Race : Pt 4, Registration done, for BMW Berlin Marathon 2021

Hari ni macam lega sikit sebab akhirnya, saya berjaya register untuk Berlin 2021. Register je la berjaya, dapat ke tidak, itu belum tentu lagi. So sekarang ini adalah moment di mana, “Kita lihat siapa yang kena” oleh Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

Now, jika anda ada plan nak register Berlin, better buat segera. Sebab dia ada 2. Pertama tarikh tutup dah nak dekat iaitu pada 25 November iaitu Rabu next week.

Kedua pulak, register tu ok, tapi nanti akan stuck masa nak buat payment. Ini jadi kat saya dimana pending bab payment ni agak lama nak solve. Saya tak sure kenapa tapi setiap kali nak buat payment, web dia reject credit card saya.

Walhal credit limit saya ada lagi, ok tapi dia tetap reject jugak. Saya ada baca kat FB dia memang ramai runner yang nak register hadapi masalah yang sama. Seolah-olah, hanya certain kad kredit sahaja yang dia accept.

Saya cam watdehel ni, dah lah kad saya bukan kad local bank. Kad saya ni bank global kut. Takkan la tak boleh lepas. So saya call bank saya tanya wei mende ni aok punye kad watpe takleh lepaih? Bila bank check semua, memang nyata, bukan bank punya problem tapi web Berlin ni memang ada mental sikit.

Kemudian, navigation dalam web Berlin on registation ni memang agak confusing. Bila korang dah register tapi nak proceed buat payment kali kedua sebab kali pertama gagal, dia takde button “I want to make payment now” dalam web dia. Apa ke bangang?

So confuse tatau nak proceed macam mana.

Saya kemudian hantar email pada organiser, beberapa hari kendian dia balas, tapi still macam tak solve masalah.

Sebab dia, dalam email dia cuma dia reply arahan, tapi tak ada specific link mana nak klik. Dia cam bajet, ko pandai kan so aku tulis ni mesti ko tau.

So last sekali bila dah 2-3 kali cuba-cuba sendiri, rupanya kita kena klik kat event yang kita nak masuk tu (dalam web dia ada 3 event yang berbeza so jangan salah pilih event), then kita click kat button seolah-olah kita nak buat new registration.

Disebabkan kita dah register, dia akan bawak terus ke page payment. So kalau anda menghadapi masalah yang sama DAH REGISTER TAPI PAYMENT SANGKUT, klik kat button hijau yang suh register semula tu.

Saya rasa memang pemikiran orang German ni ada sikit beza dengan pemikiran saya. Sebab, kalau saya yang hos event ni, saya akan letak 2 button. Register, Make Payment. Mungkin pada depa, selagi ko tak bayar, ko tak dikira register.

Masalah kat kita pulak, aku dah register, lepas tu bila aku login, registration data aku semua ada tapi asal aku nak buat payment button takde?

Ha gitu.

Anyway, semua pun dah OK so harap ini bukan petanda yang tak berapa nak bagusla :D. Tolong doakan saya terpilih untuk Berlin ni. Kalau dapat, ini adalah FM saya yang ketiga selepas Maybank Bali Marathon 2016 (FM pecah dara), Tokyo Marathon 2017. Ini pula adalah 3rd attempt untuk saya cuba lari di Berlin. Orang kata, kalau nak tau betul ke tidak 3rd time charm, inilah masanya.

FM ke 3, cubaan ke 3…….. Hmmmm….

Boss….. lama saya tak lari jauh-jauh ni… boleh la boss…. kasi can sikit. Boss tau kan sekarang saya training almost everyday….. saya tak pernah give up register Berlin ni…. dah masuk kali ke 3. Tapi tu la… Kalau Boss tak izinkan lagi, saya OK. Boss lagi tahu apa nak jadi in the future. ON tak ON, saya OK tapi Boss lagi tahu kan hati saya accanne……..

UPDATED :

Kami, (saya dan kawan saya dah register bawah satu team. Satu team boleh letak 3 orang. So kalau anda nak register sekali bawah team kami, boleh contact saya untuk saya bagi code registration. The more, the merrier, the more, lagi tinggi chances kita)

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *