Race : Ranauthlon 2015 Pt 7

Hari ke 2 : Sabtu
Itenary today : Drive ke Ranau

Pagi tu kami bangun dalam pukul 10. Lepak-lepak sambung sembang, dalam tengah hari tu kami checkout dan pergi Hard Rock KK. Since semalam tak dapat carbo loading sangat kononnya, so hari ni saya tibai black pepper yang betul-betul punya. Hard Rock KK ni bawah jual merchandise bagai. Atas tempat makan. Sebabkan Ubai isap curut so kami lepak kat belah luar.

12132766_913827588672460_1436300113_n

Pemandangan dia sangat menenangkan. Laut, luas terbentang. Air dia nak kata biru macam hijau. Nak kata hijau macam biru. Kat tepi laut belah sana tu ada satu bungalow siap ada helipad kat atas dia. Saya cakap kat Ubai, bila kita nak ada helipad atas rumah kita. Ubai kat boleh-boleh. Satu hari nanti. Satu hal yang saya suka pasal Ubai ni sebab Ubai sangat positive thinking. Tak pernah ada yang negative. Maybe that’s why Ubai boleh dikatakan antara kawan sekolah saya yang berjaya.

Ubai ni kerja oil & gas. Dia punya kerja bagi saya agak mental jugak. Duduk atas laut sampai 3-4 bulan. Salah satu tugas dia adalah untuk make sure yang pipe dari pelantar ke darat tu siap pasang. Kira construct atas kapal dia dan tenggelamkan. Satu pipe tu panjang dia dalam 250 KM. Satu hari kapal jalan dalam 2 KM. So boleh agak berapa lama Ubai duduk atas kapal. Kapal dia panjang sikit dari padang bola. Lebar dia dalam 40% padang bola. Ubai kerja dengan orang luar. Dalam satu kapal ada macam-macam negara.

12105026_451955558330289_801822105_n

Pernah sekali Ubai duduk satu bilik dengan Kristian tegar dan jugak Hindu alim. Dua-dua siang malam baca kitab. Macam-macam cerita keluar bila sembang bab spiritual ni. Kadangkala kita ingat kita ni habis betul dah tapi bila kita bercampur dengan orang lain baru kita tahu langit tinggi dan rendah.

12135246_827192914066460_1080686329_n

Untung Ubai dapat pengalaman macam-macam. Kalau otak asyik nak pandang negatif, saya ingat kerja macam Ubai ni memang 2-3 hari je. Takkan dapat bertahan bertahun-tahun. So saya tumpang dengar cerita dia pun dah cukup teruja. Sebelum balik kitorang tangkap gambar dengan sumandak Hard Rock tu saja buat kenangan. Sempat jugak beli t-shirt untuk wife dan anak saya. Ada pulak baby punya Onesie Hard Rock comel gila.

DCIM100GOPROGOPR0166. Processed with VSCOcam with f2 preset

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Ranau. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam lebih. Bawak pun tak laju, just enjoy the scene. Jalan mula-mula cerah tapi bila nak sampai tu dia punya kabus mak ai. Punya tebal. At one time tu sampai kena berhentikan kereta dan buka lampu hazard sebab memang tak nampak apa. Putih semata. Sejuk dia pun boleh tahan. Saya ingat ini first time saya travel into the cloud. Biasa kalau cloud ni macam server kalau bagi saya tapi kali ni depan mata.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Mula-mula jalan cerah terang menderang…

12144264_1011055735622142_617313556_n
Kemudian mula nampak kabus…

Processed with VSCOcam with f2 preset

Processed with VSCOcam with f2 preset
Last-last duduk dalam kabus.

Bila dah nak sampai Ranau tu kami singgah kejap kat Kinabalu Park. Konon pusing kat dalam tu nak tengok Kinabalu tapi haram tak nampak apa. Kabus tebal sangat. Baru saya tahu rupanya kalau nak tengok kinabalu ada waktu-waktu dia. So kami tak nampak apa cuma nampak signboard Kinabalu je.

Anyway jalan naik gunung masih tutup dan tengah renovate sebab gempa bumi hari tu. So orang pun tak ramai sangat. Masa tengah-tengah galak tangkap gambar tu baru saya teringat. Awal tahun dulu saya ada pasang niat nak panjat kinabalu tahun ni. Tapi ntah macam mana, walaupun tak dapat panjat, tahun ni saya sampai juga di kaki gunung. Saya fikir, dalam hidup ni kita pasang je niat apa yang kita nak. Kalau tak dapat 100% pun at least kita boleh dapat 50% pun dah kira dapat apa yang kita nak. Dah banyak kali hal ni berlaku kat saya. Walaupun tak dapat sepenuhnya, tapi saya dapat juga sebahagian daripada apa yang saya nak. Untuk itu thank you God. I love u.

12132801_1053622908003447_230820691_n

Kami kemudian check in dekat resort yang Ubai book, then terus drive ke Pekan Ranau. On the way tu lalu Kundasang bila sampai situ saya tengok mak ai. Macam Lord of The Ring pemandangan dia. Dari jauh nampak bukit bukit dan pada bukit-bukit tu banyak rumah. Scene dia punya la cantik sampai rasa nak pindah duduk sini. Saya pulak tak bawak camera Sony saya, so saya amik pakai iPhone dan Go Pro saja. Harap gambar yang saya letak ni boleh bagi feel sikit.

10683798_159965214355380_74902860_n

DCIM100GOPROGOPR0181. Processed with VSCOcam with f2 preset
Patut turun sampai tepi jalan depan tu baru dapat scene lagi cantik. Ini separuh gambar lalang apekehal.

Tiba-tiba hari hujan, so kami teruskan perjalanan semula. Matlamat adalah untuk sampai ke Kampung Luanti tu sebab nak tengok tempat race. Esok Ubai tak ikut so saya yang kena drive pagi-pagi buta. So ada baiknya recce dulu tempat race. By magrib tu kami sampai ke Ladang Teh tu dan sebelah Ladang Teh tu ada dewan Kampung Luanti. Tengok-tengok ada dalam 30 KM dari resort kami duduk. Saya macam lega jugak lah esok nak drive sorang-sorang.

11950473_205051149826832_445305329_n
Entrance masuk Sabah Tea Plantation…

Bila dah confirm tempat kami pun patah balik ke resort. Sebelum sampai singgah dulu pasar malam ranau. Beli apa yang patut dan singgah makan kejap. Agak dah lewat kami pun bertolak balik ke resort. Esok dah nak race. So malam ni kena tidur awal.  Dah la nak kena drive sorang-sorang. Yes lah.

DCIM100GOPROGOPR0205. Processed with VSCOcam with f2 preset
Suasana pasar masa ni dah lapar sangat dah so main amik je pic

bersambung… 

Kongsi di :