.42 AM

Ada banyak complaint rupanya daripada runners yang masuk event ini namun ada juga minor pujian yang saya baca di FB. So masing-masing boleh beri pendapat dan terpulang kepada diri masing-masing untuk express feeling masing-masing. Walau bagaimanapun, as a new runner, saya nak tambah sedikit agar runner macam kita semua boleh enjoy larian di waktu depan kelak dengan lebih happy.

Dalam banyak-banyak komen, saya screenshotkan dari satu user ini sebab saya rasa yang ni dah agak complete untuk menggambarkan apa yang berlaku pada hari itu.

Screen Shot 2014-12-03 at 3.43.14 AM

Anyway, dalam semua-semua comment tu, yang direct impact pada saya adalah ketidak cukupan marshal dan juga ketiadaan papan tanda arah yang jelas untuk runners.

So cerita dia macam ni.

Oleh kerana 5 sebab awal saya masuk NM Galaxy 4th ni, dan paling utama adalah untuk pecah rekod sendiri bawah 60 minit. Masa BSN nite saya buat 61 minit manakala Penang Bridge yang horror hari tu saya buat 64 minit. So balik dari Penang Bridge saya sempat training 4 kali sahaja tetapi saya confident boleh buat sebabkan catatan masa previous race agak memberansangkan.

So dengan semangat yang berkobar-kobar untuk hadiahkan diri sendiri hadiah harijadi larian yang bermakna, pagi itu saya mulakan larian dengan kadar yang sangat cemerlang sekali. Nasib saya baik sebab dapat flag off antara yang terdepan dan mula lari dengan gembira dan fokus.

Saya ingat lagi saya antara runners yang duduk kat depan since event ni tak la ramai mana yang masuk, so distance saya dengan runners 10K yang paling depan saya boleh nampak hingga ke kilometer ke 4 (lepas tu tak terkejar dah). Disebabkan fokus saya adalah tanak terlepas dari runners yang ada depan saya, so saya cuma keep on following runners tu dari awal sampai saat akhir dengan harapan pada 1 KM terakhir nak buat pecutan Usain Bolt kononnya.

Namun, bila dah nak akhir-akhir tu saya dapati pada KM ke 8 saya dah nampak gerbang biru kemenangan dan saya agak pelik sebab apa baru 8 KM dah sampai finishing? Saya tengok jam saya distance baru 8 KM lebih so mana lagi 2 KM?
Saat-saat akhir tu pulak tiba-tiba ada Uncle Coach Berlengging Bukit Jalil (lupa nama dia) tiba-tiba muncul dari tepi jalan dan menjerit kepada runners cina sebelah saya supaya buat pecutan dan jangan lupa set masa off bila sampai ke garisan.

Dan runner cina sebelah saya berserta aweknya terus memecut tapi mereka memecut pada jalan sebelah kiri gerbang finishing line membuatkan saya confuse adakah lane finishing 10K ada lagi 2KM kat belakang sana? Dalam kekeliruan itu saya tukar lane daripada lane ke finishing line ke sebelah kiri lane finishing line dan sejurus lepas tu saya terdengar jeritan marshal untuk lari balik ke finishing line yang sebenar – gerbang biru.

Agak kelakar juga so saya lompat balik masuk ke finishing line dan teruskan pecutan yang tak berapa nak pecut tu lalu sampai dan mengambil sijil serta medal dari marshal yang menunggu kami.

So saya sampai awal dan tak ramai sangat runners 10K lagi, begitu juga dengan runners 5K. Saya pun dalam keletihan tu jalan-jalan mundar mandir kekeliruan, dan saya nampak member seofis saya yang 5K sampai so kami terus saja jalan ke belakang untuk ambil air.

Screen Shot 2014-12-03 at 3.36.24 AM

Sambil-sambil nak ambil air tu tiba-tiba ada runner 10k (yang saya rasa lagi depan dari saya) tanya saya, berapa total distance semua? Saya cakap 8 something tak sampai 10K pun, dan dari muka dia yang kecewa terus saja dia kata betullah, tak sampai 10K pun.

So saya sangat down sebab larian saya pada hari itu tak cukup 10K pun sebenarnya. Dalam hati saya sangat sedih dan macam manalah organiser boleh tak ukur jalan dan nampak sangat betapa tak seriusnya membuat penganjuran larian.

Saya kemudian lepak dengan member saya dan kami tunggu runners staff saya yang lain seorang demi seorang, sampailah cukup semuanya dan kami bergambar serta balik dan meraikan harijadi saya seperti yang telah dijanjikan.

SO, bila saya balik, dan saya check Facebook, saya tengok balik route, saya dapati, rupa-rupanya, route larian memang 10K tapi saya yang tak ikut route sebenar. Rupa-rupanya, saya tak masuk simpang kiri ke Shaftbury masa kat main traffic light depan MDEC, sebaliknya saya lari terus sahaja ke depan dan disitu saya telah kurang 1.2 KM rupa-rupanya.

Bila saya check dengan wife saya, rupa-rupanya masa dia sampai situ, ada marshal yang menunggu dan mengarahkan runners 10k untuk masuk simpang kiri tu manakala masa saya lari, takde marshal pun lagi (mungkin marshal tengah semayang subuh) so yang ada cuma polis traffic. Dan polis ini, terus sahaja melambai-lambai kepada kami agar teruskan larian sebab ada kereta di traffic light berhenti menunggu.

So kesimpulannya, oleh kerana tidak ada papan tanda yang besar, dan juga tak cukup marshal, boleh saya katakan semua runners 10K yang awal lari tak cukup KM sebenarnya. Dan sebagai runners yang bermaruah, saya sangat kecewa dengan apa yang telah berlaku. Saya letak route larian saya dan juga route asal dari organiser. Mungkin silap saya juga sebab tak study route ni betul-betul sebelum larian. Haritu masa IMU run, siap saya buat route dalam runkeeper lagi tapi kali ni tak sempat. Anyway, saya percaya, apa yang berlaku, ada hikmahnya.

Screen Shot 2014-12-03 at 4.18.02 AM

10750324_309600102580442_4721617059864978860_o

Maka, untuk (agar) runners tidak lagi kecewa di kemudian hari, saya tuliskan beberapa cadangan yang kalau logik bolehlah digunapakai.

1. Study Map larian awal-awal
Kena study route larian betul-betul dan kalau boleh tengok google street view macam yang saya buat untuk Penang Bridge haritu.

2. Jangan terpedaya dengan ghost runner
So, jangan terpedaya dengan ghost runner. Tadi yang saya tulis ada runner yang lari lane kiri tu rupanya ghost runner. Itu pasallah dia lari sebelah finishing line, instead of lari bawah gerbang finishing line. Nak tau ghost runner ke tidak agak tricky sebab bib running kat bahagian depan. Tapi at least boleh agak kalau baju yang dia pakai dah bukan running vest event. Boleh agak je la tapi mungkin tak betul sebab ada je runner yang ada bib tapi pakai baju lain.

3. Jangan bergantung harap sangat pada water station
So sirius black runners dah kena beli belt parian berbotol air. Instead of nak tunggu sampai water station baru nak minum air, anda boleh minum air bila bila masa sahaja yang anda suka. Dan kalau water station ghaib, anda tak akan mati kedahagaan masa larian.

4. Bawak small kit of first aid sendiri
Since marshal tak cukup, lagilah team ambulance ntah kemana, so ada baiknya bawak small first aid kit atau saiz mini atau cuma keeping antiseptic swipe + beberapa keeping plaster kalau nak ringan. Mana tau terjatuh at least boleh rawat diri sendiri sementara nak tunggu Doktor Ismadi sampai.

Ok, saya ingat itu sahaja. Kepada runners, jangan kecewa sangat adatlah, dalam hidup kena expect what is unexpected dan kepada organiser dan team NM Galaxy, peluang untuk buat ohsem running event masih ada lagi.



Kongsi di :