Race : Runsta Back to Semesta Pt 5 – Pemandangan yang menenangkan.

Sebenarnya sejak dapat EL Lukh, agak lama jugak saya tak masuk hutan untuk camping. Maka saya kira, berlari dalam semi-hutan, sedikit sebanyak mengubat rindu kepada alam.

21370898_1511855795539743_2708416015224489503_n
Sebelum race mula. Credit : Omedia Fotografi

21586858_1511853902206599_1642516674977734153_o
Bila race dah mula. Credit : Omedia Fotografi

Larian Semesta boleh saya katakan larian yang mendekatkan dengan alam. Larian bermula dari dalam sekolah semesta. Keluar, masuk ke kawasan perumahan. Kalau tak silap mata saya, masuk taman perumahan sikit namanya Taman Lily. Kalau tak silap la nama perumahan tu.

IMG_2178
Masuk kawasan kebun, jalan kecil tapi masih ada tar.

Larian kemudian diteruskan masuk ke dalam kebun getah. Boleh lihat suasana pokok getah dan bagi yang sempat, boleh lompat masuk ke dalam dan mengamati pokok getah dengan lebih dekat. Surface jalan ada yang rata. Ada sikit lari atas tanah itu pun saya rasa tanah cover jalan. Means mungkin sebab hujan, tanah dibawa arus menutupi jalan. Tapi tak banyak. Sikit je.

IMG_2180
Suasana kebun getah

Selain daripada pokok getah, ada juga merentas kawasan kelapa sawit. Sedang ketika berlari, ada saya selisih dengan pakcik pekebun yang saya tak pasti sama ada dia menoreh, atau memunggah kelapa sawit. Pakcik ini naik motor dan kerana ramai orang sedang berlari, dia menunggang motor dengan sangat berhati-hati. Saya lihat macam dia bawa motor atas tali waktu sarkis.

Walaupun lari dalam kebun hutan dan mungkin ada harimau sedang bersembunyi di sebalik daun pucuk paku, perasaan lari adalah sentiasa selamat. Pertama sebab ramai orang lari sekali dan nombor dua, jangan takut tersesat sebab setiap penjuru jalan, ada anggota Rela jaga. Marker larian di route pun ada so, kalau rasa masa nak join race ni dulu cam seram kehutanan, then kita rugi. Lagi satu kalau budak sekolah pun boleh lari dalam route ni, takkannnnnnnnnnnlah kita yang dah tua bangka ni tak boleh.

21457764_1512201305505192_605867572493791093_o
Setiap simpang ada RELA jaga tak kasi runner sesat. Credit : Omedia Fotografi

Seingat saya, ada lalu satu jambatan. Sungai di kawasan kampung, warnanya macam air milo. Lebih baik skalanya berbanding sungai di bandar yang kadangkala warna air kopi. Air waktu itu agak deras. Raub, ketika ini waktu musim hujan.

Sambil lari itu kalau perasan ada contengan di atas jalan. Melihat contengan ini, saya rasa organiser ada sedikit humor diantara mereka. Saya tertawa melihat tulisan di atas jalan ini. Ada yang tulis “MOH”, loghat pahang yang membawa maksud “JOM”.

21457882_1400085366778545_8250424746548477965_o
Credit FB Organiser

Ada juga tulisan “RUN is FUN”. Ketika melihat tulisan ini, saya teringat pada kawan saya Irfan. Dulu di MMU kami ada panggil Irfan : Irfunny. Sebab Irfan suka buat kelakar. Barangkali idea conteng jalan ini adalah idea Irfan yang cuba berkelakar dengan pelari yang keletihan. Sedikit sebanyak, contengan sebegini melupakan derita larian kita.

21368999_1512200448838611_7424781365302820400_o
Team volunteer muda-muda belaka. Credit : Omedia Fotografi

Water station larian ini meriah. Satu water station volunteer yang standby saya ingat hampir separuh kelas. Tenaga import dari pelajar sekolah semesta ini sendiri memang menguntungkan. Selain daripada memberi exposure kepada budak sekolah tentang volunteerism, bagus juga mereka expose dengan event sebegini dari duduk di dalam kelas jawab soalan matematik tambahan atau hafal fomula kimia.

Seketika ada sampai pada satu kemuncak larian. Saya kira ini adalah pemandangan paling indah untuk larian ini. Daripada satu sudut, kita boleh melihat sebuah banjaran atau gunung yang terbentang luas. Pemandangan sebegini jarang kita dapati melainkan lari di kawasan kampung kerana mana ada gunung di tengah bandar. Ramai runners ambil peluang untuk berhenti dan ambil gambar. Saya tidak terkecuali.

Seakan, gunung berkata – kata sesuatu kepada kita, waktu melihat, kebesaran sebegini.

IMG_2182
Mungkinkah dipuncak itu ada Wolverin dan kekasihnya sedang lepak?

IMG_2185Ada orang lari naik bukit. Ada orang lari dari bukit.

