Race : Smart Tunnel Run 2017 Pt 1 – Registration

Print

Satu sebab saya sign up race ini adalah sebab dia race dalam terowong. So lari dalam terowong saya ingat macam tak pernah, apa lagi dalam race.

Di Malaysia ini ada 3 terowong yang utama. Pertama adalah di Genting Sempah. Pemisah antara Selangor dan Pahang, highway Karak. Panjang dia 900 meter, ini adalah terowong pertama di Malaysia. Dibuka secara rasmi tahun 1979, tahun saya sampai ke dunia (cheh, ayat macam asal dari planet lain je).

terowong_genting_sempah
Gambar Terowong Genting Sempah masa dulu dari internet

Screen Shot 2017-04-28 at 1.29.31 PM
Google Map Terowong Genting Sempah

Yang kedua adalah Terowong Menora. Kat Perak. Yang popular dengan accident dan juga misteri Volkwagen Kuning. Kira macam kat terowong Menora ni hantu chill dan lepak paling ramai. Tapi sepanjang saya lalu haram tak pernah jumpa pun. Betul punya tipu.

Anyway Terowong Menora ni panjang dia 800 meter di Plus Highway dan dibuka tahun 1986, masa saya darjah 1.

menora1
Gambar Terowong Menora dari internet

Screen Shot 2017-04-28 at 1.30.44 PM
Google Map Terowong Menora 

Kedua terowong ni memang saya lalu bila nak balik kampung. Nak balik kampung saya Raub, lalu terowong Genting Sempah. Nak balik Jitra rumah mak mertua saya, lalu terowong Menora. Punyalah selalu lalu, sebenarnya bila kita dah sampai tengah-tengah terowong ni kalau sempat pandang tepi, ada lorong panjang yang menghubungkan antara lane sini dan lane sana.

Cita-cita saya kalau boleh satu hari nanti nak berenti kejap kat tengah-tengah terowong ni dan amik gambar dia sebab kat IG saya, saya selalu amik gambar #sirijalanlurus.

Pernah ada cubaan sekali untuk amik #sirijalanlurus dalam terowong menora, ini hasil dia. Tak berapa best sebab masa tu tgh drive. Nak bajet amik pic tu agak sukar.

11 tahun ulang alik terowong menora finally dpt snap #sirijalanlurus paling clear

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

***

So, terowong ketiga adalah Smart Tunnel. Yang ni saya jarang lalu walaupun selalu ke KL. Saya lalu kadang-kadang saja.

smart-tunnel-4[7]
Gambar Terowong Smart Tunnel dari internet

Smart Tunnel ni panjang dia 9.7 KM. Kategori terowong ini adalah Stormwater Tunnel, dimana pembinaan dia adalah nak menyelesaikan masalah banjir kilat kat KL selain daripada nak kurangkan traffic jem.

Basically kalau hari hujan lebat gila, air naik, SMART Tunnel tutup dan jadi longkang besar untuk elakkan banjir lagi gila. Tapi kalau air naik sikit je, SMART Tunnel tak tutup pun dan kete masih boleh masuk keluar sementara ada pergerakan air dalam SMART Tunnel tapi kita tak nampak pun sebab dia bawah tanah.

Screen Shot 2017-04-28 at 4.02.50 PM

Satu benda yang penting kena faham, walaupun KL dah ada SMART Tunnel, tapi kalau masih juga banjir, bukan sebab SMART Tunnel tak berapa nak SMART. Punca banjir kat KL ada 2 sebab. Pertama banjir kilat manakala kedua adalah banjir sebab sungai naik air melimpah hujan lebat (skop kerja SMART Tunnel nak settel hal ni).

Slide1

So bab banjir kilat ni yang susah nak ramal sebab ia boleh berlaku kat mana-mana di dalam KL dan SMART Tunnel tak cover semua area dalam KL. Boleh baca detail pasal ini di sini.

***

OK. Selain daripada tak pernah lari dalam terowong, saya juga nak menyiasat sama ada SMART Tunnel ni macam Terowong Menora atau Terowong Genting Sempah ke tidak. Maksud saya, tengah-tengah terowong ni, ada tak possibility jalan lurus, dimana saya boleh amik gambar #sirijalanlurus.

So itu jelah motivation untuk masuk race ni. Lain tadak. Harap masa race esok KL tak banjir kalau tak jenuh ramai-ramai dalam terowong nak keluar ada yang kena cabut seluar sebab nak tinggalkan spender untuk berenang.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *