Race : Penang Bridge International Marathon Pt 5 – Post Morterm

penang_marathon

PBIM 2014, jika mengikut pakcik driver yang bawa saya hari itu adalah maratahon yang bertaraf Guiness World of Record sebabnya kali ini, hampir seramai 60,000 runners turun padang. Makanya semua orang excited dan sangat teruja dengan status quo sebegini dan pastinya runners tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta menjayakan program bertaraf Guiness World of Record. Ini kerana, walaupun runners tidak pecah rekod sendiri semasa lari kelak, at least ada rekod lain dipecahkan.



Dan ya, setelah PBIM 2014 tamat, saya rasa ia memang pecah rekod baru. Namun, ia bukanlah rekod peserta teramai dunia sebab itu rekod lama yang semua orang dah tahu. Pecah rekod yang saya maksudkan adalah event larian paling banyak orang complaint. Ini jelas sangat sebabnya organizer siap hantar mesej FB minta ampun dan maaf zahir dan batin.

Screen Shot 2014-11-20 at 12.00.22 PM

Tidak diketahui daripada 60,000 runners berapa yang komplen tapi kalau anda baca FB PBIM 2014, anda akan dapati hampir 80% dari comment adalah complaint.

Saya tidak mahu turut serta dalam 80% runners itu kerana saya tidak mengalami secara senak kesukaran dan kesulitan sebagai mana yang 80% runners itu lalui. Lalu tidak adil kalau saya turut bercomplaint. Namun tidaklah pula saya dalam kategori orang yang memuji PBIM 2014. Ini kerana, saya rasa race event yang dianjurkan PBIM 2014 ini banyak yang boleh diimprove kelak dan jika masih ada hati untuk diteruskan pada tahun hadapan.

Lalu, tulisan saya ini adalah lebih kepada catatan pribadi atau post morterm sdn bhd bagaimana kami 3 orang, saya, isteri dan adik perempuan saya melalui pengalaman pertama lari di negeri yang bernama Pulau Pinang ini.

pbim 11
Screenshot dari web Penonton

So, kata kunci post morterm yang saya nak highlightkan adalah KEJUMLAHAN. Ini adalah pengajaran yang paling utama dalam larian PBIM 2014 ini. Biasanya saya masuk race yang saya rasa tak lebih 5 ribu orang pun tapi kali ini jumlah peserta adalah 60 ribu orang. So, bila ramai sangat runners maksudnya persediaan untuk runners mestilah rapi dan detail. Kalau cincai, jawabnya kita akan menghadapi banyak masalah. So, apa effectnya bila jumlah peserta yang ramai?

1. Tempat Tinggal
PBIM adalah race event international. So orang datang dari seluruh dunia ke Malaysia. Tetapi saya tak pasti pula daripada 60 ribu berapa yang lokal dan berapa yang international sebab saya tidak ada data itu. Namun apa yang penting, effect utama sebelum larian adalah tempat tinggal yang limited. Kebanyakkan hotel dah pun fully book. Ini berlaku sendiri kepada saya, isteri dan adik. Akhirnya kami terpaksa sewa sebuah apartment di Serina Bay instead of boleh duduk di hotel sahaja yang lebih confirm comfortable friendly.

So, untuk mendapat tempat yang selesa yang sesuai dengan pilihan anda, maka anda harus book awal. Sebagai contoh, untuk PBIM2015 tahun depan, tarikhnya telah ditetapkan pada 22 November 2015. So anda sudah boleh buat perancangan tempat tinggal setahun awal sebenarnya. Itu pun kalau masih ada hati untuk sertai larian jambatan ini.

2. Masuk ke Pulau Pinang
Ini khas untuk runners yang datang dari luar Penang misalnya Kuala Lumpur dan sebagainya. Kena pilih tarikh dan masa masuk yang betul-betul sesuai untuk mengelakkan jem bagai. Sebagai contoh, larian bermula seawal jam 2:00 pagi hari Ahad, makanya kemungkinan besar, ramai runners akan drive masuk ke Penang pada hari Sabtu. Dan kalau majoriti bertolak pagi Sabtu, kita boleh agak bila waktu paling sesak masuk ke Penang.

Lalu ia memberikan kita 2 pilihan. Pertama datang lagi awal, ambil cuti hari jumaat atau datang paling lewat iaitu bertolak pada tengah hari Sabtu. Oleh kerana saya tak boleh cuti hari jumaat tu, saya bertolak dari KL pukul 5 petang. Akhir sekali saya sampai Penang dalam pukul 9 malam. Jalan tak jem langsung tapi ia memberikan saya masalah lain pula.

