Race : Pt 2, BMW Berlin Marathon 2021 dan covid19 risk assessment

Semalam kita dah tengok cara-cara nak register BMW Berlin, now selain daripada start kira duit dalam asb ada berapa je ni ha, kita tengok satu angle lagi which is angle risiko. Kalau dalam business kita panggil menatang ni risk assessment. Tujuan dia adalah nak tahu sejauh mana risiko dia sebab at the end of the day, kita tanak buat something yang merugikan. Kita mesti mau buat something yang kasi huntung maaa.

Now dalam kes Berlin Marathon ini, kita nak tengok risiko covid19.

1. Bila covid19 ni nak habis?

Ahli nujum pun tak boleh nak tahu benda ni sebab inilah yang dikatakan, masa depan bukan dalam pengetahuan kita. Namun itu tidak bermakna kita tidak boleh membuat ramalan atau perkataan sedap sikit projection, tentang bila covid19 ni nak tamat.

Macam mana nak buat projection ni? Saya pun tak tahu sebab saya bukan ahli kesihatan ataupun ahli konspirasi. Yang saya boleh buat projection adalah berdasarkan news dan data yang ada.

2. Berapa ramai dah kena covid19 satu dunia?

47,326,715 orang dah kena, 1,211,421 dah mati, 34,035,878 dah sembuh balik. Bagi melihat perspektif yang lebih signifikan, 2.5% mati, 71.9% sembuh dan ini meninggalkan 25.6% dalam. rawatan.

Mengikut graph, jumlah case secara global, semakin mendatar, which is petanda baik sebab tak meningkat. Tapi jangan nak percaya sangat sebab graph ni dia punya x data tu macam tak berapa nak tepat untuk suggest line curve dia. Sebab dia punya scale tak seimbang. 1K ke 10K, next terus naik 100K. So memang la graph last sekali akan nampak mendatar.

Ini adalah data dari who, dimana saya rasa lebih tepat. Atas tu dari worldometer.

Kesimpulan dia kalau berdasarkan graph, kes semakin hari semakin meningkat, tiada tanda kes nak menyusut. Namun jumlah yang sembuh adalah sangat besar berbanding jumlah yang mati.

3. Bagaimana dengan development of vaccine?

Setakat yang saya baca, terkini, ada 198 vaccine tengah dalam development. Ada macam-macam nama contohnya, Bharat Biotech, Novavax, Johnson & Johnson, Pfizer dan macam-macam lagi.

Hanya 11 dah masuk phase 3. Apa benda phase 3 ni?

Phase 3 maksud dia tengah test dalam group 1000 orang. Vaksin dah nak ok la sebab testgroup lagi ramai. Take note juga kalau ikut vaccine lain, nak sampai phase 3 ni patutnya 3-5 tahun tapi. dalam kes covid, setahun je dah phase 3.

Next step lepas phase 3 adalah approval dari segi legal, dan bila ni dah dapat, baru boleh masuk kilang untuk mass production.

4. Dah ada 11 vaccine kat last corner (lap) tu, so agak-agak bila result dia keluar?

Dikatakan hujung tahun ni kita akan dapat tahu jawapan, which is sekarang dah November, so patut sebelum kiss new year 2021 kita dah ada steady base untuk tahu sama ada vaccine on tak on. Namun begitu, ada banyak step lagi sebelum vaccine ni sampai ke tangan kita.

Namun begitu setakat ini, ada 2 vaccine dah pun diapprove tanpa masuk phase 3. Sputnik V oleh Rusia dan EpiVacCorona, juga dari Rusia.

5. La ingatkan ada vaccine je boleh dapat then cucuk kat idung. Ada lagi masalah dia?

Nak buat vaccine bukan macam buat karipap. First sekali kita kena bersyukur bahawa biasanya orang buat vaccine makan masa 10 tahun. Tapi sekarang, diorang semua tak tido, tak mandi, tak mandi wajib, tak tengok tv, tak buat apa2 yang lain tapi dok fokus on keselamatan dunia.

Untuk 11 vaccine ni berjaya,

a. Dia akan test untuk tengok safety vaccine ni agar ia selamat, dan tidak memudaratkan. Vaccine mestilah menyembuhkan atau mengurangkan kadar orang mati akibat covid (ini phase 3 sekarang). Kalau ok, next

b. Cara macam mana nak develop vaccine ni dalam amount gila babi besar tak ingat dunia untuk seluruh populasi manusia, nak kena make sure kualiti vaccine pulak maintain

c. Approval dari regulatory

d. Logistic nak deploy satu dunia

6. Adakah vaccine confirm boleh protect kita?

Tak semestinya. Biasanya orang tua susah sikit sebab imun sistem orang tua dah lain berbanding orang muda. Dalam ertikata lain, respond orang terhadap imunisasi, berbeza.

7. Macam mana dengan Malaysia? Adakah Malaysia dah secure deal untuk dapatkan vaccine ni?

Ada dua deal yang Malaysia buat setakat ni. Pertama, deal dengan China. Deal ni membolehkan Malaysia develop vaccine di Malaysia, berasaskan resipi dari China. China basically bersetuju dan Malaysia antara yang priority akan dapat resepi ni. Apa nama vaccine dia? Ntah. Tapi benda ni akan berlaku hujung tahun ini.

Kedua, deal dengan WHO. Yang ni Malaysia fund RM40 m deposit untuk secure deal. Nama vaccine ni COVAX Covid 19. Vaccine hanya untuk 10% population dunia. Untuk Malaysia, hanya ada 3 juta dos sahaja, which is population kita 30 juta, so 10% sahaja yang akan dapat.

Balance bayaran adalah RM600 juta. So total kos untuk vaccine ni adalah RM640 juta.

So kalau 3 juta orang je dapat dengan kos RM640 juta, sorang kena bayar RM213 satu shot.

Kesimpulannya, Malaysia akan dapat 2 vaccine. Satu made in China. Satu USA la… WHO.

8. Since nampak macam tak cukup nak cover satu Malaysia, siapa yang akan dapat dulu vaccine ni?

Menurut KJ, frontliner dan “mereka” yang sangat memerlukan. Boleh baca sini.

9. Adakah nanti kita akan diwajibkan kena cucuk vaksin?

Yang ni susah nak cakaplah, sebab ini sembang back to the future. Yang kita tahu, vaccine tak cukup, itu pasal ada dua deal. Satu beli, satu lagi beli resepi, develop sendiri.

So kalau tak cukup, accane nak wajibkan kena cucuk?

10. Tapi akan datang kalau cukup mesti wajib jugakkan?

Ni pun susah nak cakap kita kena tunggu KKM cakap apa. Tapi macam vaccine pergi Mekah la. Tak wajib amik kalau ko tak pergi Mekah. Bila ko nak pegi Mekah, ko kena cucuk.

Boleh jadi, bila ko nak travel oversea, ko kena cucuk vaksin. Boleh jadi, negara luar, kalau dia nak bagi orang masuk, mesti dia nak tengok ko dah ada vaksin ke tidak. Negara kita pun sama. Kalau saya jadi PM, saya pun akan hello imigresen kabo, wei sapa tade vaccine ko jangan bagi masuk.

11. Kalau saya pilih tanak kena cucuk later boleh tak?

Itu ko punya pasallah. Ko punya badan. Selagi takde undang2 mewajibkan, so ikut suka la. Namun begitu, bila ada undang2 mewajibkan, sendiri mau fikirlah.

12. Saya ada dengar cerita yang dalam vaccine ni ada nanobot Bill Gates dah pasang so depa nak monitor pergerakan kita. Saya tanak pergerakan saya diketahui. This is my privacy.

Ko buang handphone tu dulu.

Weiii kita nak discuss pasal risk nak pergi Berlin ni, bukan pasal vaccine sangat. Stick to the title ok.

13. Ok sorry abiang. So kita dah tengok kes makin naik tak surut. Itu bad news. Tapi vaccine development macam nak chara dah. Ini good news. So abiang rasa acanne kitanya mission nak ke Berlin ni. On tak on?

Abiang tengah lapar ni, esok abiang sambung.

 

 

 

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *