Race : Ranauthlon 2015 Pt 1

Sebenarnya tahun ni memang saya rancang nak lari sama ada di Sabah atau Sarawak. Asalnya ingat nak terus lari kat oversea. Tapi bila fikir balik, Malaysia pun tak habis lari lagi, so better complete kan semenanjung dan borneo. Bila saya browse-browse event yang ada kat sana, yang paling menarik perhatian saya adalah Borneo International Marathon. Route dia pun agak santai sebab ada lari tepi pantai. Malangnya, pada tarikh 3 Mei tu keluarga saya ada buat majlis kawin. Adik saya kawin, bukan saya. So kesimpulannya tak dapatlah saya nak join race ni. Nasib baik saya tak beli tiket lagi sebab kalau dah beli, terpaksa jual kat siapa-siapa yang berminat.

X4

Anyway, browse punya browse, ada satu lagi yang menarik perhatian saya iaitu Ranauthlon 2015. Cumanya, race ini bukan race atas jalan biasa tapi race dekat kebun teh. Kira, trail runninglah. So saya fikir punya fikir, saya decide untuk join race ini. 2 faktor utama adalah:

1. Di Borneo, Sabah – akan complete milestone location saya.
2. 10K Trail Running – akan complete milestone Trail Challenge.

Screen Shot 2015-02-17 at 6.25.07 PM

Makanya, start dari sekarang saya akan mula research untuk trail running. Dan harap cabaran baru ini menghidupkan lagi saya. Alang-alang mandi biar basah. Alang-alang lari biar sampai kenal diri.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik sini. Jom ke Sabah kita!

Kongsi di :