Race : Ranauthlon 2015 Pt 6

Sepatutnya hari ini result race keluar tapi saya baru je tengok kat FB organiser, nampaknya tak ada tanda-tanda result akan muncul hari ini. Dan website mereka masih down. So saya ingat, ada baiknya saya tulis Field Report since malam ni pun saya tak da apa nak buat.

OK. Nak start kat mana eh?

Hari ke 1 : Jumaat
Itenary today : Fly ke KK

Actually preparation saya untuk race ini sangat ala kadar. Saya tak training betul-betul, petang saya tak lari sebab asyik hujan, dan nak lari malam pun susah sebab saya balik ofis lambat. Hujung-hujung tahun ni banyak betul kerja dan banyak betul masalah negara.

Screen Shot 2015-11-08 at 11.26.34 PMScreen Shot 2015-11-08 at 11.26.11 PM
Saya Saya cuma sempat training sekali je rupanya bila saya semak rekod training saya. Dan dari data ini saya estimate saya akan habis 10K dalam 1 jam 17 minit.

Even, masa malam nak packing tu pun, isteri saya kata, “just enjoy the run”. Saya ingat malam sebelum bertolak tu saya masih buat kerja dan semua urusan packing isteri saya yang settlekan. Ingatkan nak insta flatlay tapi sedar-sedar semuanya dah siap. So saya insta flatlay apa yang dah siap jelah.

12145324_904278409664140_2033479311_n

So, pagi jumaat tu saya hantar isteri saya ke HUKM dulu untuk monthly checkup SLE dia, then lepas jumaat baru saya balik rumah lunch semua. By 2:00 adik saya dah sampai rumah saya dan kami ke KLIA2 ikut jalan belakang. Biasanya kalau saya yang drive saya suka ikut highway depan tapi menurut adik saya jalan belakang lagi cepat dan lagi jimat. Sebabkan saya penumpang so saya ikutkan saja.

Oleh kerana saya dah web check in, so takla rush sangat. Bila sampai KLIA2 tu saya tengok ramai je orang. Beberapa minit kemudian kawan saya Ubai (kami dulu satu dorm kat sekolah) pun sampai. Since takde apa nak buat kami pun masuk ke boarding gate dan lepak isap rokok sebelum boarding. BTW, ini first time saya fly dari KLIA2 sebelum ni haram tak pernah. Dan, nasib baik ada bilik isap rokok, kalau tak agak lega jugak.

12135381_340488726121416_381399571_n

Oleh sebab saya tak pilih seat untuk flight ni (dan biasanya saya memang tak pilih seat pun sebab nak jimat), kami dapat seat belakang sekali dalam kapal terbang tu. Saya cakap kat Ubai, ok seat belakang ni kalau mati, kita mati last sekali. Ubai sengih je. Flight ke KK ni dalam 2 jam so saya ada order nasi lemak Pak Nasir. Agak sedap juga nasi Pak Nasir ni dan kami pun agak kebulur jugak sebenarnya.

Bila sampai KK tu saya tengok dah malam. Bila dah settle semua urusan kaunter (masuk Sabah kena register tak payah passpot. Slip register tu kena pulangkan balik masa nak tinggalkan Sabah so jangan gatal nak hilangkan pulak) kami terus saja ke kaunter sewa kereta dalam airport tu jugak. Actually kawan saya Ubai ni dulu pernah kerja kat Sabah dalam beberapa bulan, so area Sabah ni dia dah khatam sangat. That’s why instead of booking kereta dari sini, Ubai cakap sampai sana boleh booking semua. Sudahnya kami booking Axia Manual warna putih. Kebetulan kereta ni kereta baru, so kira OKlah tu. Sewa kereta ni sehari dalam RM90. Kalau 4 hari dalam RM360. Bahagi 2, sorang RM 180.

Kami kemudian check in dekat apartment area bandar (yang ni pun Ubai settlekan) dan kemudian terus saja ke jeti untuk makan malam. Masa makan tu saya order Black Pepper Beef Steak, konon nak carbo loading la, tapi bila order sampai rupa-rupanya nasi putih dengan daging masak kuah black pepper. Saya tak pasti nak ketawa ke tidak masa tu tapi since rezeki dah depan masa, hantam sahajalah. Agak lama jugak bersembang dengan Ubai, so bila dah lewat malam tu balik apartment dah terus tidur.

12080516_905808162788709_2041003390_n
Masa ni duduk betul-betul tepi laut. Patut zoom in lagi nak tengok betul-betul atas border darat dengan laut ke tidak.

Ini ada a few pic apartment yang kami tidur. Nama dia Promenade Service Apartment. Ubai ambik Family Suite. Ada 2 katil queen, satu bilik air. Dekat dengan Mc D Api-Api dan ada satu shopping complex tu tak silap saya nama dia Centre Point rasanya. Kalau booking tru agoda harga dia mahal sikit tapi kalau booking terus ikut web dia harga dia murah sikit. Satu malam damage dia dalam RM128 per night.

Ok la apartment ni. Bersih. Bilik air pun ok. Ada TV. Luas. Untuk satu malam transit, kira OK sangatlah tu. Hantu pun takde. :D. Oleh kerana letih travel, malam tu balik je bilik, saya terus tertidur. Esok dah nak kena travel ke Ranau pulak.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Day 2, sebelum check out

bersambung…

Kongsi di :