Seorang kawan baru saya dari Strava, Mr. Nizman Lee, siap sempat training lagi pada pagi Sabtu itu. Lagi dasyat.

Screen Shot 2014-11-20 at 1.21.34 PM

3. Mode of transportation
So saya decide untuk drive sendiri. Dan saya drive Ford Ranger Manual. Agak lega disitu. Saya rindukan gaya pemanduan auto yang indah dulu. Oleh kerana saya bertolak lewat, so saya dalam keadaan sedikit tergesa-gesa dan cemas. Dan bila sampai Penang lambat, saya tak cukup masa untuk rehat.

Mungkin di lain waktu saya prefer datang awal, atau jika kesuntukan masa, saya mungkin naik flight atau bas. Saya boleh tidur sepanjang perjalanan dan impaknya tak letih sangat. Bezanya harus buat kira-kira kewangan yang tepat sebab mungkin ada beza yang banyak.

4. Lokasi route larian
Penang Bridge yang kedua ini agak baru dan pasti tak ramai pun orang tahu atau pernah lalu. Boleh jadi orang penang pun sendiri tak pernah lalu lagi. Tetapi untuk runners yang datang dari luar, of course boleh study dulu lokasi route larian di mana dan bagaimana untuk sampai ke lokasi larian. Zaman sekarang sudah ada google map atau Waze so boleh guna sebaik mungkin. In fact, sebelum datang saya dah pun meninjau melalui google street view. Cumanya peninjauan saya agak tak rapi sangat sebab saya menjurus kepada keadaan jambatan. Bukan keadaan jalan ke jambatan. Walaupun google streetview datanya tak tepat sangat (bukan hari-hari update gambar) tetapi at least kita ada idea macam mana keadaan disana.

Screen Shot 2014-11-12 at 9.31.50 PMBoleh baca tentang google street view disini

So, bila tempat baru, kita kena study dulu dimana lokasi route larian, dimana aksess terbaik dari lokasi hotel kita dan kalau kita drive, dimana nak park kereta.

Memang betul organizer dah sediakan tempat parking yang sesuai tapi kalau dah penuh, kat mana kita nak parking?

5. Journey ke route larian
Organizer dah sediakan bas untuk angkut runners dari hotel-hotel tertentu dan juga main stop dia adalah di Komtar. Dengan bayaran RM2 tak silap saya (ataupun free?) runners boleh naik bas yang disediakan ke lokasi larian. Tetapi apa yang kita tidak perasaan adalah jumlah runners yang akan naik bas ini. So, sekali lagi, jumlah menjadi faktor terpenting. Bila ramai runners yang naik bas, makanya bas akan sesak.

Dan, runners yang naik bas terpaksa bergantung kepada waktu bas. Maksudnya, jangan ambil bas yang kita bajet ngam-ngam boleh sampai tepat pada waktunya. Kena ambil bas yang mungkin 2 – 3 jam awal. Ini kerana, bila dah 60,000 runners yang akan datang, of course jalan akan jadi jem dan ada kemungkinan bas tidak sampai pada waktu yang tepat. Saya ada baca di Facebook dimana runner masih lagi dalam bas ketika larian sudahpun dimulakan.

Video oleh Mr. James Gan

Satu lagi complaint adalah bas yang disediakan tidak cukup untuk menampung runners yang ramai. So kalau kita dah anticipate ini awal-awal, kita tidaklah kecewa sangat. Saya rasa ada faktor dimana ramai runners yang datang lewat so memanglah bas yang ada waktu itu sendat dan padat.

Asalnya saya nak drive kereta ke Batu Maung tapi sebabkan saya macam dah letih drive, so saya ambil keputusan untuk naik teksi. Lagipun saya fikir kalau ambil teksi dan bayar lebih sikit tidak mengapa. Bayangkan kalau semua orang drive kesana dan pulak tu kita bukan orang lokal, boleh jadi kita salah jalan atau silap masuk simpang. Akibatnya kita menyumbang kepada traffic jem yang lagi teruk. Kalau naik teksi, driver teksi tu mesti dah expert dengan jalan penang dan lagipun teksi tak berhenti untuk parking kerana teksi datang dan pergi.

Larian 10K bermula pada pukul 7:30 pagi dan saya bangun dan bersiap sedia jam 5:00 pagi. By 5:45 saya dah bergerak dari Serina Bay ke Batu Maung. Penggunaan apps myTeksi sangat berguna untuk mendapatkan teksi dan ia sangat mudah, serta kita boleh terus tahu harga perjalanan sebelum kita naik teksi itu.

So saya sampai lokasi larian pada jam 6:00 pagi. Memang agak jem sikit bila dekat-dekat nak sampai tu sebab jalan tu makin sempit disebabkan construction. Tapi nasib kami baik sebab kami dapat teksi tepat pada waktunya dan sampai awal satu jam setengah sebelum larian.

6. Acara larian
Saya tak pasti kenapa di PBIM ini peserta dilepaskan ikut jantina. Kalau marathon di Kelantan mungkin logik juga. Pulak tu, bagi acara 10K, peserta perempuan dilepaskan dulu dan kemudian diikuti dengan peserta lelaki. Dan kategori junior 10K dilepaskan dulu sebelum 10K open. So apa impaknya?

Screen Shot 2014-11-20 at 12.25.52 PM
Pic by Sceneskypictures

Saya bukanlah rasis gender atau rasis tua muda, tetapi semua orang tahu fakta ini. Apa yang berlaku pada hari itu adalah lebih ramai peserta perempuan yang jalan kaki dari berlari. So bila peserta lelaki nak lari, jalan jadi jem sebab depan mereka ramai peserta perempuan yang keletihan menghalang jalan. Dan, bila 10K lelaki lari last sekali, depa ni ramai yang laju tapi malangnya depan mereka ni ada 10K junior perempuan, 10K junior lelaki dan 10K perempuan.

Saya anggap ini cabaran ketika berlari dan pada hari itu saya belajar skill baru iaitu menyelit dicelah runners perempuan. Yang paling saya risau ketika menyelit ini adalah terlanggar tetek runners perempuan. Itu akan menyebabkan sexual harrassment sambil berlari.

Satu lagi kejadian dimana bila runners 10K dah mula dan diikuti dengan runners Fun Run, so masa runner 10K patah balik (selepas 5K berlari) sekali lagi traffic jem berlaku dimana keadaaan tiba-tiba penuh dengan runners Fun Run. So kali ini skill menyelit diantara tetek saya semakin improve.

Pada saya ini semua ok sahaja sebab adat berlari. Cuma saya rasa sebelum larian organizer patut beri awareness kepada sesiapa yang dah malas nak lari dan nak berjalan, sila ikut lorong kiri. Ada beberapa kali saya terlanggar runners didepan saya dan nyaris kami tak tersungkur bersama. Bayangkan kalau saya tertolak runners perempuan dan menimpa runners ini dari belakang. Bukankah sedikit kelucahan berlaku disitu? Kesian pada runners perempuan tau sebab saya ok saja.

Melepaskan runners ikut kategori tua muda, lelaki perempuan, tak menjadi hal sangat sebab semua orang berhak lari laju atau lari perlahan ikut keupayaan masing-masing. Tetapi, kesedaran untuk sesiapa yang dah malas nak lari untuk bergerak ke kiri adalah penting agar yang serius nak berlari maintain di belah kanan dan sentiasa laju.

Anyway ini video yang saya jumpa bagaimana suasana ketika runners berlari. Siapa yang pernah pergi meditation je yang boleh tahan sabar kalau macam gini punya gaya marathon. 😀

Video oleh Shi Yang Hor


Video oleh Mkk268

7. Cuaca yang panas
Oleh kerana larian 10K bermula sekitar stages dari jam 6:45 pagi hingga ke 7:30 pagi, ditambah dengan Fun run yang start jam 8:00 pagi, so keadaan cuaca agak panas terik kerana runners berlari ke arah matahari terbit. Dalam erti kata lain seperti berlari ke neraka.

Persediaan awal saya adalah dengan menyemak ramalan cuaca dan kalau ikut ramalan cuaca, hujan lebat turun pagi itu. Nyata ramalan ini tidak tepat dan saya rasa mesti ada bomoh hujan yang kowtim semua ini. Ini bagus cuma mungkin lain kali saya kena bawa spek hitam instead of bawak rain running jacket sahaja.

