Race : Ranauthlon 2015 Pt 8

Biasa kalau besok ada race, malam tu mesti saya tidur tak berapa nak lena. Saya tak tahu sama ada sebab excited, atau sebab seram, atau sebab takut tak terbangun, tapi itulah saya. Saya rasa macam saya tidur. Tapi saya rasa saya tak tidur pun. Adakah ini yang dinamakan tidur-tidur ayam?

Jam 3:45 rasanya Ubai bangun pegi toilet dan saya waktu tu terjaga bila Ubai buka lampu toilet. Saya tengok jam ini macam awal lagi, so saya cuba baring-baring dulu. By pukul 4 pagi, iPhone saya dah bunyi alarm. So saya bangun, basuh muka dan gosok gigi. Saya tak mandi pun sebab sejuk gila. Saya keluar dan transform dari baju tidur ke baju race, bila nak keluar bilik saya tengok jam pukul berapa. 4:13 pagi.

Sebenarnya sebelum tidur semalam saya dah prepare semua. Saya dah susun baju, kasut, bib, dan lain-lain item yang berkaitan tepi katil. Saya ni jenis susah nak bangun tidur, so in case terlambat, semua dah ready. Pagi-pagi buta tu saya keluar bilik dan start enjin kereta untuk ke Kampung Luanti.

12145158_1517370711918278_1795337583_n

Perjalanan pagi tu sunyi sekali. Tidak ada kereta langsung. Sekali sekala nampak mata merah tepi jalan mulanya ingatkan vampire tapi rupa-rupanya lembu tengah lepak. Saya baru tau yang lembu ni boleh tidur sambil berdiri. Lepas tu pulak, sambil tidur berdiri tu lembu tu boleh menguyah makan rumput. Ini Ubai bagitau kalau dia tipu maknanya saya pun tipula. Kalau lembu sambil tidur pun boleh makan, maksudnya tuhan jadikan lembu ni memang to the max untuk manusia guna dia. Yelah, manusia kan makan lembu. So punyalah banyak manusia makan lembu sampai tengah tidur pun lembu kena makan agar prepare body dia the best untuk jadi lauk manusia. Oh ya, saya cuba berfikir alam-niah ketika bawa kereta seorang-seorang ni tanak fikir yang bukan-bukan.

Perjalanan dari resort agak 30 KM. Bila dah sampai bandar Ranau baru start ada kereta. So saya just follow dan taklah bawak kelam kabut sangat macam sebelum tadi.

Terus terang saya katakan yang saya ni bukanlah orang yang berani sangat. Oleh kerana itu, saya sentiasa maintain positive thinking dan takkan buka ruang dalam minda ini untuk “orang” lain tap frekuensi saya lalu menjelma di hadapan mata. Ini teori saya. Jangan fikir, maka takkan ada. Kalau fikir, pasti ada.

Tapi 30 KM ke Kampung Luanti memang panjang dan jauh jalannya. Walhal semalam dah recce. Patut bila dah recce tu jalan jadi pendek. Tapi ini makin panjang. Haram betul.

12093329_1644035342546626_115167317_n

Dalam pukul 5 saya sampai Kampung Luanti. Saya tengok banyak kereta park tepi jalan berderet. So saya terpaksa park hujung sekali di belah hadapan, lepas dari kedai-kedai tepi jalan. Saya keluar kereta dan terus saja berjalan ke Dewan Kampung Luanti. Ada beberapa runners sedang tukar baju dan ada yang sedang stretching. Ada juga yang berbual-bual.

12145028_1020925761262304_797725613_n

Bila masuk kedalam saya tengok orang tak ramai sangat. Saya terus saja naik ke atas pentas untuk collect baju. Surat yang adik ipar saya aka secretary printkan sebelum ini saya pass pada crew atas pentas. Mereka pun terus saja cari baju dan bagi pada saya. Saya sempat tanya pada crew, berapa total orang yang lari hari ini. Dia kata tak ramai sangat. Dalam 300 orang. Saya tanya ramai ke dari semenanjung. Dia kata tak ramai sangat.

12107691_778971645562766_1310723860_n

Saya kemudian berjalan keluar dan menuju ke kereta. Belum sempat sampai saya berenti kejap dekat salah satu kedai yang tak buka lagi tu dan saya susun race pack saya atas meja untu Insta. Baru saya perasan tag line race kali ini.

No Fear, No Limits, No Regrets – Driven by what’s inside

Saya fikir kalau hati saya tak kuat, saya takkan berada di Ranau pagi ini seroang diri. Barangkali saya masih di atas katil sedang tidur nyenyak dengan isteri dan anak. Tapi saya tak pasti hati saya kuat mana. Sebab drive sorang-sorang pukul 4 pagi pun macam serrrr… mungkin setiap manusia ini ada ketakutan yang berbeza. Ada orang takut hantu. Ada orang takut nak keluar dari zon selesa. Ada orang takut untuk memilih jalan yang berbeza. Ada orang takut untuk mencuba. Saya sebenarnya paling takut lipas. Serius. Kalau ada lipas di rumah, saya memang akan serah hal ini kepada isteri saya untuk uruskan. Dulu masa kecik saya pernah tengok orang korek dan keluarkan daging lipas di tv. Dan bila orang ni korek-korek, saya tengok lipas tu mengeletat dan kaki dia berbulu-bulu jelas terpampang di kaca tv. Mungkin itu sebab dan punca kenapa saya takut lipas sampai hari ini.

12093272_428777507312488_1713398018_n

Saya kemudian keluarkan bib dan pasang pada baju. Sebabkan baju ni depa baru bagi hari ni, so saya decide untuk malas pakai baju yang depa bagi ni. Saya pelik kenapalah depa tak hantar baju ni pakai pos, kan senang. Saya kemudian tinggalkan apa barang yang tak perlu dalam kereta dan kemudian saya kembali ke dewan.

Semakin lama semakin ramai runners. Ada yang dah mula stretching dan warming up. Ada yang masih berbual-bual dan berborak macam sepuluh tahun tak jumpa. Ada yang duduk saja memerhati runners lain. Ada yang tengah tukar baju. Macam-macam perangai ada. Saya lihat hari semakin cerah, lalu saya ambil keputusan untuk mula warming up. Setelah warming up, saya lari pusing-pusing dan berganti dengan lompat-lompat ntah apa-apa.

Kadangkala bila seorang diri ni boleh jadi lost pulak dan tiba-tiba macam tak tahu step nak buat apa. Mungkin juga sebab dah lama sangat tak masuk race. Last hari tu race saya masuk kalau tak silap adalah Kuantan Marathon. Patutnya lepas tu SCKLM dan BSN tapi dua-dua cancel sebab jerubu.

So bila dah lama tak race ni dia ada macam sikit “stage fright” nak lari. Macam mana nak cakap feeling dia tu? Macam berdebar-debar gitu. Alah, macam nak kena sunat. Macam tulah.

Tiba-tiba tengah sedap lari pusing-pusing tu hujan pun turun. Saya lari masuk dalam dewan. begitu juga dengan runners lain. Semua berkumpul dalam dewan. So sebab hujan semakin lebat, maka ada yang memilih untuk warming up dalam dewan.

DCIM100GOPROGOPR0207. Processed with VSCOcam with f2 preset

Bila runners dah semakin ramai, dan hari pun dah semakin cerah, crew pun buat pengumuman suruh semua runners start bergerak ke luar dewan menuju ke starting line. Kami pun beramai-ramai berarak ala maal hijrah menuju ke starting line. Agak sejuk jugak waktu tu, hujan dah berenti tapi masih renyai-renyai.

DCIM100GOPROGOPR0214. Processed with VSCOcam with f2 preset

DCIM100GOPROGOPR0215. Processed with VSCOcam with f2 preset

Mula-mula organiser minta runners 21k dulu duduk depan sebab nak lepaskan mereka dulu. Then baru runners 10k. Saya tengok macam tak berapa nak ramai. Kalau macam ni lah gayanya, kalau tiba-tiba tengah lari ada beruang kalau jerit minta tolong memang takda yang dengar. Oh btw, saya ada bawa altoid first aid kit sekali bila lari dalam hutan. Nanti bila-bila saya tulis pasal ni. Tapi salah satu item yang ada dalam kotak altoid ini adalah wisel. So in case emergency boleh tiup wisel ni kuat-kuat.

12107628_958363767570561_1816253399_n

Bila runners 21k dah dilepaskan, sekarang tiba masa runners 10K pula. Saya dengar MC bagitau yang dia nampak ada yang pakai kasut Solomon baru, so since semalam hujan lebat sangat, jalan dah lecak teruk. MC bagitau suh amik gambar kasut sebelum dan selepas untuk compare betapa teruknya nanti kasut tu akan jadi. Solomon akan bertukar menjadi Adidas Kampung.

12142525_532319826929213_377773786_n

Masuk kali ni baru 2 kali saya lenjan Sulaiman Speed Cross 3 ni. Dulu, Hulu Langat

Ada route 21K yang siap kena tutup sebab lecak dia melampau dan dah tak selamat untuk runners. Saya kira hujan memang lebat gila semalam sebab kami pun sebenarnya stuck dekat gerai makan lepas pergi pasar malam tu agak 2-3 jam.

12142518_912530625450828_835300611_n

Anyway, dalam pada que nak start lari tu tiba-tiba ada runners bagi salam kat saya. Saya terkejut lalu menjawab salam. Rupa-rupanya runners ini adalah salah seorang pembaca blog lariansebuahkitab ni. Dia paling suka posting sakit lutut sebab dia pun sakit lutut juga. Dia kata dia tau yang saya akan lari di Ranau so mana tau terjumpa ke.

Kami berbual dan sempat selfie sebelum lari. Runners dari Sabah ni namanya En. Jamline Durasit. Sekali tengok wajahnya persis kawan saya yang bernama En. Shahnizam aka Tatakezo. Anyway, buat En. Jamline, terima kasih sudi luangkan masa baca blog ni. Harap ada tulisan saya yang bermanfaat.

Processed with VSCOcam with f2 preset
Kalau kau bulih bah….

MC pun telah memulakan countdown. Beberapa detik kemudian, larian pun bermula. Di garisan mula dibawah banner Ranauthlon 2015, saya terfikir. Apa yang membawa saya hingga ke sini? Apa yang inside tu sampai fly ke KK pergi Kg Luanti pukul 4 pagi dan lari dalam kebun teh yang lecak lepas hujan lebat?

bersambung… 

Kongsi di :

Comments 2

  1. jamline November 24, 2015

    Assalamualaikum tn. khairulazizi..
    Tahniah tn…kerana berjaya ke Sabah n menamatkan larian trail ranauthlon…
    gembira dapat bertemu n berbual dgn tn..
    Harap dapat bertemu lagi dalam larian2 akan datang….
    Teruskan berlari n menulis di blog lariansebuahkitab..terima kasih atas ilmu2 yg dshare….bnyk yg bermakna kpd saya sehingga saya mnjadi pelari sehingga kini…

  2. khairulazizi December 2, 2015

    Waalaikumsalam Mr. Jamline a.k.a Pencari jarak 😀

    Terima kasih bah. Nanti kalau datang KL jangan lupa bagitau bah. Boleh lari sama-sama tapi kaki kau lagi panjang bah.

    😀

Comments are closed.