Dukacita dimaklumkan bahawa, cubaan saya untuk lari di Berlin telah tidak diizinkan oleh Supreme God, pada ketika ini.
Ini membawa maksud bahawa, boleh cuba lain tahun atau boleh cuba lagi. Atau, simpan duit tu dulu atau gandakan wang anda dengan Bitcoin atau Ripple. Dengar cerita, next target adalah USD30K per BTC. Entahlah…… Ripple pulak maybe pergi 5 doll…..
Namun begitu, ini bukan tandanya bahawa esok dunia akan kiamat. Larian akan diteruskan. Begitu juga latihan.
Bak kata Colonel Sanders, “Gua punya resipi ayam goreng kena reject 1009 kali tau tak, tapi gua tak putus asa… sekarang tengok…. bila lapar korang order pakai GrabFood kan? Kalau gua give up awal, kurus korang tak makan ayam”