So bila cuaca panas gila tahap oven, ramai runners kedahagaan. Dan bila dahaga, mereka serbu meja air seawal yang boleh untuk dapatkan air. So ini menyebabkan bottle neck di kawasan meja. Orang berkumpul ramai gila. Ini mungkin ok lagi tetapi yang paling mencabar adalah lari mencelahi orang yang beratur nak masuk toilet. Sebabnya seingat saya, orang beratur melintangi jalan dan sepatutnya pengakap tempatan menjadi lebih garang dengan mengarahkan orang yang beratur ini beratur memanjang jalan instead of melintangi jalan.

Bagi diri saya memang saya dah awal-awal buang air dan saya kurang sikit minum air sepanjang berlari. Instead of secawan air, saya cuma minum seteguk untuk buat syarat hilang dahaga.

Screen Shot 2014-11-20 at 12.22.56 PM
Pic by Mr. Romy Ismael

8. Sejurus selepas tamat larian
Saya rasa saya antara yang terawal sampai bagi kategori 10K sebab catatan masa saya adalah 64 minit. So masa saya sampai tu tak sesak sangat lagi berbanding dengan cerita kawan saya yang masa sampai tu siap dia kena berhenti beratur lalu bawah gerbang finishing.

Cumanya bila mula-mula sampai tu, saya agak confuse dan keliru nak pergi mana, mungkin dalam keadaan penat, panas, letih dan stress, saya nampak semua khemah sama sahaja. Sebaik sahaja habis larian, saya ke khemah bahagian kanan yang paling dekat kerana saya ingat disitu collect medal.

Ini mungkin silap saya sendiri tak tengok map betul-betul. Bila saya tengok kat situ ramai runners yang melepak, baru saya tahu yang rupanya nak collect medal depan lagi. So saya bergegas ke depan lagi dan rupanya ada banyak lagi khemah dan baru saya perasaan ada khemah orang bagi medal. So saya pergi sana dan beratur.

Screen Shot 2014-11-20 at 12.30.52 PM
Pic oleh Mdm Akmalrahim

Masa saya nak masuk beratur sekali lagi saya confuse sebab belah mana lelaki dan belah mana perempuan. Sebabnya, masa kita start tadi kita dilepaskan ikut gender, so dalam kepala otak saya, bila nak collect medal pun mestilah ikut gender. Sekali bila sampai tu rupanya asalkan 10K, masuk sahaja kat lorong 10K.

Dan saya tak perasan pulak sama ada 10K ini junior atau open. Yang penting saya collect medal dulu.

9. Alumni ahli keluarga
Bila dah ada 60,000 orang yang lari, dan, jika kita datang dengan ahli keluarga, of course punya, di akhir larian, kita bakal menghadapi masalah nak jumpa balik dengan ahli keluarga kita. Biasanya kita akan fikir, lepas lari, boleh telefon sahaja ahli keluarga dan decide untuk jumpa dimana.

MALANGNYA, kita lupa, bila ada 60,000 berkumpul di satu tempat, secara tidak langsung, coverage telefon akan drop kaw-kaw. So kita akan gagal untuk hubungi ahli keluarga kita makanya masing-masing akan terpinga-pinga beruk mencari mana ahli keluarga yang hilang. (Padahal tak hilang pun, relax, semua ada selamat. Takkan adanya yang jatuh jambatan)

So apa yang berlaku pada hari itu, usaha organizer membenarkan runners menggunakan microfon finishing line untuk memanggil ahli keluarga adalah sangat terpuji. Namun, malangnya, tahap stress runners yang sudah melalui pelbagai masalah dan musibah menyebabkan mereka memanggil ahli keluarga dengan nada yang marah, ganas dan sangat memekakkan telinga. Sekali imbas saya melihat bagaikan bayangan orang menjerit-jerit di padang masyar! Sangat mengerikan!

Mulanya saya ingat mereka panggil volunteer atau pengakap (sebab dalam bahasa cina dan silap saya tak belajar bahasa cina dari kecik) tapi selepas saya tanya Auntie berdekatan, rupanya runners memanggil ahli keluarga yang lain.

So, seperti saya, saya dan isteri memang mempunyai kuasa telepati yang kuat so tak menjadi masalah sangat bagi kami. Cumanya telepati saya tak kuat mana untuk telepati adik perempuan saya. MAKA, sejurus kami sampai dan turun dari teksi subuh-subuh tadi, saya telah decide tempat perkumpulan dan pertemuan kami selepas larian. So apa-apa hal, jumpa dan tunggu balik di lokasi ini.

