Race : Ranauthlon 2015 Pt 10

Melalui Runkeeper saya tengok dah tak berapa lama nak sampai ke finishing line. Ini untung pakai Runkeeper. Walaupun tak buat route awal-awal, tapi biasanya bila dah nak habis run tu kita boleh budget berapa KM / meter lagi nak sampai.

Cara dia buka apps Runkeeper, dan tengok berapa jauh lagi kita nak ke finishing line, aka starting line awal tadi. So selain kita boleh tengok jarak berapa jauh lagi, kita juga boleh tengok route misalnya dah nak akhir ni straight line atau bengkok-bengkok.

Ini membantu kalau kita ada plan nak pulun speed saat-saat terakhir demi catatan masa yang terbaik. Biasanya juga masa ni saya dah keluarkan iPhone dari casing lengan saya.

DCIM100GOPROGOPR0376.
Sorry gambar tak clear tapi boleh nampakkan iPhone kat tangan tu

Untuk saya kebiasaannya saya akan cuba kejar runner yang ada depan saya dan saya target kalau boleh saya cuba potong runner depan saya. Dan biasanya saya akan pulun sprint kalau lagi 800 – 700 meter nak habis.

Biasanya juga saya akan tukar lagu di iPod, dan sudah menjadi kebiasaan, ada 3 lagu yang akan saya pilih (mana yang bunyi dulu). Sama ada lagu goPro Hero 3, atau lagu Jason Bourne atau lagu Rocky.

Saya memang setting mind saya untuk dengar lagu yang sama bila nak sampai finishing supaya badan yang dah lemau atau letih tiba-tiba jadi semangat ultra kuasa alam tenaga sakti usain bolt lari laju gila macam hantu kejar. So harap mind saya dah faham sangat dan akan trigger body untuk bekerja kuat lebih dari biasa.

DCIM100GOPROGOPR0384.

Beberapa ketika kemudian saya dah nampak finishing line dan masa ni adalah masa paling kritikal antara diri saya dengan saya. Hanya saya sendiri yang akan gagalkan diri saya sendiri kalau saya pancit last minit sebab dah start speed dari 800 meter.

11222984_669532279816279_4431020793216111094_o
Gambar dari FB Asia X Treme Adventure

Anyway, bila sampai tu saya tengok orang tak ramai lagi. Saya terus ke depan, dan ada crew yang standby bagi air. Lepas tu ada crew lain pulak tukang tanda kat bib dan ada crew lain bagi medal. Saya tengok jam, catatan masa unofficial adalah 1:30:05, untuk 10K Trail.

1390305_895348983834280_1951751586_n

Ini pula gambar medal yang dapat untuk larian trail ini. Lari punya penat last sekali dapat tapak kaki. Oklah tu.

12145166_170484853297915_2063038214_n

So, ini dia full result yang penganjur email seminggu lepas race event. Official time saya adalah 1:30:24 dan dapat nombor 27 daripada 69 runner. ­čśÇ

Screen Shot 2015-12-05 at 4.22.10 PM

 

Sebelum balik tu sambung sembang dgn En. Pencari Jarak tentang masa depan runner2 negara dan yg seumpama dengannya. Banyak juga knowledge baru yang saya dapat dari En. Pencari Jarak hasil sessi perbualan dekat nak sejam lebih, lebih-lebih lagi tentang legend-legend adik beradik local Sabah.

DCIM100GOPROGOPR0386.

Dah settle semua saya pun gerak balik ke resort dan tengok-tengok Ubai member saya baru habis bertapa depan gunung kinabalu. Sembang makan megi semua dalam 2 – 3 jam lebih then baru mandi siap-siap.

11909321_944542522292441_1762401382_n
Gambar kasut lepas lari

Kami kemudiannya packing dan terus drive ke KK. Spend satu malam lagi dan esoknya baru saya balik ke KL sementara Ubai meneruskan perjalanan pengembaraannya. Tak silap saya Ubai pergi amik lesen scuba. Untungla…..

So. Kesimpulannya, boleh dikatakan ini antara larian yang saya paling suka setakat ini. Saya kategorikan larian trail yang paling nyaman berbukit. Ini juga larian trail saya yang kedua selepas Hulu Langat awal tahun hari tu.

Insya – Allah, kalau ada rezeki, saya akan kembali ke Ranau next year. Mana tau, lepas lari boleh pergi amik lesen scuba pulak.

12081316_137906196565477_1057247453_n
Sampai KLIA 2 sudah….

11191333_1637299946529170_1043875377_n
Daun teh untuk anak dan isteri saya…

 

Kongsi di :