Race : Penang Bridge International Marathon Pt 6 – Akhir kata

10809562_1503776219898144_561742246_n
Muka mengantuk sebab kena bangun pukul 5:00 pagi.

Saya cuba menulis email kepada info@penangmarathon.gov.my malangnya server reject email saya. Agaknya email mereka penuh dengan email runners lain. Bayangkan kalau selepas event semua 60,000 runners hantar email kepada mereka serentak. Memang jahanam.

Anyway, tujuan saya email adalah untuk share posting saya pasal PBIM 2014 ini yang no 5. Mana tau ada point yang boleh buat next year punya event lebih baik. Sekadar berkongsi idea dan perspektif dari seorang new runner.

So, keputusan sudah pun keluar dan semua runners boleh check online di sini. Rasa berdebar-debar pulak nak tahu ranking no berapa, macam kat sekolahlah pulak. Anyway, setelah saya check, dibawah ini adalah ranking saya.

Screen Shot 2014-11-20 at 1.14.02 PM

No 399 dari 11,244 orang. Ratio peratusan adalah 3.5% terawal. Kira oklah tu, bawah 5%. Bolehlah saya berlagak dengan adik perempuan saya selama seminggu. Kih kih kih.

Ini screenshot dari runkeeper route larian PBIM 2014. Macam jarum terbelah dua.

Screen Shot 2014-11-20 at 8.14.35 PM

Ini pula data lain dari run keeper buat pedoman.

Screen Shot 2014-11-20 at 7.57.12 PM

Screen Shot 2014-11-20 at 7.25.51 PM

Kesimpulannya, BSN night run saya buat 61 minit. PBIM 64 minit. Untuk next NM Galaxy 4th Cyberjaya, target saya masih lagi tidak berubah iaitu bawah 60 minit. Harapnya boleh dapatlah tapi rasanya kena training lagi kuat gini gaya.



Kongsi di :