Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 5 – Para Faktor

Weekend hari tu saya sempat melawat stesen train Bukit Jalil. Dari sana, saya dapati sela masa yang diambil oleh train dari stesen Bukit Jalil ke stesen Seri Petaling adalah lebih kurang 2 minit. Nampaknya, agak tak logik untuk saya lari 2 minit dari Bukit Jalil ke Sri Petaling.

Walau bagaimanapun, oleh kerana Sri Petaling adalah stesen terakhir, maka pintu tren ditutup agak lama dan boleh jadi sekitar 2 – 3 minit. So total semua dalam 5 minit juga. Ini memberikan saya sedikit harapan dan kalau ia sebuah pertaruhan, boleh dikatakan peluang yang ada adalah 50 – 50.

Beberapa faktor lain yang harus diambil kira juga yang saya perasan semalam adalah :

1. Keadaan trafik – bagaimana saya dari Stesen Bukit Jalil nak cross jalan besar untuk ke Stesen Sri Petaling, maksudnya kalau ada sedikit bahaya disitu kerana saya mesti berhati-hati tengok kereta lalu lintas.

2. Seberang tangga – Kalau dari Stesen Bukit Jalil, saya boleh keluar terus dari gerabak keretapi dan lari turun tangga dan terus ke jalan. Tetapi bila sampai Stesen Sri Petaling, saya harus lari masuk stesen, dan lari ke seberang sana dan ini pasti akan memakan masa lagi walau beberapa minit.

3. Orang keluar masuk – Kalau orang tak ramai mana bagus sebab larian saya akan lancar. Kalau orang ramai so larian saya pasti tersekat-sekat. So dari tren stesen Bukit Jalil saya kena keluar first sekali supaya saya tak payah beratur pun nak touch out manakala bila sampai di stesen Sri Petaling, saya hanya meletakkan semua pada nasib. Kalau ramai orang tengah beratur masuk maka ini akan melambatkan saya.

4. Pintu tren yang sama – Saya juga kena tahu pintu tren yang mana untuk masuk balik sebab di situ nanti akan standby budak intern untuk rekod video ini nanti. Kalau saya masuk pintu yang salah, agak tak sync dari pintu yang saya keluar. Kalau boleh dari mana saya keluar di situ saya nak masuk balik.

5. Tiket – yang ini saya memang kena pakai touch n go sebab takkan saya nak beratur beli tiket? Kalau saya flash pun saya tak buat macam ni. πŸ˜›

Ok. Lain-lain saya tak terfikir lagi, anyway, saya dah decide bahawa akan melibatkan budak-budak intern office saya dalam memastikan kejayaan program ini.


Langkah seterusnya
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 1 – Route Larian
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 2 – Masa yang diperlukan
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 3 – Streetview
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 4 – Going Global
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 5 – Para Faktor
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 6 – The race!
Race : #racethetube Bukit Jalil Pt 7 – Setahun sudah berlalu…

Kongsi di :