Race : Ranauthlon 2015 Pt 9

Boleh saya katakan yang Ranauthlon ni cabaran dia “agak” jugaklah. Awal-awal dah tak kasi can. Baru je start lari, dah kena panjat bukit. Adoiii… gila betul-lah. Habis tenaga batin terus zero. Kalau main game lawan tu awal-awal dah lawan Bruce Lee. Mana aci. Lepas lawan Bruce Lee kena lawan IP Man, cikgu Bruce Lee. Lepas lawan cikgu Bruce Lee, lawan dengan Gaban. Memanglah kalah.

So ini screenshot sisi naik turun bukit ranauthlon. Saya ingat ada 3 stage besar memanjat. Memang terbaiklah. Terjuih air liur abiang. Masa naik stage 2 tu rasa macam huiiiiiiiii…. memang ramai yang jalan kaki sebenarnya.

Screen Shot 2015-12-02 at 10.39.26 PM
Bukit punya cross section mengikut altitude

So ini gambar bukit-bukit yang sempat saya capture. Memula lari, ni bukit stage 1. Ni lepas jambatan, elok baru je start.

DCIM100GOPROGOPR0224.

Ini bukit stage 2. Paling lega. Paling panjang.

DCIM100GOPROGOPR0282.

Lepas stage 2 punya bukit tu ok… lari-lari then naik ke stage 3 pulak. Ini stage 3 punya bukit. Tapi tak seganas stage 2 tadi.

DCIM100GOPROGOPR0321.

Maka sebabkan bukit dia memang gila so saya just enjoy the scene. Tangkap gambar ajelah. Scenery dia memang terbaik bak hang. Saya ingat sepanjang saya lari, inilah larian yang scene dia memang paling ohsem. Rasa macam lari dalam painting. Macam lari atas kayangan pun ada.

10949053_951588464902923_1930490450_n
11430388_1514894068834682_1993993524_n
11930802_897054903718408_1346276787_n
11910146_1660913174151009_1512865550_n

Ini adalah suhu masa lari. Paling rendah 24.4 Celcius patut sejuk semacam.

Screen Shot 2015-12-02 at 10.41.37 PM

OK. Next,  Sungai.

Sungai tak silap saya ada 2 je tapi sungai dia kira cam tak ganas macam Hulu Langat Trail dulu. Yang tu sampai dada. Ini sampai buku lali je. Ini sungai yang pertama. Bro yang cekak pinggang ni mesti baru beli kasut lari ni sebab macam tengah fikir macam mana nak cheat code lopak air.

DCIM100GOPROGOPR0252.

Masa ni actually kasut memang dah kotor selut bagai. So masuk sungai kira cuci balik kasut. Bersih cam baru keluar kedai. Tapi lepas keluar air macam berat sikit rasa kasut tu. Mungkin faktor saya pakai stokin salomon yang agak tebal, so serap air banyak tu.

DCIM100GOPROGOPR0254.

Ini pulak sungai yang kedua. Tak dalam jugak. Tapi still, sebab banyak batu. So bahayanya takut licin. Bila licin kalau silap step mau tergelincir, kalau mandi sungai je takpe. Takut telentang kepala kena batu.

DCIM100GOPROGOPR0268.
DCIM100GOPROGOPR0269.

Selain daripada sungai, ini pulak surface larian. Mula-mula tu jalan tanah takde batu sangat. Tanah ni agak lembab dan basah. Maybe sebab malam tadi hujan.

DCIM100GOPROGOPR0229.

Kemudian ada yang jalan batu kerikil besar tapi kering. Bahagian takda batu tu biasa sebab air lalu situ bila hujan so surface jadi tinggi rendah antara satu sama lain. Masa ni lari kalau salah pijak boleh terkehel kaki sebab surface sangat tidak rata.

DCIM100GOPROGOPR0244.

Ada surface yang lecak tahap selut. Kalau kasut tak betul mau lekat. Kat sini Salomon SpeedCross 3 bertindak dengan cemerlang.

DCIM100GOPROGOPR0333.
DCIM100GOPROGOPR0337.
DCIM100GOPROGOPR0338.

Then ada surface macam yang mula-mula tadi, tanah semata tapi kering tak lecak.

DCIM100GOPROGOPR0279.

Bila nak habis tu surface jalan dia macam padat sikit. Ada surface batu kecik-kecik. Masa ni rasa macam boleh nampak hobbit kat tepi-tepi tu. ­čśŤ

DCIM100GOPROGOPR0373.

Saya ingat variation surface untuk trail ni yang buat certain runner suka pada trail run. Sebab dia agak dynamic berbanding dengan lari kat jalan biasa. So kalau anda suka pada perubahan cabaran dalam larian boleh try trail running. Memang best dan seronok. Ditambah pulak scene ranau ni macam kayangan, letih pun tak kisah.

Ini pula adalah route larian dari Suunto saya.

Screen Shot 2015-12-02 at 10.39.06 PM

Ini route dari runkeeper. Boleh nampak KM dia kalau Suunto tak nampak.

Screen Shot 2015-12-02 at 10.37.02 PM

Oh ya. Ini ada video saya amik masa lari. Interview diri sendiri dalam kebun teh.

Kongsi di :