Race : Runsta Back to Semesta Pt 1 – Registration

Screen Shot 2017-06-22 at 10.41.58 PM

Irfan dari sekolah semesta dah bagitau saya yang team running sekolah dia nak organize race back to school. Tak silap saya dah lama dulu dia bagitau tahun ni. Waktu tu dia kata kalau minat nak join, mungkin ada relay. Saya rasa ok jugak sebab saya tak pernah lari relay. Boleh bagitau kawan-kawan sekolah saya tapi malangnya sekolah saya shahpekan, yang saya tau lari ni ada 3 orang je. Mungkin saya ni kurang bersocial media, mungkin juga sebab tu saya tak tau sangat.

Semesta ni bukan sekolah Penjejak Awan ngan Nie Feng tu, itu Kumpulan Alam Semesta Pedang Setiawan. Tu sekolah kung fu. Jangan silap pulak. Semesta adalah sekolah sains di raub, merupakan salah satu SBP atau sekolah berasrama penuh.

Lencana1

Saya dan irfan kira sama umur…. dalam 28 tahun gitewwwww (:D)….. kami amik SPM tahun 1996 cuma saya sekolah kat Pekan (shahpekan). Dulu masa kecik memang ada sukan antara SBP nama dia PPM, shortform untuk Piala Perdana Menteri. Tapi PPM ni sukan dia mostly sukan berkumpulan macam hoki, bola tampar dan sebagainya. Bila dah besar ni baru nampak patutnya depa masukkan running sebagai salah satu event dalam PPM, dimana, boleh bagi peluang kepada sesiapa yang suka berlari untuk wakil sekolah di gelanggang SBP.

Anyway, yang paling saya ingat adalah cikgu disiplin dari Semesta masuk ke Shahpekan masa saya form four. Nama cikgu ni Cikgu Alias. Dia ganti cikgu dispilin kami Cikgu Nasir. Seingat saya sebab Cikgu Nasir ni ada issue sikit dia tampar budak sampai pekak. Dulu kat sekolah rasa macam duduk dalam penjara.

Dipendekkan cerita lagi, Cikgu Alias ni sebenarnya kawan baik ayah saya. Ayah saya pun dulu cikgu disiplin jugak. So bukan kat sekolah je sebenarnya duduk dalam penjara, dari kecik pun dah berlatih macam duduk dalam penjara. Cuma ayah saya tak la tampar saya sampai pekak. Paling ganas pun dia libas kami sebab sekolah tak dapat nombor 1 dalam kelas.

Sebelum sambung tulis, saya nak register kejap.

***

OK. Dah.

Now, sambung balik.

So kategori yang ada adalah 10K Open M/F, 10K Veteran M/F, 10K budak sekolah M/F, 3K M/F, dan 28KM basikal M/F. So ada lari, ada men basikal. Medal dia leh tengok bawah ni. Relay tak jadi pulak so semua lari sendiri-sendiri.

Anyway, terketawa saya bila tengok text “Keh Finisher” kat belah belakang. “Keh” ni maksud dia “saya” dalam loghat raub – lipis. Kalau termeloh, “kawan”, juga bermaksud “saya”.

Screen Shot 2017-06-22 at 10.50.46 PM

Manakala baju pula adalah dari Ultron. Design minimal dengan logo besar didada, warna putih, mungkin konsep dia “seperti bayi yang baru lahir ke dunia”. Suci race ni. Mesti mau masuk sebab yang pertama kali atau julung julung kali diadakan.

Screen Shot 2017-06-22 at 10.50.54 PM

Dan ini adalah hadiah dia. Top 5 speedster each kategori akan dapat hadiah kecuali budak sekolah.

Screen Shot 2017-06-22 at 10.51.04 PM

Satu benda yang tak ada adalah timing chip. Bib ada. Saya tanya Irfan sebab apa tak ada, dia kata quite costly nak bawak timing chip ni. Even, event Raub Village Run yang sampai 21K pun tak pakai timing chip lagi.

Ok la tu. Ini race pertama. Irfan cakap next year depa akan cuba adakan timing chip. Alah lagipun memasing dah ada jam kata gempak gila. boleh rekod mili-saat. So apa lagi nak timing chip? Kita kena support race-race macam ni sebab inisiatif dari sekolah punya alumni macam tak banyak sangat. Yang saya tahu Jenan (sekolah sains di Jitra) pun ada organize race. Satu lagi rasanya Seri Puteri kut yang ada Kak Ros turun sekali. Sekolah lain tak sure pulak. Again, mungkin kelemahan social media saya menterbataskan pengetahuan saya tentang ini. Maafkan saya.

OK. Route dia. Canne lak? Ini yang saya amik dari IG Irfan. Tiga-tiga route untuk semua kategori tadi.

Menurut Irfan, route dia agak scenic dan masuk ke dalam jalan kampung. So kalau anda suka race macam LHKSNS Kuala Kangsor, bolehlah try race ni. Ala – merentas desa.

Ok. Kampung saya dulu kat Kuala Lipis. Arwah Wan ngan Arwah Aki punya rumah. Now bila ayah ngan mak saya pencen, depa balik duduk raub. So saya kira cam balik kampung dan masuk race la. Next post saya akan tulis pasal kehebatan bandar raub. Raub ni level dia macam metropolitan dah. Kalau KL ada KLCC yang ada iSetan, Raub takyah ada KLCC, tapi ada iSetan. Nampak tak, kegempakan raub? Saya bagitau adik ipar saya hal ni (adik ipar saya orang jitra) so satu hari dia ada keja kat raub. Balik dari raub tu dia punya kutuk saya tak ingat dunia. Tiap-tiap raya dia ulang cerita isetan ni. Ni raya ni tunggu la.

OK. So kalau anda berminat nak join race ni, boleh register kat sini. Saya dah register. Tarikh race adalah 9 September 2017. Kedatangan anda ke Raub bukan sahaja sebagai runner untuk charity kepada sekolah semesta, malah akan membawa limpahan ekonomi untuk penduduk Raub. Perjalanan hidup kita bukan untuk kita seorang sahaja tapi untuk kemakmuran semua penduduk di dunia. Hanya melalui itu, perjalanan hidup kita akan dipermudahkan sepermudahnya.

#seizethejourney

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *