Race : SCKLM 2019 Part #1

Tahun lepas saya ada bagitau yang tahun ini, 2019, saya plan nak kembali berlari. Ha kena ingat tu, saya PLAN je tau. Bukan lari lagi. :D. Jilake, saka apa la yang duduk bergantung atas bahu ni dia punya malasssss….. Ya Rabbi…..

Ok.

Semalam saya dah register satu race. Race ini adalah SCKLM. Kamu mungkin pelik sebab “Eh, bukan ke registration dah tutup?” Ye memang betul. Kalau pergi ke web SCKLM la la ni, kamu akan dapati bahawa semua registration telah pun penuh. Kecuali dua.

Pertama, Corporate Challenge, dan kedua, PIN Code.

Corporate Challenge ini terbuka kepada syarikat-syarikat yang nak kurangkan bayar tax. Syarikat boleh daftar dan tak silap saya, jumlah runner yang boleh masuk bawah syarikat ini adalah ikut suka pak hang.

Namun, setiap runner yang lari bawah corporate ini, kena donate RM1000 pada mana-mana 3 charity house tahun ini. Maksud dia, kalau company hantar 30 runner, dia kena donate RM30,000. So, kalau kamu seorang ahlil perniagaan, dan nak kurangkan tax company sambil nak join scklm sambil nak buat charity, ini adalah jalan yang mulia melalui larian.

Manakala kedua adalah melalui PIN CODE. Yang ini, SCKLM akan bagi kamu pin code dan kemudian barulah kamu boleh register. Maka saya, adalah salah seorang yang bertuah bak hang kerana dikurniakan pangkat darjah kebesaran jemputan larian melalui PIN CODE.

So, saya masuk bawah kategori media challenge, macam biasalah… pahala banyak menulis kata orang. 😛

Tahun pertama saya masuk media challenge ini saya amik 10K. Itu tahun 2017 dimana saya muka ada sinyum dapat hadiah kasut sebab dapat first place. Tahun kedua, 2018, saya upkan challenge pada diri sendiri dengan memasuki 21K tapi malangnya saya tak berapa nak fit untuk compete dalam 21K.

Maka, cubaan saya untuk menang 21K agak barai level sayur bila pemuda yang menang 21K tu tak silap saya buat 1 jam 40 minit something. Saya pulak masa tu baru nak cuba-cuba buat sub2, memang tada arahlah.

So tahun ini saya register 10K sahaja. Lagipun saya fikir, agak lama saya berhenti lari. Maknanya, kalau gatai nak amik 21K alamat sejarah hitam akan berulang.

Tapi la sebenarnyakan….

Saya masa nak register masuk under media challenge tu macam malu-malu kucing jugak. Sebab dia pertama, saya ni dah lama berenti lari. Last saya lari rasanya masa SCKLM tahun lepas. Lepas tu langsung tak ada race saya masuk, malah, keluar jogging pun haram jauh sekali.

Kedua, sebab tak lari, maka tak update blog. Bila tak update blog, apa ke medianya? Malu tau orang jemput suh lari bawah media tapi kita tak berapa nak aktif me-mediakan diri.

FIkir punya fikir, last-last tanya kat Allah ta’ala, Aku ni boleh ke masuk media challenge ni? Orang lain yang lari lama aktif bagai punya la sengsara nak masuk siap undi lagi tahun ni, kita senang-senang je last minute register.

Agak seminggu jugak email dari SCKLM saya tak reply apa, tapi bila dapat ilham, baru saya register.

Dia kata gini. Dia bagi ilham.

“Hang tengok blog hang, ada orang baca lagi dak walaupun hang tak update?”

Saya tengok stat, eh…. ni lagi tak update lagi ramai yang baca? Kira oklah ni…. masih ada reader so tak adalah malu sangat nak register media. Boleh la average 400 hits sehari…

Screen Shot 2019-03-08 at 8.00.00 PM

Dan semalam, saya isi form dengan hati yang tenang.

Screen Shot 2019-03-08 at 8.10.41 PM

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *