Race : NM Galaxy 4th Cyberjaya Pt 7 – Akhir kata

10354660_742674075817644_1767701367628839166_n
Sambil tunggu budak-budak intern yang tak kunjung tiba lagi. Gambar oleh penonton

Ok. Final posting on NM Galaxy 4th Series. So result dah keluar. Saya no 21 dari 304 orang. 6.9% terawal. Oklah tu. Target saya setiap kali lari kalau boleh below 10% ratio dia. Untuk catatan masa pulak, official race time adalah 50:02 manakala run keeper 50:12. Average pace adalah 5:41.

Kalau refer posting sebelum ni, saya lari tak cukup 10K pun, dalam 8.8KM. Katakan saya lajak lagi 1.2KM untuk cukup 10K, mungkin masa penuh saya adalah 54:10. So masih lagi bawah 60 minit kalau pakai average pace. Tapi sayang, akibat salah route, tak cukup KM.

Screen Shot 2014-12-03 at 6.37.22 PM Official result

So dibawah ini seperti biasa, data dari Strava dan juga runkeeper untuk rujukan saya masa akan datang.

Screen Shot 2014-12-03 at 6.48.07 PM

Screen Shot 2014-12-03 at 6.47.51 PM

Oh, saya juga nak ucap tahniah pada isteri saya sebab pada 10K race dia yang pertama dia dapat no 90. Kira dasyatlah tu untuk isteri saya. (Tengok la sapa husband dia). Tak sia-sia saya belikan apparel running bagai :D.

Kesimpulannya, saya masih lagi tak dapat buat bawah 60 minit secara official untuk 10K dalam sebuah race, so kena fikirkan something macam mana nak capai target ini untuk tahun ini. Ada beberapa minggu saja lagi. Moga tuhan beri panduan.

10806426_610742499030477_6240644733226330027_n



Kongsi di :