Race : Retrace Minimarathon Tarutao Island Satun Thailand 2016 Pt 2 – Langkawi

Race Tarutao merupakan ending atau kemuncak dalam episod minggu yang panjang saya. Dari KL ke Penang, Penang ke KL, KL ke PD, PD balik KL. KL ke Raub, Raub balik KL. KL ke Jitra. Jitra – Langkawi – Tamallang – Pak Bara – Koh Tarutao – Koh Lipe – Langkawi – Jitra dan akhirnya, balik KL. Total distance perjalanan kalau tak salah pengiraan saya adalah mau hampir 3000 KM. Agak lega jugak beribu KM dalam masa 2 minggu. Ok. Now, ini adalah catatan perjalanan saya mengikut hari.

***
Hari 1 – Jumaat
Saya sampai Jitra hari Khamis dan tidur satu malam di rumah baru adik ipar saya. Saya bergerak ke Langkawi esoknya, hari Jumaat, pukul 4:30 dari jeti Kuala Kedah. Isteri dan adik ipar saya hantar sampai jeti. Kami sempat makan laksa Zakaria di Telok Kecai. En.Remin terlebih dulu bergerak dari Sungai Petani ke Jeti Kuala Kedah naik bas dan beliau naik ferri pukul 2:00. Konon asalnya nak gerak sekali naik ferri sama-sama tapi tulah dia. Sejak ada anak ni, time management agak barai.

Processed with VSCO with f2 preset
Sebelum gerak selfie dulu dengan buntat EL LUKH

Processed with VSCO with f2 preset
Carbo Loading (yelahtu) Laksa Telok Kecai

Actually ada banyak ferri kat Kuala Kedah ni nak ke Langkawi almost every hour. Cumanya time cuti sekolah ni kena hati-hati sikit takut tiket habis. Dan sebenarnya juga boleh beli tiket ferri online. Saya dengar kalau tak cuti sekolah pulak, ada tendency untuk ferri bergabung dengan ferri seterusnya kalau orang tak ramai. So ferri cuma jalan bila cukup korum.

1390428_980188052069216_177450521_n
Jadual pelayaran

Processed with VSCO with f2 preset
Tiket RM23.00 Seat 81

12783880_1709170169367928_1883443300_n
Menuju naik ferri

Processed with VSCO with f2 preset
Dalam ferri

Masa dalam ferri tu takda nak buat apa so saya sambung sketch logo untuk blog ni. Actually untuk logo ni masuk kali ni dah version ketiga saya sketch sebab yang sebelum-sebelum ni macam tak sampai lagi. Feel dia macam hambar dan tak dapat nak achieve apa yang saya maksudkan. Sambil saya sketch, saya send terus gambar dia ke Azrial designer saya untuk translate kepada Adobe Illustrator. Maklumlah dah tua, nak buka Illustrator pun dah tak reti. Tapi memula naik ferry je boleh main whatsapp bila dah tengah laut tu tade connection. Dah sampai Langkawi balik baru boleh whatsapp semula.

10349654_1769553233268022_750389750_n
Versi ketiga yang hampir final

Tapi dalam ferri ni boleh buat banyak aktiviti. Kalau dah sangap sangat taktau nak buat apa, depa pasang muvi dalam ferri tu masa pergi tu cerita apa ntah saya tak ingat. So boleh la layan juga. Kebetulan saya duduk sebelah Pak Hajis…. so cam rasa macam naik ferri nak ke Mekah pun ada juga. Pak Hajis ni tak layan pun muvi memasing layan perasaan. Mungkin bertaubat agaknya mengenang dosa lampau.

926792_936725906435646_512711769_n
Pak Hajis ( 2 pak haji)

12822512_454484041411561_621630182_n
Sesampainya di Langkawi

Screen Shot 2016-03-24 at 11.56.49 PM
In case tiket habis boleh cuba nak berenang dari Kuala Kedah ke Langkawi distance dia 51.88 KM

 

Screen Shot 2016-03-24 at 11.58.10 PM
Tapi kalau decide nak berenang, might as well amik straight point. Jarak lebih dekat dari Kampung Sungai Padang iaitu 33.11 KM

Dekat nak pukul 6 lebih saya sampai Langkawi dan En. Remin datang jemput naik motor pinjam kawan dia. Lama tak naik motor rasa macam gembira je naik. Taktau kenapa. Jarak jeti dengan hotel tak jauh sangat dalam 1 KM je. Boleh cuba lari kalau takde orang nak jemput.

unnamed-1

1169224_238935543114765_402589291_n

Processed with VSCOcam with f2 preset
Muka bajet happy

Kami kemudian lepak di kedai mamak dekat dengan hotel sementara tunggu Mann Isteri Model dari KL naik flight. Agak senja Mann Isteri Model sampai dan kami berbual macam-macam daripada hal-hal larian hinggalah hal nak beli Pulau Langkawi.

Agak dah magrib kami naik hotel dan bersiap mandi bagai sebelum keluar semula untuk makan malam. Di Langkawi En.Remin dah book hotel GeoPark. Harga bilik RM200, bahagi 3 sorang bayar dalam RM66. Tapi seingat saya, saya bagi En.Remin RM60. Tatau asal ntah. Mungkin diskon agaknya.

Bilik dia ada satu katil queen, tambah 2 katil single. Ada satu tv. 2 plug point. Satu bilik air. Kira untuk tidur semalam tu lebih dari bersyukurlah. Ada lif, ada tangga.

unnamed

unnamed-6
Feel bilik. Sebabkan En.Remin book hotel so En.Remin tidur katil besaq

Hotel ni dekat dengan Pasar Kemboja. So malam tu kami pi meronda. Saya dan Mann Isteri Model beli selipar. Ini semua sebab terlupa nak packing betul-betul la ni. Harga selipar dalam RM12. Okla tu. Saya isytiharkan selipar ini selipar Runcation saya. Warna hitam. Ada logo gajah.

Pasar Kemboja ni feel dia macam uptown / downtown kat KL. Ada macam-macam depa jual. Makanan, minuman, baju, tudung, cable USB, minyak wangi, mainan budak dan macam-macam lagi. Ada DJ menghiburkan bagi teka-teki. Kira malam happening la kat sini.

Processed with VSCO with f2 preset
Lepas meronda tu kami pi makan malam kat satu cafe ni then bergegas balik ke hotel untuk tidur. Esoknya pagi-pagi dah nak kejar ferri ke Tamallang pulak. Kalau bangun lambat lega.

Sebelum tiduq saya call bini saya mintak tolong wake up call esok. Tengok-tengok EL LUKH tengah mangamuk menangis kerang. Ini mesti sebab Father dia takda. Sian dia.

BERSAMBUNG…

Langkah Seterusnya
Online Ticket Ferry Langkawi
GeoPark Inn Langkawi

Kongsi di :