Namun, malang menyebelahi saya. Sebaik ambil gambar, saya nak simpan iPhone dalam belt running saya malangnya terslip dan jatuh ketanah. Skrin iPhone retak dan pecah buat kali ke 8, dimana 4 kali adalah semasa event larian. Lebih malang sudahlah jatuh, saya terpijak pula.

Larian semesta ini memang bab pemandangan indah belaka. Mungkin sebab saya memang nature lover dan sukakan hutan. Cuma satu benda yang saya rasa agak lega. Bukit.

IMG_2190
Baru nak speed sekali bukit daaaa.. gambar tak elok sebab diambil dari iPhone yang skrin pecah.

Ada 2 kali naik bukit dan bukit ini memang kaw-kaw punya bukit. Kalau tak biasa lari di bukit, memang di sini banyak yang tewas. Termasuk saya, di sini saya berhenti dan berjalan bersahaja. Elevation bukit ini memang tinggi. Bila saya check balik dengan data dari Strava, bukit pertama tu elevation dia 180 M dan bukit kedua 158 M. Banyak minit terbuang di sini kalau tak berlatih betul-betul.

runstaLarian semesta ini didominasikan oleh pelajar sekolah semesta sendiri. Berbanding dengan runner luar atau dari KL, menurut pemerhatian saya, mungkin ada dalam 200 runners luar. Kebanyakkan runners muda atau budak sekolah ini saya tengok tenaga dia mencanak-canak. Awal-awal lari dah speed macam kena kejar hantu. Namun, banyak juga yang berhenti di tengah jalan. Pancit.

Di sekolah dulu memang ada acara merentas desa. Semua orang kena turun lari tak kira kaki panjang mana. Event sebegini dah bagus, namun yang tak bagusnya pelajar tidak didedahkan langsung dengan teknik larian. Asas untuk lari juga tidak diajar. Pendek kata, pakai kasut, seluar trek, dan bila cikgu jerit “MULA” di heller, semua orang lari macam kena kejar hantu.

Sekiranya pelajar diajar dengan teknik larian yang betul, saya rasa negara kita bakal melahirkan atlit larian yang power. Malangnya, larian dilihat cuma sebagai satu sukan yang tidak berpotensi jauh. Setelah 4 tahun lari, saya berfikir sebaliknya.

Larian bukan mengajar kita untuk jadi lebih pantas atau jadi lebih laju daripada orang lain. Larian mengajar banyak benda untuk kita navigate hidup dengan lebih lancar. Uniknya larian, semua orang boleh cuba. Namun belum tentu, semua orang mampu untuk teruskan, sampai berjaya. Tidak semua ada daya ketahanan yang tinggi dan sanggup untuk mencabar diri sendiri.

Semasa lari ini juga saya lari belakang seorang auntie ini. Saya lihat semangat dia lari memang cukup power. Saya sendiri yang masih muda tergagap-gagap untuk maintain pace dengan dia, auntie ini memang juara. Saya perasan di betis kaki dia macam ada kesan -kesan sikit. Kalau kita hidup zaman mediavel atau zaman Games of Thrones, mungkin kita ingat auntie ini seorang slave dan kakinya dibakar oleh masternya yang kejam.

Lama juga saya lari dengan dia sebelum saya meneruskan larian hingga ke depan. Di wajahnya saya lihat determination yang sangat tinggi dan padu. Saya kira, kalau auntie ini masa muda, mungkin dia menjadi juara larian sampai ke peringkat nasional. Melihatkan wajahnya.

Sampai satu simpang, saya jumpa dengan Irfan. Irfan sepatutnya lari juga pagi tu tapi sebab ada crew datang lambat, Irfan terpaksa cover crew yang ada masalah yang tak dapat dielakkan itu. Dalam hidup kita mesti bekorban untuk menjayakan misi global. Element sebegini yang ada pada crew Runsta antara sebab saya rasa event runsta ini agak berjaya dengan jayanya.

Kami lari bersama saya ingat dalam 2 – 3 KM terakhir.

IMG_2425
Credit Pic : Irfan

Bila dah nak sampai tu saya tengok ada seorang uncle depan saya. Uncle ini kejap-kejap toleh belakang kejap-kejap toleh belakang. Oleh kerana saya masih ada berbaki tenaga simpanan sikit (sebab banyak jalan petik daun), maka saya ambil peluang untuk cuba lumba dengan uncle ini.

Saya ingat memang kelakar scene ini. Saya dari belakang lari macam gila speed usain bolt konon nak kejar uncle, dan uncle kejap-kejap toleh takut macam ada hantu nak kejar makan dia. Endingnya di garisan penamat, saya ingat saya tak dapat potong pun uncle ni. Asalnya saya nampak uncle ni jauh lagi, dan nak kejar dalam 200 meter dari luar sekolah memang tak sempat. Takpe uncle. Next year we are in the same category, veteran. Nanti saya datang dan balas dendam. 😀

Irfan ada send pic masa tengah lumba dengan uncle tu. Memang kelakar. Isteri saya yang ada kat finishing tu pun ketawa sebab tengok saya beria gila nak kejar uncle tapi tak dapat. Kalau movie kat sini cam ending sama ada hero menang atau kalah tapi dalam realitinya hero mesti kalah punya. Kah kah kah. Bila tengok gambar ni saya fikir, saya ni sebenarnya dah sama seior dengan uncle ni ke? Apapun respect kat uncle. Hebat.

IMG_2265IMG_2266IMG_2267IMG_2268IMG_2269
Credit Pic Kawan Irfan

Ok.

Ini adalah route larian. Boleh tengok hampir 90% larian adalah dalam kawasan hijau belaka kecuali awal dan akhir lari, dimana kawasan perumahan dan kawasan sekolah.

map_runsta

Ini pula sisi elevation yang saya ambil dari Strava. Menggiurkan sungguh bukit dia, kan?

Screen Shot 2017-09-23 at 3.18.54 PM

Untuk race ni catatan masa saya adalah 58 minit. Route tak cukup 10K, tapi tak kisahlah. Ini first time organiser buat event.

Screen Shot 2017-09-23 at 3.23.02 PM

Kawan saya L.J, tiba-tiba meraih tempat ke3 kategori wanita. Beliau menang RM100 dan senyuman kemenangan dia memang boleh tahan 18 bulan sebab tak sangka boleh podium. Tahniah saya ucapkan kepada L.J !!! Tak sia-sia training dengan Edan Syah.

IMG_2205
Pandai L.J per saya. Saya yang ajak dia podium, last-last dia yang podium. Tengok tu senyum. Nampak gigi. Mesti nak singgah GPO lepas ni.

IMG_2200
Team PER Shahpekan96. Satu dari rumah Rahman, satu rumah Hamdan. Mana wakil Aminuddin dan Murad?????

Last sebelum habis, ini adalah medal untuk race Runsta. Design international level, ada corak dalam text tu ala Joshua Davis. Terbaik!!!

IMG_2244

***

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah buat team organiser untu Semesta Run ini. You guys did a very good and awesome job! Untuk first time organiser, saya kira ini memang kejayaan yang patut dikongsi bersama. Event berjalan lancar dan hampir tidak ada sebarang masalah pun. Semuanya cukup. Boleh baca personal note dari Irfan, untuk race ini disini.

21551733_1513228245402498_1948820514057199264_o
Antara orang kuat Event. Congrats!!! Credit : Omedia Fotografi

Screen Shot 2017-09-23 at 4.16.04 PM
Antara feedback runner dari FB

Saya terfikir. Apa yang membuatkan race Semesta ini sangat berjaya dan ramai runner balik dari race dengan perasaan yang happy dan enjoy.

Well. Ilham datang dan beritahu ini.

Antara faktor race ini berjaya adalah kerana organiser terdiri dari team of runners juga. So depa tau apa yang runner nak dan apa yang runner perlu. Depa ni buat event bukan nak kaut untung. Tapi nak buat event, sebab depa ni sendiri adalah runners. Event, dari runners, untuk runners.

Tak ramai runner yang ada peluang untuk organise running event sendiri dan nampaknya team Runsta telah berjaya naik up to the next level. “#seizethejourney”, bukan lagi cakap kosong dan mereka nampaknya telah berjaya dengan muka senyum.

***

Tahun ini saya akan lari di Kuala Kangsar buat kali ketiga (Hatrick), dan saya ingat, dah tiba masanya saya lari race lain pulak secara hatrick. Kalau ada rezeki dan umur panjang, Semesta Run ini saya akan jadikan race hatrick saya yang seterusnya.

Harap next year Semesta Run ada lagi. Dan yang tak sempat join tempoh hari, tahun depan boleh cuba lagi. MOH WEH!!!

Langkah Seterusnya
1. Facebook Race : https://www.facebook.com/runstaback2semesta/

2. Strava Participant : https://www.strava.com/segments/14838238?filter=overall

3. Untuk gambar (copy dari FB organiser )

EVENT ALBUMS – Look for your pictures, and tag your friends!! 🙂
BY OFFICIAL PHOTOGRAPHER (Omedia Fotografi)
=========================================

1. REGISTRATION / EVENT DAY REPC http://bit.ly/2xqj5EN

2. ZUMBA SESSION http://bit.ly/2vPthCo

3. 10KM RUN FLAG OFF http://bit.ly/2w0PhhK

4. 3KM RUN FLAG OFF http://bit.ly/2wRMW8p

5. 28KM RIDE FLAG OFF http://bit.ly/2gWKpzS

6. RUN ROUTE / FINISHING LINE http://bit.ly/2eYgPNu

7. 28KM RIDE ROUTE https://www.facebook.com/media/set/…

8. PRIZE GIVING / LUCKY DRAW / ARCH & VENUE PHOTOS https://www.facebook.com/media/set/…

9. REUNION LUNCH https://www.facebook.com/media/set/…

BY OTHERS
==========
1. 28KM CYCLE WATER STATIONS http://bit.ly/2wWgfXf

2. RUN/CYCLE STYLIZED PICTURES http://bit.ly/2fh9cP9 (in Google Drive)

 

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *