Race : Runsta Back to Semesta Pt 4 – Race Day

Hari jumaat sebelum race day saya masih di KL. Kawan ajak pergi tengok kereta sebab dia nak beli kereta baru. Dia tengah fikir nak beli sama ada Audi A4, atau BMW 330e, atau Mercedes C Class 350. BMW dan Mercedes dua-dua hybrid manakala Audi tidak.

Hari jumaat itu saya habis satu hari di kedai kereta sahaja. Tapi alang-alang datang sama, saya juga ambil kesempatan test semua. Daripada 3 kereta ini saya rasa BMW paling mari. Mungkin juga ada faktor dimana BMW sponsor Berlin Marathon.

Malam tu balik Raub. Pukul 12:30 malam sampai rumah abah saya. Semua orang dah tidur. Saya cepat-cepat sediakan baju seluar kasut flatlay bagai untuk race pagi esok. Tengah buat flatlay dapat idea macam mana nak bagi Bib betul-betul center di baju. Itu saya tulis next post.

Pagi esok saya bagun dalam pukul 5:30. By 6:30 saya dah keluar rumah. Singgah 7-11 Raub untuk beli air tin 100 plus dan snickers. Saya makan dalam kereta kemudian sambung perjalanan ke Semesta Raub.

Processed with VSCO with a9 preset

Semesta Raub.

Bila saya sampai sana saya tengok orang tak ramai. Saya parking kereta di luar sekolah sebab kalau parking kat dalam nanti susah nak keluar kalau ramai orang. Semasa berjalan masuk, saya tengok gerbang belon pada starting line betul-betul di padang perhimpunan Semesta. Sementara masih ada masa, saya pun stretching dan warming up.

Semetara itu, saya jumpa dengan sudara Khalish. Beliau adalah ex Semesta sama dengan saudara Irfan. Cumanya beliau senior setahun dari kami. Beliau datang dengan keluarga dan masuk kategori 3K tak silap saya sebab beliau bawa anak-anak sekali. Kami sempat ambil gambar sebelum lari. Anak dia tolong amikkan. 😀

IMG_2250

Saya juga sempat jumpa saudara Irfan, orang kuat Semesta untuk race ini. Beliau nampak begitu sibuk beri arahan pada crew race. Menganjurkan race buat pertama kali tentunya mendebarkan jantung macam sprint 100 meter ke finishing line. Bezanya mungkin kalau sprint semuanya berlaku sekelip mata tapi bila organize race mungkin makan minggu berdebar. Apapun saudara irfan sentiasa ceria sahaja. Untuk pengetahuan baju crew warna hitam manakala baju runner warna putih. Design, superb!

IMG_2249

Tidak berapa lama kemudian, L.J, kawan sekolah saya dulu muncul dari belakang. Kami berbual bual strategi konon nak podium hari ini sebab orang tak ramai. Gaya sembang strategi memang make-believe, hakikatnya perbualan itu cumalah angan-angan positif yang kami berdua yakin keputusan dia akan memihak kepada runner lain. Pepatah di sekolah kami dulu ada mengatakan, “Confident Menang, Kalah tak apa”.

MC memanggil semua runner untuk masuk ke starting line. Saya dan L.J bergerak masuk dan kami berada dalam bari ke tiga dari depan. Belakang kami kebanyakkannya budak sekolah semesta. Saya rasa runner dari KL mungkin dalam 200 orang semuanya. Di bahagian hadapan adalah runner-runner yang lebih meyakinkan dan seperti elite. Kalau tengok betis masing-masing memang terpancar cahaya podium di wajah mereka.

Sementara menunggu mula, tiba-tiba seorang pemuda di hadapan saya menegur saya. Dia tanya abang ni yang tulis blog tu ke. Saya kata ya. Dia kata, dia datang race ni sebab dia baca yang saya tulis dalam blog. Saya kata baguslah. Saya tanya dari mana. Dia kata dia dari Perak. Saya terkejut. Perak dan Raub punya jauh. Saya tanya dia, di Perak tu kerja ke sebab saya tengok pemuda ni masih muda lagi. Dia kata dia belajar di Melaka. Saya lagi terkejut. Student pun sanggup datang jauh-jauh. Respect betul pada pemuda ini. Dia kata design medal race ni cantik. Itu antara sebab dia nak join.

Pemuda ini bagitau saya yang dia nak ambil gambar nanti lepas race buat kenangan. Saya ok je. (namun malangnya lepas race kami tak berjumpa, takpelah pemuda, lain kali kita jumpa lagi. mana tau kita jumpa di Berlin). Beberapa ketika kemudian MC memulakan countdown.

Sebaik larian dimulakan, para runners yang betis terpancar aura podium memecut laju meninggalkan kami semua. Ketika ini saya melihat mereka ini bagaikan kuda liar yang memecut laju meninggalkan debu-debu cinta.

Saya berpaling dan berkata kepada L.J. Peluang podium kita nampaknya sangat cerah sambil tersenyum sinis. L.J ketawa dan berkata, nanti jumpa di podiumlah kalau gitu. Kami meneruskan larian dan memulakan perjalanan masing-masing. Ketika saya keluar di simpang sekolah, runner yang paling depan dah pun masuk simpang menuju ke jalan dalam belah depan sana.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *