Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 2 – Masa yang diperlukan

Screen Shot 2014-11-07 at 8.40.30 PM

Ok, kita dah tahu yang jarak antara dua stesen train ini 850 m dan masa yang diperlukan untuk sampai dari satu stesen ke satu stesen adalah 11 minit dengan syarat berjalan kaki. Sekarang saya nak check pulak, berapa masa yang diperlukan oleh saya kalau saya lari antara dua stesen ini.

Now, Pace tercepat saya yang pernah saya buat adalah masa race IMU tahun ini, 2014. Saya buat 5:24. Malangnya setakat hari ini, itulah kali terakhir saya lari yang paling pantas dalam hidup saya dan sudah banyak kali saya cuba untuk tewaskan diri sendiri namun belum membuahkan hasil.

Makanya, mari apply pelajaran mathematic yang kita belajar di sekolah dulu dalam kehidupan seharian kita.

Diberi, Pace = 5:24 / KM, sila kira masa untuk 850 m.

1 KM = 5:24 minit
1 KM = 324 saat
1000 M = 324 saat
850 M = ?????

ahhh… semakin tua semakin bodoh rupanya. Tuhan tolong tunjuk jalan… tolong tunjuk jalan….



OK.

1000 M = 324 saat
850 M = 324/1000 x 850
850 M = 275.4 saat
850 M = 4 minit 59 saat…. atau senang cerita 5 minitlah!

So untuk saya lari dari Stesen Bukit Jalil ke Stesen Sri Petaling (dengan syarat maintain Pace 5:24) maka saya memerlukan masa 5 minit.

Persoalan seterusnya, adakah sela masa Train dari Bukit Jalil ke Seri Petaling itu, 5 minit???


Langkah seterusnya
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 1 – Route Larian
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 2 – Masa yang diperlukan
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 3 – Streetview
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 4 – Going Global
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 5 – Para Faktor
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 6 – The race!
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 7 – Setahun sudah berlalu…

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_