Race : Retrace Minimarathon Tarutao Island Satun Thailand 2016 Pt 1 – Prolog

Processed with VSCOcam with f2 preset
Lepas race transit Koh Lipe, di sebelah saya adalah En.Remin

Saya harus berterima kasih yang teramat sangat kepada En. Remin, kerana, melaluinya, saya menikmati Runcation saya yang pertama di Thailand. En.Remin telah berbakti dengan ikhlas dengan mempelawa saya serta Mann Isteri Model untuk bersama beliau meneroka satu acara larian yang boleh saya katakan “agak adventure” jika dibandingkan dengan race-race saya yang lain sebelum ini. Malah jua, En.Remin yang mengatur semuanya daripada registration, logistik dan  semua yang berkaitan sepanjang race tersebut. Semoga tuhan memberi kemudahan untuk En.Remin dan juga memberikan jodoh yang hot serta serasi dengan En.Remin satu hari nanti. AMIN.

OK. Bagaimana semuanya bermula?

Beberapa minggu sebelum race En.Remin ada mesej saya. Nak join tak race Tarutao ini? Saya katakan kepada dia boleh juga. Selain daripada berpengalaman pertama race luar Malaysia, ia juga adalah checklist dan milestone saya tahun ini untuk lari dalam salah sebuah negara Asean. Kira ada satu pencapaian tak seberapa untuk saya in case pencapaian lain tu tak berapa nak tercapai.

Maka En.Remin pun tolong registerkan kami. Tak silap saya, registration dibuka agak lambat iaitu pada 11 March 2016 sedangkan race adalah pada 20 March 2016. Ada berapa hari je tu. En.Remin dengan initiatif murni telah menghubungi sendiri Puan Patchakul Organiser dan membuat registration melalui whatsapp. Mengikut kata juga, tidak ada web registration dan kalau ada pun web dalam bahasa siam. Yang ada cuma borang PDF dan itu pun didapati daripada website En Alharis yang merupakan runner terawal yang menyertai larian ini.

unnamed-3
Screenshot dari En.Remin lepas registration

So now, mari kita lihat serba serbi tentang race ini.

Lokasi
Lokasi penggambaran, eh lokasi larian adalah di Pulau Tarutao daerah Satun di Thailand. Pulau ini kalau dekat map letaknya hanya bersebelahan dengan Pulau Langkawi di lautan Andaman. Tarutao ni adalah National Park dan tidak dibuka untuk umum atau pelancong setiap tahun. Maksudnya, ada hari-hari tertentu je boleh masuk sini.

Screen Shot 2016-03-24 at 9.20.52 PM

Maksud Tarutao ini adalah “pulau tertua” dan perkataan Tarutao itu adalah perkataan melayu siam. Pernah ada penggambaran siri realiti Survivor:Thailand disini pada tahun 2002 dulu. Selain daripada itu, Tarutao ni ada penjara pada tahun 1938 – 1948 dimana lebih 3000 penyangak dan penyamun Thailand dipenjarakan di sini. Agak level Pulau Jerjak jugalah.

Tarutao terletak dalam daerah Satun, dimana asalnya dulu merupakan daerah dalam negeri Kedah. Nama asal Satun adalah Setul Mambang Segara. Pada tahun 1909, Satun menjadi jajahan Siam akibat Perjanjian Anglo-Siamese Treaty of 1909 dengan Empayar British.

70% populasi di Satun adalah muslim berbanding Buddhist. Maka tak hairan kalau kita ke Satun, komunikasi dalam bahasa melayu ini adalah biasa.

Tentang Race
Race Tarutao ini kalau ikut bilangannya dah yang kali ke 13 untuk tahun 2016. Namun, baru sahaja open kepada foreigner (sebelum ini native Thai sahaja boleh join) pada 3 tahun terakhir ini. Tahun ini, kategori baru 25KM diperkenalkan selain kategori biasa 10.5K dan 4K FANLANNNNN (Fun Run). Boleh baca detail tentang race pada flyers dibawah ini. 😀

event-3984-56b1733ce1bce event-3984-56b1733f1103a

Fees Race
Fees untuk race ini adalah 700 baht. Hari ini 700 baht bersamaan lebih kurang dengan RM80. Ini agak murah kerana ia merangkumi :

  • Bot pergi balik dari Jeti Pakbara
  • T-Shirt
  • Makan minum di Tarutao 3x
  • Insurans
  • Medal

Untuk penginapan charge lain, ada chalet tapi saya tak pasti berapa. Boleh sewa khemah askar dengan kos 200 baht.

***

Expectation saya untuk race ini adalah untuk buat LSD. Tanak lari beria dan lari dengan redha sahaja. Ini adalah kerana pada minggu seterusnya (minggu ini) saya ada satu lagi race trail di Dengkil Inov8. So oleh kerana ini runcation saya yang pertama, saya dah setkan larian ini bakal menjadi larian santai dan enjoy sahaja.

Saya, En.Remin dan Mann Isteri Model semua masuk kategori 25KM. Kami berbaiah untuk bergembira dan tak nak push sangat (namun akhirnya lain jadinya). Larian ini asalnya saya ingat lari keliling pantai namun rupanya lari cross pulau. Saya akan tulis lanjut pada next posting.

12798061_865358830239717_1120601680_n
Race kat pulau so saya standby siap dengan khemah

BERSAMBUNG…

Langkah Seterusnya
Wiki Tarutao National Park
Wiki Satun

Kongsi di :