Race : Ranauthlon 2015 Pt 3

Semalam saya cuba beli tiket flight Malindo. Saya ambik dari Subang ke KK. Bila dah nak buat payment tu, saya guna Maybank2u. Tiba-tiba internal error menda ntah. Tunggu punya tunggu last-last saya FEDUP saya tutup laptop. Masa tu pukul 11 malam. Harga tiket seorang RM160.

Pagi ni saya bangun, tak pagi la. Dalam pukul 12, saya cuba beli sekali lagi. Tengok-tengok harga tiket dah RM180. Haram. Saya cuba tukar browser lain, instead of Safari, saya cuba Chrome. Tengok-tengok sama je RM180. Sekali tu, baru saya perasan, tiket yang saya ambil semalam dan hari ni, bukan dari Subang, tapi dari KLIA2. Saya tak perasan yang sebenarnya Subang punya tiket tu dah habis dari semalam pun. Rupanya semua senarai tiket KLIA2 dibawah table Subang.

Screen Shot 2015-10-24 at 3.03.20 PM

Saya mati-mati ingat semalam tu saya nak beli yang Subang sebab saya buat search dari Subang. Rupanya, search result display both Subang & KLIA. Saya rasa ini agak mengelirukan. Sepatutnya kalau tiket Subang habis, dia kena POP – UP display yang tiket kita nak tu tidak ada, instead of dia display kosong bawah title Subang.

Dan kalau tengok screenshot yang saya letak di atas tadi, patutnya dia kena ada satu lagi table besar KLIA2 to Kota kinabalu dan baru listkan flight KLIA2 tu bawah title besar dia. Sebab content list tu berbeza. Di bawah ini design yang saya sketchkan balik dan harap Malindo boleh ubah. Saya cadang tambah arrow besar untuk bagi aware lagi pada orang yang dia ada pilihan baru. Satu lagi, box biru yang bagitau orang yang boleh beli dari tempat lain tu pun ada baiknya warna merah.

malindo_redesign

Katakanlah semalam saya berjaya beli, for sure hari Jumaat esok saya pergi ke Subang dan tunggu flight saya yang takkan ada, sebab flight saya rupanya dari KLIA2. Tak ke LEGA?

Nasib baik Maybank Internal Error.

Hari ni adik saya Yana datang rumah, so saya minta tolong dia belikan tiket Air Asia. Alhamdulillah, semua OK.

Actually saya memang jarang buat sendiri beli-beli tiket ni. Itu pasallah saya tak berapa familiar. Biasanya yang tukang buat sama ada isteri saya atau secretary kat ofis saya (adik ipar saya). Tapi sebab isteri saya sibuk dengan anak, dan saya dah pun di rumah, so saya terpaksalah cuba sendiri.

Kadang kala tak semua kita boleh buat sendiri dan kita perlukan bantuan orang lain. Kalau kita boleh buat semua benda, kita boleh amik jobscope tuhan.

Harap Malindo ambil hal ini serius. Saya dah email pada customer care mereka.

Screen Shot 2015-10-24 at 3.13.11 PM

Kongsi di :