Race : Penang Bridge International Marathon Pt 1 – Location & Route

Baru saya perasan, saya tak start study pun lagi pasal Penang Bridge punya race. Dah la tu, persiapan ke arah race ini sangat barai. Ini kerana Bukit Jalil asyik hujan bila petang dan kegagalan saya menukar jadual lari dari petang ke pagi. Nampaknya, saya hanya bermain dengan nasib hujung minggu ini. Macam dah nampak petanda apa nak jadi dalam race ini kelak! 😀

So mulai hari ini, saya akan stop pasal #racethetube dan akan fokus untuk race hujung minggu ini. First sekali, paling basic, race ini adalah di Penang dan ia melibatkan jambatan kedua Pulau Pinang. Jambatan kedua adalah yang bawah tu, yang tanda E28.

Screen Shot 2014-11-12 at 8.12.49 PM

Jambatan pertama namanya : Jambatan Pulau Pinang atau Penang Bridge
Jambatan kedua namanya : Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang atau Penang Second Bridge

So kalau dari KL ke Utara, kita akan sampai 2nd bridge punya susur keluar dulu, baru susur keluar first bridge. Jambatan kedua lagi baru dan lagi panjang dari jambatan pertama. Dibawah ini sedikit info saya ambil dari blog orang dan boleh baca di blog beliau sebab ada banyak lagi info pasal jambatan kedua ini.

informasi-jambatan-kedua-pulau-pinang

So info paling penting, kalau dari KL, sila susur ke exit E157 dan target Batu Maung. Jambatan kedua ini juga lagi dekat ke airport Penang.

Screen Shot 2014-11-12 at 8.29.08 PM

Next, race route. So ini adalah map yang diambil dari website depa. Bagus. Usaha nak mencantikkan map ni memang bagus tapi bila bangunan nampak macam kartun mickey mouse rasa agak macam tak berapa nak bagus tu. Anyway, saya attachkan untuk panduan.

route11 map

So, secara kesimpulan, race route adalah pergi 5KM, balik 5KM ( untuk 10K) dan untuk yang lain pun sama. Pergi separuh, balik separuh. So saya ada buat track untuk 10K tapi ini agak-agak je bukan detail sebab saya pun tak tau detail dia. Just compare dengan map kartun dia.

Screen Shot 2014-11-12 at 8.48.48 PM

Boleh click sini untuk tengok detail

Anyway, panjang 2nd bridge ini adalah 24KM. So kalau 10K baru masuk 5K dah patah balik. Macam baru lari 1/5 dari jambatan la kiranya. Ini screenshot route 10K untuk compare dengan seluruh island dan jambatan. So feel dia macam “Ok, next year aku masuk 21K pulak baru rasa jauh sikit dan agak berbaloi sebab datang dari KL”

Screen Shot 2014-11-12 at 8.52.27 PM

In term of evelation pula, masa start lari turun bukit atau, turun masuk jambatan dan masa balik pula lari naik bukit atau lari keluar dari jambatan.

Screen Shot 2014-11-12 at 8.55.27 PM

Ok, setakat ini saja update saya, nanti saya tulis lagi.

Anyway, ini adalah race pertama saya di luar Kuala Lumpur dan Selangor. Memang saya target tahun ni nak masuk race luar kawasan kerja dan luar kawasan bermastautin. Asyik lari area KL / Putrajaya je bosan jugak. Kena la ada improvement dalam hidup, takkan asyik di takuk yang sama ye tak? So Penang, here we come. ( Lagi 3 hari 4 jam 19 minit nak race… )



Kongsi di :