Pada hari itu saya jumpa isteri saya di tempat minum air. Dan adik perempuan kami tiba-tiba muncul entah dari mana ketika kami baru nak bergerak ke lokasi yang telah dijanjikan. Pada ketika itu saya fikir bahawa mungkin kuasa telepati adik perempuan saya ini lebih kuat dari saya?

10. Balik naik bas
Ok, semua orang dah penat. Ada yang marah sebab tak dapat pecah rekod. Ada yang marah sebab medal tak cukup. Ada yang marah sebab botol air kosong takda air pun. Ada yang marah sebab ramai sangat orang. Ada yang marah sebab pengesan bib di finishing line rosak. Ada yang marah sebab PBIM 2014 tak professional dan lebih baik anjur pertandingan lari dalam guni. Pendek kata, semua orang marah hari itu sebab macam-macam hal. So kemarahan orang yang terakhir adalah balik nak naik bas.

Saya dapati bas datang lambat (atau sebenarnya runners yang habis awal) so orang tunggu bas agak lama. Boleh jadi bukan bas datang lambat dan sebenarnya bas tak cukup atau driver tertidur sebab letih? So runners berebut-rebut naik bas macam dah tak civilize. Bayangkan tadi dah letih lari tengah panas dan sekarang letih berlari dan berebut nak masuk bas.

Asalnya saya nak naik bas jugak sebab boleh jimat duit tetapi oleh kerana saya kesian tengok runners yang keletihan dan tidak sanggup berpanas, maka saya decide untuk balik naik teksi sahaja. Nasib kami agak baik kerana walaupun apps myTeksi agak jem (bayangkan apps sahaja dah jem, belum lagi kereta) tetapi kami akhirnya dapat juga teksi walaupun terpaksa tunggu dalam 15 minit.

Dalam kereta saya tanya driver tu dah berapa kali ulang alik ada 10 kali tak, driver tu cakap dia dah ulang alik dekat 50 kali sejak malam tadi dan tak tidur sejak semalam. Kesimpulannya, bukan sahaja runners yang letih, tapi driver teksi, driver bas, organizer juga letih belaka.

So kami ke Queensbay Mall dan makan nasi ayam sebab lapar gila.

KESIMPULAN
Saya rasa kategori saya adalah runners baru sebab saya baru sahaja serious lari sejak tahun 2013. Punyalah baru, saya tak pernah pun masuk 21K atau 42K dan baru beberapa kali masuk 10K selepas 2 kali Fun Run dan sekali 7K. Dan pengetahuan tentang acara larian saya tak banyak lagi sebab bila saya kira total acara yang saya masuk baru ada dalam 7 acara.

Oleh kerana itu, ia menyebabkan saya tidak bergantung sepenuhnya pada organizer dan sentiasa membuat persediaan dan plan B. So saya sentiasa expect what is unexpected.

Boleh jadi saya bukan kaki komplen sangat dan saya redha sahaja dengan apa yang jadi dan cuba berfikir positif untuk apa yang berlaku. Dan mungkin kerana saya sentiasa begini, saya selalu bernasib baik dan tidak menghadapi kesusahan dan kemarahan sangat berbanding runners lain agaknya. Bayangkan jika daripada 60,000 runners dan 80% dari runners berfikiran negative dan sangat marah, pastinya semua energi positive akan pergi kepada 20% runners yang berfikiran positive dan sangat tenang. So siapa yang untung?

Kita memang tidak ada kuasa untuk control orang lain, tetapi yang kita ada kuasa adalah control diri kita sendiri. PBIM 2014 banyak ujiannya tahun ini dan ujian itu terkena kepada kita, tapi bagaimana kita nak kurangkan kesan ujian itu agar kita fokus pada matlamat kita yang asal, kenapa kita masuk marathon ini?

Overall, kami 3 orang ok sahaja pada hari itu walaupun banyak dugaan, tapi yang paling enjoy adalah lepak Penang 3 hari selepas letih pada hari larian. 3 x nasi kandaq, 2 x laksa cina + 2 kali cendol berdiri serta 1 x ais kepai. Superb!



Adakah saya akan repeat PBIM tahun depan? Saya yakin PBIM akan banyak belajar dari apa yang berlaku tahun ini dan pastinya tahun depan lebih menyeronokkan!

P/S ada runners di Facebook suggest PBIM bagi discount next year sebagai tanda kemaafan. Saya setuju!



Kongsi di :

Comment 1

Comments are closed.